Petua Menyusukan Bayi
Bayi kebiasaannya akan minum dan tidur. Walaupun telah menjadi lumrah alam dimana bayi mendapat khasiat dan nutrisi yang cukup dari apa yang anda makan, pada permulaan hari sebagai seorang ibu pasti akan menjadi sukar dari apa yang anda jangkakan.
Ibu bapa yang mendapatkan bantuan adalah lebih arif untuk menyusukan bayi mereka. Contoh: anda boleh berbual bersama kawan yang lebih berpengalaman dalam menyusukan anak ataupun menghadiri ke kelas penjagaan bayi.
Jika nak diikutkan, golongan ibu lebih banyak tumpukan masa mereka pada bayi mereka, sedangkan mereka juga perlu mendapatkan khasiat dan zat yang mencukupi bagi menghasilkan susu yang berkhasiat tinggi untuk si bayi. Sewajarnya seorang ibu menitik beratkan kesihatan mereka juga kerana tekanan yang terlalu tinggi akan menyukarkan pengeluaran susu.
Sekiranya payudara terkurung (tidak dapat mengeluarkan susu dalam kuantiti yang banyak), boleh menggunakan kaedah di mana dengan menekan payudara dengan sesuatu yang suam agar pengedaran susu mengalir dengan normal. Mengikut kajian, keadaan payudara yang suam membantu melancarkan pengaliran susu. Ibu bapa juga disarankan memberi botol susu kepada bayi apabila usia bayi mencecah 3 bulan
Waktu Tidur
Sekiranya bayi tidak makan, dia pasti akan tidur. Kebiasaan waktu tidur bayi adalah selama 14-17 jam. Oleh sebab itu, anda menjadi lesu dan tidak bermaya kerana waktu bangun bayi tidak sama dengan rutin harian anda.
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya bayi anda sukar untuk tidur? Ada satu kaedah dimana kaedah ‘’skin-to-skin’’ iaitu kaedah dengan meletakkan bayi di dada agar mereka merasai sentuhan seorang ibu. Sebab yang lain adalah disebabkan bayi itu demam terutama apabila adanya jangkitan pada telinga, selsema dan sakit kerongkong. Pastikan anda membawanya berjumpa doktor untuk dirawat. Tumbuh gigi baru juga boleh menjadi punca demam. Anda boleh memicit gusi bayi supaya dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh bayi.
Rambut dan Kepala Bayi
Rambut dan kepala bayi juga memainkan peranan yang penting. Gunakan syampu yang khas untuk cuci rambut bayi dan gosok perlahan lahan dan bilas sehingga bersih dengan tangan. Jangan sampai kena mata ya!
Usah risau jika anda melihat kulit kepala bayi berkerak, hal ini adalah normal dan dipanggil sebagai cradle cap. Kerak ini boleh dibersihkan menggunakan dengan baby oil. Letakkan baby oil pada kulit kepala bayi dan biarkan selama 10-15 minit, ambil cotton bud dan perlahan lahan cuci sehingga bersih di kawasan kepala yang berkerak.
Hidung dan Telinga
Bahagian hidung mempunyai fungsi pembersih sendiri dan tidak memerlukan penjagaan yang khusus. Tetapi sekiranya ada cecair atau kotoran pada hidung bayi, anda boleh lah bersihkan hanya di bahagian luar hidung mereka sahaja. Begitu juga dengan bahagian telinga. Hanya di luar sahaja.
Jangan lupa untuk pastikan lidah bayi yang putih kerana susu dibersihkan dengan kapas yang basah dengan air masak bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman dalam mulut.
Tali Pusat
Ramai yang ambil remeh tentang penjagaan tali pusat. Tali pusat antara bahagian yang mudah dijangkiti kuman. Ia boleh bersihkan menggunakan kapas atau kain bersih sekiranya terkena air ketika mandi. Tali pusat biasanya akan terputus sendiri dari satu ke dua minggu selepas dilahirkan. Selepas tali pusat terputus dengan sendirinya, baru lah anda boleh cuci kotoran pada pusat menggunakan baby oil secara perlahan.
Mandikan Bayi
Mandikan bayi anda adalah antara perkara yang penting dalam penjagaan bayi. Pastikan air yang digunakan dalam keadaan hangat dan lap mereka dengan tuala basah. Bayi boleh dimandikan sehari sekali kerana mereka tidak terdedahkan kepada kotoran seharian seperti anda.
Punggung Bayi
Kawasan yang paling sensitif adalah pada punggung bayi. Bersihkan dengan betul untuk mengelakkan ruam timbul di kawasan tersebut. Pastikan punggung bayi sentiasa kering dan bersih. Gunakan diaper cream selepas mengeringkan punggung mereka sebelum memakai lampin.
Kuku
Manakala untuk bahagian kuku bayi pula, anda boleh ketip dengan perlahan lahan dengan menggunakan pengetip kuku yang khas untuk bayi.
Selain dari Tips yang berguna diatas, bagi bayi yang beragama Islam, disunnahkan untuk ibubapanya melaksanakan Aqiqah buatnya seusai hari kelahirannya, hari-hari sunnah untuk perlaksanaan Aqiqah adalah pada hari ke-7 kelahiran, ke-14 kelahiran dan ke-21 kelahiran, bagaimanapun sekiranya terlupa atau menghadapi sebarang masalah untuk menyempurnakan Aqiqah pada hari-hari tersebut, ibubapa boleh melaksanakan Aqiqah buat anak tercinta selagi mana anak tersebut belum mencapai usia akhil baligh.
Nak buat aqiqah dengan lebih mudah? Daftar Aqiqah bersama Aqiqah4u.my dengan harga bermula serendah RM390, buat pilihan pakej di https://aqiqah4u.my/pakej-aqiqah