Dilaksanakan di negara Tanzania dan Uganda, negara berjiran bukan Majoriti Muslim. merangkumi kos kambing, upah dan pengurusan.
Pendaftaran & Pembayaran adalah secara Online.
1. Pelanggan Malaysia boleh membuat pembayaran menggunakan FPX dan Kad Kredit dengan sokongan pembayaran Bank Tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain.
2. Pelanggan Singapura & Brunei Darussalam perlu menggunakan fungsi bayaran Kad Kredit sepenuhnya dengan sokongan Pembayaran melalui Visa dan Mastercard, harga bayaran akan mengikut kadar tukaran wang asing secara automatik.
1x Kambing (Yang akan disedekahkan)
1x Sijil Eksklusif Perlaksanaan serta Cenderahati Aqiqah4u
Laporan Umum mengenai Perlaksanaan Qurban
*Bergantung kepada pakej yang dipilih
Pelanggan akan menerima:
1. Notifikasi SMS/Emel Pengesahan Pembelian dan Invois Pembayaran Arovis Global Sdn Bhd beserta Akad Wakalah yang akan dilampirkan bersama setelah Staff Jualan kami membuat pengesahan pendaftaran anda.
2. Wakil Syarikat akan menghubungi anda bagi tujuan menyempurnakan Akad Wakalah.
3. Notifikasi SMS setelah Ibadah Qurban Selesai.
Pelanggan juga akan menerima Cenderahati selepas 3 minggu dari tempoh perlaksanaan Sembelihan dan akan dihantar ke alamat yang didaftarkan
Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin melaksanakan Qurban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih Qurban-nya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang Qurban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai melaksanakan Qurban.
Hadis riwayat Imam Muslim (1977)
Kami menggunakan perkhidmatan EasyParcel untuk menghantar Cenderahati berupa Sijil Kayu Premium & Air Zam-Zam 250ml dalam masa 21 hari selepas Aqiqah anda selesai, kos akan dikenakan kepada pelanggan dan operator penghantaran akan dipilih secara automatik oleh sistem mengikut permintaan zon poskod anda dengan pilihan bayaran yang termurah.
Semua Maklumat Peribadi anda akan digunakan oleh syarikat untuk tujuan memproses pendaftaran anda, Maklumat Peribadi anda dilindungi oleh Undang-undang Malaysia di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Peraturan Perlindungan Pengguna (Transaksi Perdagangan Elektronik) 2012.