Aqiqah dan Qurban: Dua Ibadah, Satu Tujuan – Kasih dan Pengorbanan

Pernah tak kita terfikir, kenapa Islam sangat menekankan ibadah-ibadah yang melibatkan haiwan seperti aqiqah dan qurban? Adakah ia hanya simbolik? Atau ada sesuatu yang lebih besar di sebalik penyembelihan itu? Artikel kali ni, kami di Aqiqah4u.my nak bawa korang menyelami makna aqiqah dan qurban dari sudut yang lebih dekat di hati. Bukan sekadar hukum, tapi kisah, hikmah dan realiti bagaimana ibadah ini mampu menghubungkan kita dengan sesama manusia dan dengan Tuhan kita.

Pernah tak kita terfikir, kenapa Islam sangat menekankan ibadah-ibadah yang melibatkan haiwan seperti aqiqah dan qurban? Adakah ia hanya simbolik? Atau ada sesuatu yang lebih besar di sebalik penyembelihan itu?

Artikel kali ni, kami di Aqiqah4u.my nak bawa korang menyelami makna aqiqah dan qurban dari sudut yang lebih dekat di hati. Bukan sekadar hukum, tapi kisah, hikmah dan realiti bagaimana ibadah ini mampu menghubungkan kita dengan sesama manusia dan dengan Tuhan kita.


Apa Itu Aqiqah?

Aqiqah secara ringkasnya ialah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas kelahiran seorang anak. Ia bukan sekadar adat atau budaya, tetapi ibadah yang sangat dianjurkan dalam Islam.

Menurut hadis, Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ غُلَامٍ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ، تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُسَمَّى فِيهِ، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

“Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, disembelih baginya pada hari ketujuh (kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi)

Kenapa anak “tergadai” atau “hutang tertebus”?

Ia bukan maksud sebenar dalam bentuk gadaian duniawi. Tapi para ulama tafsirkan bahawa aqiqah ini akan menjadi wasilah kepada syafaat dan keberkatan untuk anak itu sendiri. Ia membuka jalan kepada rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Lafaz kunci: “مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ” – Tergadai dengan aqiqahnya

  • “Murtahan” berasal dari perkataan rahn (رهن) yang memang digunakan dalam fiqh untuk maksud gadaian atau hutang yang perlu ditebus.
  • Oleh itu, ulama seperti Imam Ahmad dan Ibn al-Qayyim mentafsirkan bahawa:
    • Anak itu “terikat” atau “tergantung” sampai aqiqahnya dilaksanakan.
    • Bila aqiqah dilakukan, maka seolah-olah satu beban atau hutang ke atas ibu bapa telah ditebus.

Ulama berbeza pandangan, tetapi ada beberapa penjelasan yang kuat:

  1. Ibnu Qayyim al-Jawziyyah berkata: Maksud “tergadai” di sini ialah anak itu tidak akan mendapat syafaat yang sempurna kepada kedua ibu bapanya sekiranya tidak diakikahkan – ini pandangan kiasan, bukan literal hutang.
  2. Imam Ahmad bin Hanbal pula berkata: Anak itu dalam keadaan “terikat” dengan tanggungjawab aqiqah. Bila dilakukan aqiqah, maka tanggungjawab ibu bapa terlepas – seperti “hutang tertebus”.
  3. Imam Nawawi (mazhab Syafi’i):
    Aqiqah adalah sunnah muakkadah, bukan wajib. Tetapi amat digalakkan, dan jika tidak dilakukan, seolah-olah terhutang kebaikan atau tanggungjawab terhadap anak.

Kenapa dianggap “hutang tertebus”?

Dalam konteks bahasa dan syariah:

  • Aqiqah = tanggungjawab yang kuat terhadap anak.
  • Bila dilaksanakan, maka ibu bapa telah melunaskan hak anak itu, dan bebas dari beban amanah tersebut.
  • “Tertebus” maksudnya: anak tidak lagi “terikat” atau “tergantung” pada hak tersebut.

Qurban: Warisan Nabi Ibrahim AS

Qurban pula adalah ibadah tahunan yang dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah. Ia memperingati kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS, kerana perintah Allah.

Allah gantikan dengan seekor kibas, dan dari situ lahirlah ibadah qurban.

Qurban bukan sekadar penyembelihan, tetapi lambang:

  • Ketaatan
  • Pengorbanan
  • Keikhlasan

Qurban menyatukan umat Islam seluruh dunia melalui pengagihan daging kepada fakir miskin, jiran tetangga dan saudara-saudara yang memerlukan.


Bezanya Aqiqah & Qurban?

PerkaraAqiqahQurban
TujuanKesyukuran atas kelahiranSunnah pengorbanan Nabi Ibrahim
MasaHari ke-7 kelahiran (atau bila mampu sehingga anak baligh)10–13 Zulhijjah sahaja setiap tahun hijrah
Bilangan Haiwan1 kambing (perempuan), 2 ekor (lelaki)1 bahagian lembu atau seekor kambing untuk 1 penama ibadah
HukumnyaSunat Muakkad (Sunnah yang dituntut pelaksanaannya)Sunat Muakkad (wajib, bagi sesetengah ulama jika mampu)

Kenapa Ibadah Ini Masih Relevan Hari Ini?

Mungkin ada yang fikir, kita dah moden – kenapa masih kena sembelih haiwan?

Hakikatnya, Islam tak lapuk dek zaman. Aqiqah dan qurban mendidik jiwa untuk:

  1. Sedar nikmat – Kelahiran anak atau rezeki berlebihan bukan hasil kita semata.
  2. Memberi tanpa syarat – Daging disedekah tanpa pilih kasih.
  3. Menyatukan komuniti – Dari kampung ke kota, daging qurban sampai ke semua rumah.

Aqiqah4u.my – Menyantuni Ibadah Dengan Mudah

Di sinilah Aqiqah4u.my tampil memainkan peranan. Kami sedar, ramai umat Islam yang mahu buat aqiqah atau qurban, tapi tersekat oleh:

  • Lokasi
  • Masa
  • Kos
  • Tak tahu prosedur

Penyelesaiannya?

Kami sediakan platform yang mudah, telus dan selamat. Semua orang boleh tunaikan ibadah dari hujung jari – dari mana-mana pelusuk dunia sekalipun!

5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Aqiqah4u.my

1. Lokasi Ibadah yang Strategik

Kami laksanakan ibadah di beberapa lokasi di pelusuk dunia – tempat yang sangat memerlukan bantuan makanan.

Bayangkan daging aqiqah anak anda dimasak dan diagihkan kepada anak-anak yatim dan pelarian yang tak pernah rasa lauk daging selama berbulan.

2. Sijil Pelaksanaan & Bukti Bergambar

Setiap pelanggan akan terima:

  • e-Sijil pelaksanaan rasmi
  • Gambar bukti sembelihan
  • Rekod video sembelihan

Kami percaya pada ketelusan. Biar pelanggan lihat sendiri bagaimana ibadah mereka dilaksanakan.

3. Pakej Mesra Bajet

Kami faham tak semua orang mampu beli kambing harga RM900 seketul. Jadi kami sediakan pelbagai pilihan harga dari serendah RM350 ke atas (Lembu di Uganda, Qurban sahaja) – termasuk kos sembelih, agih, pengurusan dan e-sijil.

4. Staff Berpengalaman & Profesional

Pasukan kami di luar negara terdiri daripada penduduk tempatan yang faham adat, agama dan keperluan masyarakat. Mereka dilatih secara profesional untuk urus setiap sembelihan dengan penuh adab dan piawaian syariah.

5. Tempahan 100% Online & Pembayaran Fleksibel

Tak perlu keluar rumah. Pilih pakej di laman web kami, buat bayaran secara FPX / kad kredit / ansuran, dan tunggu sijil serta laporan siap, kalau nak guna e-wallet seperti Touch N Go , Shoppe Pay juga diterima.


Realiti Hari Ini: Ramai Yang Masih Belum Laksanakan Aqiqah

Ramai ibu bapa anggap aqiqah boleh ‘tangguh’ sampai mampu. Betul, tapi jangan sampai terlupa.

Aqiqah bukan hanya untuk anak kecil, tapi boleh dilaksanakan walaupun anak dah besar – malah untuk diri sendiri jika ibu bapa belum pernah buatkan.

Ramai juga buat aqiqah untuk:

  • Diri sendiri
  • Isteri
  • Anak angkat
  • Sebagai nazar

Yang penting niat dan pelaksanaan ikut syariah.

Soalan Lazim (FAQ) Yang Selalu Kami Terima

Q: Boleh ke buat aqiqah gabung dengan sedekah daging?
A: Boleh, tapi niat kena jelas. Aqiqah mesti sembelih khas untuk aqiqah. Daging boleh diagih sebagai sedekah selepas itu.

Q: Boleh buat qurban untuk orang lain?
A: Ya, dengan syarat dapat keizinan atau niat atas nama si mati sebagai hadiah pahala.

Q: Macam mana nak tahu sembelihan sah?
A: Di Aqiqah4u.my, semua sembelihan ikut piawaian:

  • Binatang sihat dan cukup umur
  • Disembelih oleh Muslim
  • Niat yang betul
  • Sebutan nama dengan jelas

Q: Boleh ke buat aqiqah dan qurban sekali?
A: Tidak boleh digabungkan dalam satu sembelihan.

Walaupun kedua-duanya melibatkan penyembelihan haiwan, niat dan tujuan aqiqah serta qurban berbeza, jadi ia tidak boleh disatukan dalam satu haiwan yang sama.

Contoh salah faham yang biasa:

“Saya beli satu kambing masa raya haji, dan saya niatkan untuk aqiqah anak dan juga qurban.”

Tak sah untuk kedua-duanya. Satu haiwan hanya boleh diniatkan untuk satu jenis ibadah sahaja.

Baca disini untuk maklumat lebih lanjut:


Kita Sambung Kasih, Kita Sebarkan Berkat

Dalam dunia yang makin individualistik dan sibuk, ibadah seperti aqiqah dan qurban mengingatkan kita kepada akar nilai Islam: kasih sayang, pengorbanan, dan kebersamaan.

Kami di Aqiqah4u.my bukan hanya mengurus sembelihan, tapi menjadi penghubung kasih antara anda dan saudara kita di tempat yang jauh – dari Mekah ke Uganda, dari Malaysia ke Kemboja.

Jom jadi sebahagian dari gerakan ini. Tunjukkan rasa syukur anda. Sebarkan rezeki anda. Hidupkan sunnah. InsyaAllah, ganjaran bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat.

Daftar Aqiqah anda: https://aqiqah4u.my/daftar-aqiqah
Daftar Qurban anda: https://aqiqah4u.my/daftar-qurban
Daftar Nazar atau Dam anda: https://aqiqah4u.my/daftar-ibadah

aqiqah4uwebmaster

Komen anda?

Perkhidmatan

Aqiqah

Perlaksanaan di:
🇸🇦🇲🇾🇺🇬🇹🇿🇮🇩

Harga Serendah RM390/ekor

Nazar, Sedekah & Dam

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM470/ekor

Badal Umrah

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM700/badal

Sedekah Ramadan 2025, Seekor Kambing di Tanah Suci

Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.