F.A.Q Aqiqah4u.my
Aqiqah adalah sembelihan yang dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi sebagai tanda syukur kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala atas kelahiran bayi tersebut. Hukum Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam.
Hari, waktu atau masa yang terbaik melaksanakan aqiqah adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Ia juga boleh dilaksanakan pada hari ke-14, atau hari ke-21 sekiranya waktu tidak mengizinkan pada hari ke-7 seperti mana yang disebutkan di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Adapun sekiranya selepas dari bilangan waktu yang disebutkan, maka ianya tidak mengapa kerana hukum asas/ asal aqiqah itu adalah perlaksanaannya itu ke atas setiap kelahiran sekali seumur hidup.
Jumlah sembelihan adalah berbeza mengikut jantina bayi.
Bayi Lelaki – 2 Ekor , Bayi Perempuan – 1 Ekor
Sekiranya ibu bapa hanya mampu untuk melaksanakan 1 ekor sahaja untuk bayi lelaki, maka ianya tidak mengapa, mengikut kemampuan yang ada. Sekiranya dimurahkan rezeki pada masa akan datang, maka boleh menambah dan menyempurnakan ibadah Aqiqah tersebut.
Aqiqah hanya disyariatkan sekali sahaja seumur hidup untuk setiap kelahiran bayi baharu.
Ibadah Aqiqah adalah ibadah khusus yang dilaksanakan kerana kelahiran bayi baru yang mana ianya dilaksanakan atas tujuan kesyukuran kita kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala. Waktu ibadah ini adalah tidak terhad dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja mengikut kemampuan masing-masing. Adapun Ibadah Qurban adalah ibadah khusus yang dilaksanakan pada waktu tertentu sahaja, iaitu pada Musim Haji. Ia adalah ibadah yang terhad waktunya iaitu dari 10 zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah sahaja.
Selain itu, hukum antara kedua-duanya juga turut berbeza yang mana para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum ibadah Qurban ini. Majoriti ulama mengatakan bahawa ibadah Qurban adalah WAJIB berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah al-Kauthar, yang bermaksud: “Maka solatlah kamu dan laksanakanlah Qurban”– Ayat 2. Hukum wajib itu adalah berdasarkan kepada lafaz ‘arahan/ perintah/ suruhan’ yang digunakan oleh Allah subhanahu wa Ta’ala di dalam ayat ini. Adapun hukum ibadah Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang dituntut (bawah sedikit dari hukum wajib).
Wallahu a’lam.
Para ulama mempunyai pelbagai pandangan berkenaan maksud ‘tertebus’ di dalam hadis tersebut, antaranya:
Kiraan hari ketujuh adalah bermula dari tarikh bayi itu dilahirkan. Hari pertama kelahiran merupakan hari pertama dalam kiraan, tidak kira samada pagi, tengahari ataupun malam. Contohnya, bayi dilahirkan pada 1 Januari, maka hari ketujuh adalah pada 7 Januari, dan bukannya 8 Januari.
1. Disunatkan untuk azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi tersebut seperti mana hadis Abu Rafi’ bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengazankan ke telingan Hasan (cucu baginda) sejurus selepas kelahiran beliau. Para ulama mengatakan bahawa ianya supaya perkataan pertama yang di dengari oleh bayi tersebut di muka bumi ini adalah Kalimah Tauhid (di dalam azan).
2. Mentahnik bayi tersebut selepas mengazankannya. Tahnik adalah mengunyah tamar atau selainnya (yang manis), kemudian disapukan kepada lelangit bayi tersebut. Ia adalah sunnah dan bukannya wajib, dan sebaiknya di lakukan oleh orang Alim dan Soleh kerana hikmah yang terdapat dalam amalan tahnik itu sendiri.
3. Disunatkan mencukur rambut bayi tersebut pada hari ke-7, selepas selesai amalan aqiqah. Kemudian sedeqahkan nilai timbangan rambut tersebut dengan nilai timbangan perak (silver). Ianya seperti yang dilakukan dan dimaklumkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadith. Majoriti ulama mengatakan bahawa amalan cukur tersebut hanya untuk bayi lelaki sahaja.
Akad pada asasnya adalah persetujuan antara 2 pihak dalam sesuatu urusan. Akad yang dilakukan melalui telefon atau bacaan di dalam kertas adalah sudah memadai kerana persetujuan dan perwakilan antara kedua pihak jelas dinyatakan. Pembayaran yang dibuat oleh pihak pembeli kepada penjual/ pemberi khidmat membuktikan bahawa si pembeli telah bersetuju dan meredhai urusan tersebut.
Majoriti Ulama mengatakan syarat kambing untuk Aqiqah adalah sama dengan syarat-syarat kambing Qurban, iaitu mestilah bebas dari sebarang kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Ia juga perlu mencukupi tahap dan had umur yang telah ditetapkan dan dibenarkan untuk disembelih.
Ianya berbeza mengikut jenis kambing. Terdapat dua jenis kambing iaitu:
1. Kambing biasa: hendaklah genap dua tahun atau sedang masuk tahun ketiga.
2. Kambing biri-biri (berbulu tebal): hendaklah genap setahun atau sedang masuk tahun kedua.
Aqiqah adalah syariat yang telah ditetapkan, iaitu dua ekor untuk anak lelaki dan satu ekor untuk anak perempuan. Adapun sekiranya diadakan majlis aqiqah dan jumlah tetamu yang hadir terlalu ramai, maka sembelih lebih dari itu adalah tidak mengapa sebagai tanda penghormatan kepada para tetamu yang akan hadir, akan tetapi ianya tidak dikira sebagai aqiqah.
Ianya tidak boleh kerana 1 ekor kambing adalah untuk seorang penama sahaja. Sekiranya masih tidak mampu, maka boleh dilaksanakan kemudian hari sekiranya bajet telah mencukupi dan mempunyai lebihan rezeki.
Sebahagian ulama Feqh membenarkannya seperti di dalam Mazhab Shafie kerana hukum binatang sembelihan di dalam Aqiqah adalah sama dengan hukum Qurban. Adapun sejumlah ulama hadis hanya membenarkan sembelihan kambing sahaja untuk Aqiqah berdasarkan hadis yang jelas dari Nabi sallallahu a’alaihi wasallam.
Sekiranya kita merujuk kepada pendapat Mazhab Shafie, maka seekor lembu boleh dijadikan sembelihan Aqiqah untuk 7 orang nama. Wallahu a’lam.
Inilah Kaedah Islam yang sempurna yang mana Allah subhanahu Wa Ta’ala telah meletakkan setiap pensyariatan terhadap kaum lelaki dua kali ganda dari wanita. Allah menjadikan setiap pembahagian hukum-hukum penting bagi wanita separuh daripada lelaki selari dengan tanggungjawab yang di amanahkan, seperti hukum faraid, diyat (denda qisas), saksi, pembebasan hamba dan sebagainya. Hal ini kerana amanah lelaki adalah dua kali ganti dari sang wanita kerana tanggungjawab nafkahnya kepada isteri dan anak-anaknya, kepada ibu bapanya dan sebagainya.
Simbolik aqiqah yang sama dengan hukum umum di dalam Islam ini adalah sebagai tanda pengiktirafan dari kecil/bayi tersebut untuk menerima hukum dan ketetapan Allah ini. Begitu juga kepada ibu bapa yang patuh akan ketetapan amalan sunat muakkad ini menjadi simbol ketaatan mereka dalam perlaksanaan amalan-amalan wajib yang lain yang mempunyai konsep yang sama.
Qurban adalah ibadah penyembelihan haiwan ternakan, iaitu kambing, lembu dan unta yang dilaksanakan pada hari-hari Tashrik (10 – 13 Zulhijjah) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa Ta;ala.
Syarat Pelaksana Qurban:
Syarat Qurban:
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum qurban, samada adakah ianya Sunat yang dituntut atau Wajib? Jumhur ulama mengatakan bahawa ianya adalah Sunat Muakkad (sunat yang dituntut), dan sebahagian yang lain seperti Mazhab Abu Hanifah dan salah satu riwayat Imam Ahmad mengatakan bahawa ianya wajib. Ianya berdasarkan ayat al-Quran surah al-Kauthar, ayat 2: “Maka solatlah utnuk Tuhanmu dan laksanakanlah Qurban”. Ayat ini diturunkan dalam bentuk arahan dan perintah.
Pensyariatan Qurban mempunyai banyak hikmah yang tersendiri samada secara tersembunyi ataupun secara zahir. Antaranya adalah mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan sepanjang hidup kita, menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim alaihi wasallam, mengingatkan kita kepada kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika diperintahkan Allah untuk penyembelihan qurban ini, dan pelbagai lagi.
Ianya bermula dari selepas selesai Solat Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) sehinggalah tenggelam matahari hari ke-13 Zulhijjah. Jumlah hari disyariatkan untuk melaksanakan penyembelihan Qurban adalah selama 4 hari.
Terdapat beberapa jenis qurban:
Ianya adalah tidak digalakkan untuk melaksanakan qurban untuk orang yang telah meninggal dunia kerana segala amalan telah terputus setelah putusnya roh dari jasad, melainkan ianya dalam bentuk wasiat.
Namun, sebahagian pandangan membenarkannya sebagai langkah sedekah ke atas si mati. Wallahualam
Boleh, selagi mana mereka menetap di satu rumah/bumbung yang sama. Turut dibenarkan jika di bawah satu nafkah yang sama.
Boleh, dengan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu untuk orang tersebut berniat Qurban supaya ianya lebih sempurna dan dapat menepati pantang larang bagi orang yang berniat dan pelaksana Qurban tersebut.
Perlu mengutamakan orang Islam terlebih dahulu. Namun, ianya boleh jika terdiri dari saudara mara, jiran tetangga dan orang-orang yang susah.
Anda perlu melaksanakan ibadah qurban setiap tahun sekiranya berkemampuan. Ianya adalah ibadah yang dituntut setiap kali musim haji dan musim haji setahun sekali.
Qurban bersama Aqiqah4u.my juga terbaik, tetapi Ibadah qurban yang lebih terbaik adalah dilaksanakan di tempat sendiri, disembelih sendiri dan diagihkan sendiri.
Sebaik-baik binatang qurban adalah unta, kemudian lembu dan kambing.
Boleh, sebagaimana Aqiqah4u.my merupakan wakil anda untuk melaksanakan ibadah qurban dibeberapa negara terpilih.
Akad yang selalu diguna pakai adalah akad salam (tempahan) dan akad wakalah (mewakilkan), mengikut syarat-syaratnya.
Akad Wakalah (وكالة) ialah suatu akad muamalah dengan pemberian kuasa Pihak Pertama kepada Pihak Kedua untuk menjalankan sesuatu urusan selari dengan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bai’ al-salam (بيع السلم) ialah jual beli secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, spesifikasi barangan dan khidmat yang dibeli adalah jelas dan akan diserahkan pada masa hadapan.
Qurban adalah lebih baik dari sedekah kerana ianya adalah Sunat Muakkad dan wajib dan merupakan satu syariat yang disyariatkan secara khusus.
Tidak boleh kerana keduanya adalah ibadah yang berbeza dan tujuan yang berbeza.
Tidak memotong kuku dan rambut bermula 1 Zulhijjah sehingga selesai sembelihan qurban.
Akad yang digunakan adalah Akad Salam & Wakalah.
Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya.
Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya.
Aqiqah4u adalah singkatan kepada “Aqiqah For You”. Ianya membawa maksud perkhidmatan aqiqah yang disediakan oleh pihak kami adalah untuk kesemua Umat Islam, tidak kira warna kulit, bangsa, dan negara. Ianya turut merujuk kepada aqiqah yang dilaksanakan oleh ibu bapa untuk anak-anaknya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wa Ta’ala.
Secara amnya , “Aqiqah4u” merujuk kepada 3 perkara:
Ya, kami merupakan sebuah entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Syarikat Arovis Global Sdn Bhd (1347226-H) yang mana ianya telah didaftarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Oktober 2019.
Sempurnakan borang yang disediakan secara atas talian dan membuat pembayaran terus ke akaun kami. Anda akan diberikan pengesahan dan resit sebagai bukti pembayaran. Notis perlaksanaan akan diberikan selepas sembelihan anda telah disempurnakan dan bukti video akan dimasukkan ke dalam website kami (hanya anda sahaja yang boleh melihat video tersebut). Anda hanya perlu memasukkan nombor telefon anda untuk melihat video tersebut.
Video tersebut di simpan di Amazon Web Service Cloud milik Arovis Global Sdn Bhd yang berpangkalan di Singapura.
Jika anda mendapati Video dan Gambar aqiqah anda tiada di dalam sistem semakan status kami, anda boleh terus menghubungi Pihak Syarikat untuk bantuan lanjut.
Buat masa ini, kami turut menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini:
Syarikat ini beroperasi dari
B – 01 – 07, Savanna Lifestyle Retails, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor
Kami menerima semua jenis pembayaran berasaskan syariah, termasuklah secara tunai, pindahan wang atau cek bertulis yang sah
Pembayaran untuk perkhidmatan kami adalah melalui atas talian dengan menggunakan 3 cara:
Aqiqah4u mempunyai banyak rakan strategik dari kalangan korporat dan syarikat-syarikat kecil-kecilan. Kami juga merupakan pembekal terbesar kepada syarikat-syarikat pelaksana di malaysia yang menjalankan perkhidmatan aqiqah dan qurban di Mekah.
Antara pelanggan korporat kami adalah Tabung Haji Travel, Kumpulan Klinik Siti, Hospital Andorra, Persatuan Tadika Malaysia (PERTIM), Mommy Hana, dan banyak lagi.
Peneraju Platform Aqiqah, Qurban dan segala sembelihan secara online yang boleh diakses oleh pelanggan dari mana-mana tempat, bila-bila masa serta memudahkan dari pendaftaran, pembayaran sehingga selesai!