fbpx

"Mak, Ayah dah buat Aqiqah saya?"

Anak yang soleh adalah hasil dari sempurnanya Aqiqah..

Anak dah besar, tapi tak buat lagi Aqiqah dia, sebab..

Masa lepas "wife" bersalin, tak sempat nak fikir pasal Aqiqah, duit banyak guna untuk benda lain

Kos Kambing mahal, seekor kambing dah RM1,000, kalau anak lelaki dah RM2,000.

Nak buat Majlis Aqiqah tapi bajet tak cukup, kos kambing, kos tukang sembelih, kos catering, kos khemah.

Haritu teringat nak buat, tapi asyik terlupa je, tau-tau anak nak masuk sekolah dah..

Kami Faham akan masalah Mak Ayah zaman sekarang ni..

Nak kami bantu tak?

Harga Murah & Berbaloi!

Boleh SAVE duit lebih belanja anak dan isteri.

Video & Bukti Sembelihan

Siap dapat Bukti Sembelihan dengan sebutan nama anak..

Selesai dalam 24 Jam!

Harini daftar, esok selesai Aqiqah anak.

Atau pilihan Tarikh Aqiqah!

Pilihan sendiri tarikh Aqiqah anak, bila-bila masa boleh.

Untuk Rekod, kami telah menguruskan lebih dari

0 +
Sembelihan Sejak 2012 (Termasuk Aqiqah, Qurban, Nazar, Dam & Sedekah)

Sebelum tu, kami nak memperkenalkan siapa di sebalik Aqiqah4u.my ni..

Diuruskan oleh Ustaz Hj Khairul Amali

Diuruskan oleh Tuan Pengasas Aqiqah4u.my, Ustaz Hj Khairul Amali dari Kuala Lumpur Malaysia yang bermastautin di Mekah sejak 2012 sewaktu belajar di Universiti Umm Al-Qura, Mekah. Merupakan Alumni di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Arab, dan Ilmu Hadis.

Team yang berpengalaman

Kami mempunyai Team yang berpengalaman di Malaysia dan Arab Saudi untuk menguruskan ibadah anda, dari Aqiqah, Qurban, Nazar, Dam mahupun Sedekah.

Beroperasi di bawah nama Syarikat Ar-Rayyan Global Network dan kemudian telah menubuhkan Syarikat Arovis Global Sdn Bhd pada tahun 2019 di Malaysia.

Penampilan Khas di Arus Media Perdana

Aqiqah4u.my juga mempunyai Kolaborasi Bersama

Dan banyak lagi...

Kenapa kita kena buat Aqiqah?

Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.Ā Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

ā€œTiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi namaā€.
(Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Jap.. Sah ke Aqiqah secara online ni?

Jawapannya adalah Sah!Ā 

Ini kerana kami menggunakan Konsep Akad Wakalah dan Akad Salam semasa pembayaran Aqiqah.

Akad Wakalah adalah Mewakilkan dan Akad Salam itu adalah Tempahan, dimana kita menempah dan mewakilkan kepada Aqiqah4u.my untuk melaksanakan Aqiqah bagi pihak kita.

Aqiqah4u.my dipercayai oleh ramai Pelanggan

Ally Na
Ally Na
4. Mac, 2023.
Terima kasih aqiqah4u.telah menguruskan aqiqah untuk anak saya yang kali kedua.mudah berurusan dengan pihak aqiqah4u.semoga terus maju jaya.
Harizun Mohamad
Harizun Mohamad
28. Februari, 2023.
Alhamdulillah...servis terbaik.
Roba'atun Misi atun
Roba'atun Misi atun
25. Februari, 2023.
Alhamdulillah.. aqiqah4u sangat membantu... recommended.... Cekap dan mesra pelanggan.... insyaallah ada rezeki nak repeat lagi
SITI NURRAZAN BINTI ZULKIFLI
SITI NURRAZAN BINTI ZULKIFLI
23. Disember, 2022.
Alhamdulillah terima kasih kepada pihak Aqiqah4u kerana memudahkan urusan aqiqah anak saya , nayla faiha di musim pandemik ini..moga Allah memberkati usaha kalian insyaAllah
Norwahida Mohd Yunus
Norwahida Mohd Yunus
5. Disember, 2022.
alhamdulillah..selesai dgn pantas ikut date yang kita pilih. Terima kasih aqiqah4u.Trusted
Ahmad Zakri Alias
Ahmad Zakri Alias
18. Oktober, 2022.
Alhamdulillah. Selesai sudah Aqiqah utk Cucu: Aqib Imtiyaz b.Mohammad Hafiz Azraei pada 17/10/2022. TQ atas Video kiriman Aqiqah4u. Memang mudah dan cepat. Ini adalah kali kedua menggunakan khidmat Aqiqah4u. Memang TERBAIK & boleh dipercayai. RECOMMENDED. *****
MUHAMMAD AISAR MOHD ROMEL
MUHAMMAD AISAR MOHD ROMEL
17. Oktober, 2022.
Alhamdulillah. Terima kasih Aqiqah4u kerana membantu dan memudahkan urusan aqiqah anak saya. Very recommended. Thumbs up for team aqiqah4u

Alhamdullilah selesai sudah Aqiqah buat anak saya, Eydan Yusoff, saya buat dengan Aqiqah4u, tak sangka mudah sungguh, certificate yang diberi pun cantik, boleh jadi perhiasan di ruang tamu

Mat Dan @ Daniel James Tyler

@mat_dan1

Aqiqah4u.my ada Tawaran Aqiqah yang sangat berpatutan!

Harga untuk seekor Kambing hanyalah..

Aqiqah šŸ‡øšŸ‡¦

Bersama Sijil Eksklusif & Cenderahati

RM480
  • Harga Pasaran

Aqiqah šŸ‡øšŸ‡¦

100% Digital, Tanpa Sijil

RM350
  • Terhad 1,000 Pelanggan

Pembayaran semua Online! Boleh buat dengan..

Rasa mahal lagi? Kita ada 3 Bulan pilihan pembayaran dengan Riipay secara automatik!

Masih rasa was-was dengan Aqiqah4u??!

Sekiranya...

Kita akan berikan..

Jaminan Kami selepas Pendaftaran..

Adakah anda berpuas hati dengan penerangan kami? Jom dapatkan keberkatan untuk kehidupan anak di Dunia dan Akhirat.

Dapatkan lebih info mengenai hukum-hukum Aqiqah (FAQ)

Aqiqah adalah sembelihan yang dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi sebagai tanda syukur kepada AllahĀ subhanahu Wa Ta’alaĀ atas kelahiran bayi tersebut. Hukum Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam.

Waktu yang terbaik melaksanakan aqiqah adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Ia juga boleh dilaksanakan pada hari ke-14, atau hari ke-21 sekiranya waktu tidak mengizinkan pada hari ke-7 seperti mana yang disebutkan di dalam hadis NabiĀ sallallahu ā€˜alaihi wasallam. Adapun sekiranya selepas dari bilangan waktu yang disebutkan, maka ianya tidak mengapa kerana hukum asas/ asal aqiqah itu adalah perlaksanaannya itu ke atas setiap kelahiran sekali seumur hidup.

Seperti yang disebutkan di dalam soalan kedua di atas, ianya hanya disyariatkan sekali sahaja seumur hidup untuk setiap kelahiran bayi baru.

Ibadah Aqiqah adalah ibadah khusus yang dilaksanakan kerana kelahiran bayi baru yang mana ianya dilaksanakan atas tujuan kesyukuran kita kepada AllahĀ subhanahu Wa Ta’ala. Waktu ibadah ini adalah tidak terhad dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja mengikut kemampuan masing-masing. Adapun Ibadah Qurban adalah ibadah khusus yang dilaksanakan pada waktu tertentu sahaja, iaitu pada Musim Haji. Ia adalah ibadah yang terhad waktunya iaitu dari 10 zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah sahaja.Ā 

Selain itu, hukum antara kedua-duanya juga turut berbeza yang mana para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum ibadah Qurban ini. Majoriti ulama mengatakan bahawa ibadah Qurban adalah WAJIB berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah al-Kauthar, yang bermaksud:Ā ā€œMaka solatlah kamu dan laksanakanlah Qurbanā€ā€“ Ayat 2. Hukum wajib itu adalah berdasarkan kepada lafaz ā€˜arahan/ perintah/ suruhan’ yang digunakan oleh AllahĀ subhanahu wa Ta’alaĀ di dalam ayat ini. Adapun hukum ibadah Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang dituntut (bawah sedikit dari hukum wajib).

Wallahu a’lam.

Para ulama mempunyai pelbagai pandangan berkenaan maksud ā€˜tertebus’ di dalam hadis tersebut, antaranya:

  1. Anak tersebut tidak akan memperoleh kelapangan hidup dan hidupnya akan dalam keadaan susah.

  2. Anak tersebut dihalang dari memberi shafaat/ pertolongan kepada kedua orang tuanya sehinggalah ibu bapanya atau penjaganya melaksanakan aqiqah untuknya. Kata ini dinukilkan dari Imam Ahmad.

Waktu yang terbaik adalah hari ke 7 seperti mana yang disebutkan di soalan no. 2 di atas. Sebahagian ulama mengatakan bahawa hikmah penentuan hari ke 7 ini adalah kerana sebagai simbolik kesempurnaan 7 hari dalam seminggu selepas bayi tersebut dilahirkan, sekaligus menanam sikap optimis dalam diri ibu bapa supaya anak tersebut akan dikurniakan umur yang panjang dan juga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Kiraan hari ketujuh adalah bermula dari tarikh bayi itu dilahirkan. Hari pertama kelahiran merupakan hari pertama dalam kiraan, tidak kira samada pagi, tengahari ataupun malam. Contohnya, bayi dilahirkan pada 1 Januari, maka hari ketujuh adalah pada 7 Januari, dan bukannya 8 Januari.

1. Disunatkan untuk azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi tersebut seperti mana hadis Abu Rafi’ bahawa NabiĀ sallallahu ā€˜alaihi wasallamĀ mengazankan ke telingan Hasan (cucu baginda) sejurus selepas kelahiran beliau. Para ulama mengatakan bahawa ianya supaya perkataan pertama yang di dengari oleh bayi tersebut di muka bumi ini adalah Kalimah Tauhid (di dalam azan).

2. Mentahnik bayi tersebut selepas mengazankannya. Tahnik adalahĀ mengunyah tamar atau selainnya (yang manis), kemudian disapukan kepada lelangit bayi tersebut. Ia adalah sunnah dan bukannya wajib, dan sebaiknya di lakukan oleh orang Alim dan Soleh kerana hikmah yang terdapat dalam amalan tahnik itu sendiri.Ā 

3. Disunatkan mencukur rambut bayi tersebut pada hari ke-7, selepas selesai amalan aqiqah. Kemudian sedeqahkan nilai timbangan rambut tersebut dengan nilai timbangan perak (silver). Ianya seperti yang dilakukan dan dimaklumkan oleh NabiĀ sallallahu ā€˜alaihi wasallamĀ di dalam hadith. Majoriti ulama mengatakan bahawa amalan cukur tersebut hanya untuk bayi lelaki sahaja.Ā 

Jumlah sembelihan adalah berbeza mengikut jantina bayi.

BAYI LELAKI = 2 Ekor

BAYI PEREMPUAN = 1 Ekor

Sekiranya ibu bapa hanya mampu untuk melaksanakan 1 ekor sahaja untuk bayi lelaki, maka ianya tidak mengapa, mengikut kemampuan yang ada. Sekiranya dimurahkan rezeki pada masa akan datang, maka boleh menambah dan menyempurnakan ibadah Aqiqah tersebut.

Inilah Kaedah Islam yang sempurna yang mana Allah subhanahu Wa Ta’alaĀ Ā telah meletakkan setiap pensyariatan terhadap kaum lelaki dua kali ganda dari wanita. Allah menjadikan setiap pembahagian hukum-hukum penting bagi wanita separuh daripada lelaki selari dengan tanggungjawab yang di amanahkan, seperti hukum faraid, diyat (denda qisas), saksi, pembebasan hamba dan sebagainya. Hal ini kerana amanah lelaki adalah dua kali ganti dari sang wanita kerana tanggungjawab nafkahnya kepada isteri dan anak-anaknya, kepada ibu bapanya dan sebagainya.Ā 

Simbolik aqiqah yang sama dengan hukum umum di dalam Islam ini adalah sebagai tanda pengiktirafan dari kecil/bayi tersebut untuk menerima hukum dan ketetapan Allah ini. Begitu juga kepada ibu bapa yang patuh akan ketetapan amalan sunat muakkad ini menjadi simbol ketaatan mereka dalam perlaksanaan amalan-amalan wajib yang lain yang mempunyai konsep yang sama.

Tidak Wajib kerana akad dalam urusan jual beli hukumnya sunat. Akad pada asasnya adalah persetujuan antara 2 pihak dalam sesuatu urusan. Akad yang dilakukan melalui telefon atau bacaan di dalam kertas adalah sudah memadai kerana persetujuan dan perwakilan antara kedua pihak jelas dinyatakan. Pembayaran yang dibuat oleh pihak pembeli kepada penjual/ pemberi khidmta membuktikan bahawa si pembeli telah bersetuju dan meredhai urusan tersebut.

Majoriti Ulama mengatakan syarat kambing untuk Aqiqah adalah sama dengan syarat-syarat kambing Qurban, iaitu mestilah bebas dari sebarang kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Ia juga perlu mencukupi tahap dan had umur yang telah ditetapkan dan dibenarkan untuk disembelih.

Ianya berbeza mengikut jenis kambing. Terdapat dua jenis kambing iaitu:

1. Kambing biasa: hendaklah genap dua tahun atau sedang masuk tahun ketiga.

2. Kambing biri-biri (berbulu tebal): hendaklah genap setahun atau sedang masuk tahun kedua.

Aqiqah adalah syariat yang telah ditetapkan, iaitu dua ekor untuk anak lelaki dan satu ekor untuk anak perempuan. Adapun sekiranya diadakan majlis aqiqah dan jumlah tetamu yang hadir terlalu ramai, maka sembelih lebih dari itu adalah tidak mengapa sebagai tanda penghormatan kepada para tetamu yang akan hadir, akan tetapi ianya tidak dikira sebagai aqiqah.

Ianya tidak boleh kerana 1 ekor kambing adalah untuk seorang penama sahaja. Sekiranya masih tidak mampu, maka boleh dilaksanakan kemudian hari sekiranya bajet telah mencukupi dan mempunyai lebihan rezeki.

Sebahagian ulama Feqh membenarkannya seperti di dalam Mazhab Shafie kerana hukum binatang sembelihan di dalam Aqiqah adalah sama dengan hukum Qurban. Adapun sejumlah ulama hadis hanya membenarkan sembelihan kambing sahaja untuk Aqiqah berdasarkan hadis yang jelas dari NabiĀ sallallahu a’alaihi wasallam.

Sekiranya kita merujuk kepada pendapat Mazhab Shafie, maka seekor lembu boleh dijadikan sembelihan Aqiqah untuk 7 orang nama. Wallahu a’lam.

Hukum asal Aqiqah adalah tanggungjawab bapa (dari duitnya) mengikut kadar kemampuan. Ianya dituntut sehinggalah anak tersebut mencapai umur akil baligh. Adapun selepas baligh, maka bapa tidak lagi terikat dengan hukum aqiqah tersebut dengan syarat beliau memang tidak mampu dari sudut kewangan dan sebagainya.

Anak tersebut boleh melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri setelah dewasa dan mempunyai lebihan rezeki.

Sekiranya bayi tersebut meninggal di dalam kandungan dan umurnya telah berumur 5 bulan dan ke atas, maka sebaiknya dilaksanakan aqiqah untuknya kerana pada umur tersebut, bayi itu telah mempunyai roh, disolatkan jenazahnya dan dikafankannya.

Adapun sekiranya umur bayi tersebut adalah 4 bulan dan ke bawah, maka tidak perlu aqiqah untuknya kerana ia masih dikira segumpal darah dan daging yang belum ditiupkan roh ke atasnya.

Boleh, dengan keizinan bapanya kerana tanggungjawab asal Aqiqah adalah kepada bapa anak tersebut, iaitu dari hartanya sendiri.

Boleh, malah digalakkan kerana anak tersebut tidak berdosa atas kesalahan yang dilakukan oleh kedua orang tuanya.Ā