Mengenali pengurusan korporat kami, sistem pelaksanaan akad, dan portal rakan niaga.
Pilih perkhidmatan mengikut pilihan anda dan selesaikan pendaftaran secara dalam talian.
Himpunan artikel semasa, perbincangan hukum, dan persoalan lazim mengenai ibadah.
Ibadah Maliyah: Sucikan Harta, Menjiwai Takwa.
Platform utama anda untuk melaksanakan Aqiqah, Qurban, Sedekah, Dam Umrah atau Haji, mahupun Nazar pada bila-bila masa. Pilih lokasi, niat, dan biarkan kami selesaikan selebihnya mengikut Sunnah.
Ribuan pelanggan mempercayai Aqiqah4u.my untuk pengurusan ibadah yang telus & patuh Syariah.
5.0Perkhidmatan Tertinggi 2026disahkan oleh TrustindexTrustindex mengesahkan bahawa syarikat itu mempunyai skor semakan melebihi 4.5, berdasarkan ulasan yang dikumpul di Google sepanjang 12 bulan yang lalu, melayakkannya menerima Sijil Penilaian Tertinggi.
Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah team ibadah qurban
Thanks to Aqiqah4u...I trust that the qurban was successfully carried out.. Alhamdulillah! However, since we were not able to be at the location, in future it wld good/better to share a short video of the slaughter process..thank you... Will continue my qurban with Aqiqah4u in future..insya Allah .
Terbaik
Terbaikkk
🌹👍👍👍
Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan kecaknaan dan perkhidmatan yang diberikan. Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan
Alhamdulillah.. syukur terima kasih telah memudahkan segala urusan dan menjalankan tanggungjawab yg diberi dgn sempurna..👍🏻👍🏻👍🏻
Alhamdulillah. Pengalaman yg best bagi saya. Semua urusan mudah sangat. Servis dari operator pun bagus, respon cepat, menyenangkan & yg penting beradab. InsyaAllah akan repeat lagi untuk anak lain & suggest pada kawan2. Terima kasih aqiqah4u ! 🙏🏻
Alhamdulillah. Selesai akikah buat anak perempuan sy . Sangat cepat & sy berpuas hati .
Alhamdulillah dpermudahkn urusan ..mmg servis yg cpat...byr ptg..mlm dh dpt video aqiqah..inshaAllah nnti ade rzki ..nk bt qurban plak
servis yg sangt terbaik
Sangat mudah, ringkas dan pantas. Servis yang bagus
The most trusted services and legit too. Highly reliable and they will provide evidence such as video on the sembilahan was executed, photos and digital cert. Syukur alhamdulillah and many thanks to Aqiqah4u for helping me in resolving my dam issues.🙏
Allhamdulliah..memudahkan urusan semua hamba2 Allah S.W.T
Pantas dan efisyen
Perkhidmatan yg boleh dipercayai & mungkin akan mencuba lagi lain kali.
Alhamdulillah urusan aqiqah melalui Aqiqah4u sangat mudah dan telus. Saya amat mengalu-alukan lebih ramai orang untuk menggunakan perkhidmatan Aqiqah4u untuk urusan aqiqah dan juga urusan-urusan ibadah yang lain. Semoga maju jaya Aqiqah4u
Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar mengikut tarikh yg ditetapkan...
Alhamdulillah akikah anak lelaki saya selamat dijalankan . 17/03/2026 buat pembayaran , 18/03/2026 selesai. Akikah4you sangat bagus ans trusted . Siap dapat video .
Alhamdulillah, mudah dengan aqiqah4u
Isi maklumat pendaftaran lengkap.
Pembayaran atas talian selamat.
Ibadah diproses & dikemaskini.
Semak bukti video serta gambar pelaksanaan, dan e-Sijil Digital Story Mode terus ke peranti anda. Ketelusan mutlak dalam setiap amanah.
Anda boleh menjana sendiri e-Sijil Digital ini setelah selesai pelaksanaan dan boleh diakses melalui Sistem Semakan Status.








Islam itu mudah, dan Aqiqah4u.my menyempurnakan pelaksanaannya. Setiap Ibadah anda akan diuruskan secara bertauliah, patuh Syari'e, dan telus mengikut amanah akad wakalah & salam — membawa keberkatan hakiki buat yang tersayang.
RM390/ekor
Pelaksanaan pantas Ibadah Aqiqah dengan penawaran pilihan sembelihan bertauliah di Malaysia, Mekah & Uganda.
RM390/ekor
Tunaikan niat wajib nazar, sedekah atau bayar dam umrah serta dam haji secara sunnah.
RM600/orang
Sempurnakan hasrat murni umrah buat arwah tersayang atau waris yang telah uzur.
RM4,500/orang
Penyempurnaan rukun Islam kelima buat arwah atau waris yang uzur mengikut Nusuk Haji.
RM350/bahagian
Ibadah qurban tahunan bersepadu. Pendaftaran dibuka setiap kali menjelang bulan Zulhijjah.
RM80/tahunan
Rancang perlindungan kebajikan keluarga dan pengurusan harta pusaka masa depan.
Platform Aqiqah4u.my dimiliki sepenuhnya oleh Arovis Global Sdn Bhd (1347226-H), sebuah entiti yang berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan diperbadankan sejak 2019. Sebelum penjenamaan digital ini, kami telah mula beroperasi dan menguruskan khidmat Haramain sebagai Ar-Rayyan Global Network sejak tahun 2012.
Kami menyediakan infrastruktur pengurusan ibadah di Tanah Suci (Haramain) secara atas talian sepenuhnya yang merangkumi:
Anda boleh terus menghubungi khidmat pelanggan kami melalui aplikasi Whatsapp secara terus dengan klik pada ikon WhatsApp yang terapung di penjuru skrin halaman ini untuk bantuan segera.
Aqiqah4u.my memelopori standard industri dengan menggunakan Sistem Semakan Status Digital Berpusat. Sebaik sahaja ibadah anda selesai disempurnakan, sistem kami akan menjana pautan rasmi penjejakan secara automatik. Berbeza dengan kaedah konvensional yang menghantar fail video/gambar secara manual menerusi WhatsApp—yang berisiko hilang, rosak, atau membebaskan storan telefon anda—pihak kami menyimpan dan mengunci semua dokumentasi serta bukti visual secara kekal di dalam pelayan (secure server) kami. Ini menjamin data anda selamat, mudah diakses pada bila-bila masa, dan telus tanpa risiko keciciran maklumat.
Untuk beberapa jenis ibadah sembelihan (seperti Dam atau Sedekah), pelaksanaan boleh disempurnakan pada hari yang sama. Syaratnya, pendaftaran dan akad bayaran mestilah diselesaikan sebelum waktu Zohor (jam 1:00 tengahari waktu tempatan) bagi melancarkan urusan penyelarasan bersama wakil kami di Mekah. Walau bagaimanapun, kami amat mengesyorkan pendaftaran dibuat sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal untuk penyusunan jadual yang lebih optimum.
Setiap transaksi di platform kami dilindungi oleh Akad Wakalah yang sah mengikut syarak. Kami memikul tanggungjawab penuh (liabiliti perundangan & rohani) atas amanah yang diberikan. Jika berlaku sebarang gangguan atau kegagalan teknikal dari pihak kami yang menghalang ibadah disempurnakan mengikut spesifikasi akad, Aqiqah4u.my bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan semula atau memulangkan dana anda secara telus.
Aqiqah4u menawarkan perkhidmatan Aqiqah di Tanah Suci Mekah, Uganda dan juga Malaysia buat masa ini, untuk lebih jelas sila rujuk ke Laman Pakej Aqiqah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sistem kami menetapkan bahawa setiap pelaksanaan ibadah itu perlu mempunyai Penama, bagaimanapun anda boleh meletakkan apa-apa nama dahulu, kemudian terus berhubung dengan Pegawai Khidmat Pelanggan kami untuk urusan selanjutnya.
Pertukaran nama peserta boleh dilakukan sekiranya sembelihan belum lagi dilaksanakan. Anda perlu segera menghubungi pihak khidmat pelanggan kami untuk memaklumkan perubahan tersebut agar akad wakalah dapat diperbaharui.
Agihan yang kami lakukan di Tanah Suci Mekah adalah secara mentah, bagaimanapun sekiranya anda ingin agihan dilaksanakan secara masak, anda boleh terus menghubungi khidmat pelanggan kami untuk membantu anda dalam urusan itu.
Mengikut sunnah, waktu yang paling afdal (sunat muakkad) adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Jika tidak berkemampuan, ia boleh dilakukan pada hari ke-14, ke-21, atau bila-bila masa sebelum anak tersebut mencapai usia baligh.
Boleh. Menurut sebahagian ulama (seperti pandangan mazhab Syafie), adalah sunat bagi individu dewasa untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri sekiranya ibu bapanya tidak berkemampuan melaksanakannya ketika beliau masih kecil.
Ibadah Qurban akan dilaksanakan bermula selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah, dan berterusan sepanjang hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah) mengikut waktu tempatan di lokasi Qurban yang telah anda pilih.
Kami hanya memilih haiwan ternakan (kambing/biri-biri/lembu) yang cukup umur, sihat, tidak cacat, dan menepati kriteria ketat sembelihan Qurban mengikut garis panduan syarak dan piawaian pihak berkuasa tempatan.
Aqiqah4u.my akan menghantar notifikasi secara pantas melalui SMS (untuk tujuan penghabisan dari Pantang Larang untuk mereka yang berqurban), bagaimanapun Sistem Semakan kami akan dikemaskini dalam beberapa tempoh mengikut waktu yang akan kami maklumkan, ini kerana kami perlu mengesahkan, menyusun dan mengemaskini Ibadah Qurban tersebut telah dilaksanakan dengan sempurna.
Untuk rekod, pihak kami telah berjaya mendapatkan bukti sembelihan untuk setiap peserta qurban dalam tempoh beberapa tahun ini, bagaimanapun ini bukanlah ketetapan bahawa bukti tersebut akan diberikan, ianya adalah bergantung kepada regulasi tempatan semasa Musim Qurban tersebut.
Kami menggunakan Akad Wakalah & Salam, dimana anda sebagai pembeli telah memberikan hak wakil secara mutlak kepada kami, dan Akad Salam adalah akad pembelian yang berlaku sewaktu pembayaran telah dilaksanakan.
Sah. Perwakilan (wakalah) dalam urusan Qurban dibenarkan secara meluas dalam Islam. Akad wakalah yang disepakati membolehkan pihak kami melaksanakan sembelihan bagi pihak anda, berserta bukti pelaksanaan digital disediakan kelak.
Nazar wajib dilaksanakan jika niat asalnya menepati syarak (bukan maksiat) dan dilafazkan secara lisan (contoh: "Jika anak saya sembuh, saya bernazar menyembelih seekor kambing"). Apabila hajat tercapai, ia wajib disempurnakan.
Tidak boleh. Daging sembelihan Nazar diharamkan ke atas pembuat nazar dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya. Keseluruhan daging wajib diagihkan 100% kepada golongan fakir miskin.
Sembelihan ibadah Nazar ini akan dilaksanakan di Mekah, Tanah Suci Mekah mempunyai populasi asnaf yang ramai dan menepati kriteria agihan dengan jelas. Ini memastikan agihan 100% daging kepada asnaf tercapai dengan sempurna tanpa risiko termakan oleh ahli keluarga pendaftar.
Anda boleh memilih sendiri tarikh-tarikh yang ada inginkan di laman pendaftaran, sekiranya anda tidak memilih tarikh, ibadah tersebut akan dilaksanakan pada hari Jumaat pada minggu tersebut.
Tidak wajib. Ibadah nazar melalui pembelian kambing di platform kami adalah sah secara bertulis. Pembeli tidak perlu melafazkannya dengan lidah/suara.
Nazar anda dikira sah dan rasmi di sisi syarak apabila anda memenuhi langkah berikut:
Jika anda yakin telah bernazar tetapi terlupa butiran khususnya (seperti berapa ekor kambing), anda dinasihatkan untuk menyempurnakan apa yang paling anda yakini, dan menunaikan kaffarah (denda pelanggaran sumpah) sebagai langkah berjaga-jaga mengikut panduan ulama.
Kami menguruskan Dam Takhyir dan Ta'dil (seperti memakai pakaian berjahit bagi lelaki, memotong rambut/kuku dalam ihram) serta Dam Tertib dan Ta'dil (seperti tidak melakukan tawaf wida' atau melanggar pantang larang miqat).
Ya. Syarat utama bagi kebanyakan Dam ialah sembelihan dan pengagihan dagingnya mesti dilakukan di dalam sempadan Tanah Haram Mekah, dan diagihkan kepada fakir miskin di sana.
Boleh dan wajib dilunaskan. Hutang Dam tidak terbatal oleh peredaran masa. Anda wajib menyelesaikannya secepat mungkin sebaik sahaja menyedari kesalahan atau baru berkemampuan.
Mengikut pandangan jumhur ulama termasuk mazhab Syafie, daging sembelihan Dam haram dimakan oleh individu yang membayarnya. Ia wajib diserahkan 100% kepada asnaf di kawasan Tanah Haram.
Boleh dan sangat digalakkan. Berdasarkan kesepakatan majoriti ulama, pahala sedekah sembelihan yang diniatkan untuk si mati diyakini sampai dan memberi manfaat kepada mereka di alam barzakh.
Tidak. Ibadah sedekah sembelihan biasa boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun, tidak seperti ibadah Qurban yang terikat pada hari-hari tertentu di bulan Zulhijjah.
Badal Umrah hanya sah untuk dua golongan: individu yang telah meninggal dunia, atau individu yang masih hidup tetapi mengalami uzur syarie yang kekal (seperti sakit kronik, lumpuh, atau uzur tua) yang menghalangnya melakukan perjalanan ke Mekah.
Pelaksana kami terdiri daripada golongan mutawwif berpengalaman, penuntut ilmu (pelajar perubatan/agama), serta penduduk tempatan (muqim) di Tanah Suci yang dipastikan telah menyempurnakan ibadah Umrah wajib untuk diri mereka terlebih dahulu.
Ya. Pihak waris akan menerima Sijil Pelaksanaan Badal Umrah berserta bukti rakaman video niat yang menyebut nama penama di Miqat, yang boleh diakses dan dimuat turun melalui sistem semakan digital kami.
Tidak boleh. Mengikut syarak, satu pelaksanaan Badal Umrah (satu pusingan ihram) hanya sah didedikasikan untuk satu (1) penama sahaja pada satu-satu masa pelaksanaannya.
Ibadah Badal Umrah kebiasaannya disempurnakan dalam tempoh 7 hingga 14 hari waktu bekerja selepas pendaftaran disahkan, tertakluk kepada jadual pelaksana, kuota permit umrah semasa, dan keadaan kesesakan di Masjidil Haram.
Ya. Pelaksana diwajibkan melafazkan niat ihram umrah secara lisan (contoh: "Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya bagi pihak [Nama Penama] kerana Allah Taala") ketika berada di miqat, dan rakaman lafaz ini disertakan sebagai bukti rasmi.
Sama seperti Umrah, Badal Haji hanya dibenarkan untuk individu yang telah meninggal dunia tanpa sempat menunaikan haji, atau bagi mereka yang masih hidup tetapi disahkan mengalami keuzuran kekal (sakit tiada harapan sembuh/sangat uzur) namun berkemampuan dari segi kewangan.
Tugas ini diamanahkan kepada wakil pelaksana kami di Tanah Suci yang sah menetap di sana, melepasi saringan ketat pengurusan, dan dipastikan telah menunaikan fardu Haji untuk diri mereka sendiri terlebih dahulu mengikut syarat syarak.
Majoriti pelaksana kami akan melaksanakan Haji secara Ifrad atau Tamattu', bergantung kepada kelapangan waktu pelaksana bermukim di sana dan kesesuaian operasi haji serta arahan kerajaan Arab Saudi pada tahun tersebut.
Setiap pendaftaran akan dibekalkan dengan Sijil Pelaksanaan Badal Haji yang eksklusif, berserta cenderahati (bergantung kepada pakej tahunan) yang akan dipos terus ke alamat waris di Malaysia. Video niat juga akan dimuat naik di portal semakan rasmi kami.
Ya, slot pendaftaran Badal Haji amat terhad setiap tahun kerana ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah pelaksana kami yang berjaya mendapatkan tasrih (permit haji rasmi) dari Kementerian Haji Arab Saudi.
Berdasarkan nas hadis yang sahih, Rasulullah SAW sendiri telah membenarkan amalan membadalkan haji. Selagi rukun dan syarat pelaksanaannya dipatuhi dengan ketat oleh wakil, ibadah tersebut diyakini sah dan melepaskan kewajipan fardu haji si mati atau pesakit uzur tersebut.
Aqiqah4u.my telus yang diiktiraf media rasmi dan dipercayai ribuan ibu bapa sejak 2012 untuk pengurusan ibadah yang telus & patuh Syariah.
Liputan & Anugerah:
Tabung Haji Travel
Maybank Islamic
U-Mobile
Hospital Islam Az-Zahrah
Andorra Hospital
PASTI Malaysia
Aplikasi TulusRangkaian perakuan bersama agensi, institusi perbankan, digital, korporat, serta institusi perubatan di seluruh Malaysia.