F.A.Q Aqiqah4u.my
Segala yang anda perlu tahu mengenai ibadah Aqiqah.
Aqiqah adalah sembelihan yang dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi sebagai tanda syukur kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala atas kelahiran bayi tersebut. Hukum Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam.
Hari, waktu atau masa yang terbaik melaksanakan aqiqah adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Ia juga boleh dilaksanakan pada hari ke-14, atau hari ke-21 sekiranya waktu tidak mengizinkan pada hari ke-7. Adapun selepas itu tidak mengapa kerana hukum asalnya adalah sekali seumur hidup.
Jumlah sembelihan adalah berbeza mengikut jantina bayi:
Bayi Lelaki – 2 Ekor , Bayi Perempuan – 1 Ekor
Sekiranya hanya mampu 1 ekor untuk bayi lelaki, maka ianya tidak mengapa. Sekiranya dimurahkan rezeki kemudian hari, boleh menambah dan menyempurnakannya.
Syaratnya sama dengan Qurban: bebas dari sebarang kecacatan, kekurangan, dan mencukupi tahap had umur yang telah ditetapkan untuk disembelih.
Panduan lengkap mengenai hukum, syarat, dan pelaksanaan ibadah Qurban.
Qurban adalah ibadah penyembelihan haiwan ternakan, iaitu kambing, lembu dan unta yang dilaksanakan pada hari-hari Tashrik (10 – 13 Zulhijjah) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa Ta'ala.
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum qurban, samada adakah ianya Sunat yang dituntut atau Wajib? Jumhur ulama mengatakan bahawa ianya adalah Sunat Muakkad (sunat yang dituntut), dan sebahagian yang lain seperti Mazhab Abu Hanifah dan salah satu riwayat Imam Ahmad mengatakan bahawa ianya wajib. Ianya berdasarkan ayat al-Quran surah al-Kauthar, ayat 2: “Maka solatlah utnuk Tuhanmu dan laksanakanlah Qurban”. Ayat ini diturunkan dalam bentuk arahan dan perintah.
Anda perlu melaksanakan ibadah qurban setiap tahun sekiranya berkemampuan. Ianya adalah ibadah yang dituntut setiap kali musim haji dan musim haji setahun sekali.
Syarat Pelaksana Qurban:
Syarat Qurban:
Ianya bermula dari selepas selesai Solat Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) sehinggalah tenggelam matahari hari ke-13 Zulhijjah. Jumlah hari disyariatkan untuk melaksanakan penyembelihan Qurban adalah selama 4 hari.
Tidak memotong kuku dan rambut bermula 1 Zulhijjah sehingga selesai sembelihan qurban.
Akad yang selalu diguna pakai adalah akad salam (tempahan) dan akad wakalah (mewakilkan), mengikut syarat-syaratnya.
Akad Wakalah (وكالة) ialah suatu akad muamalah dengan pemberian kuasa Pihak Pertama kepada Pihak Kedua untuk menjalankan sesuatu urusan selari dengan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bai’ al-salam (بيع السلم) ialah jual beli secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, spesifikasi barangan dan khidmat yang dibeli adalah jelas dan akan diserahkan pada masa hadapan.
Ianya adalah tidak digalakkan untuk melaksanakan qurban untuk orang yang telah meninggal dunia kerana segala amalan telah terputus setelah putusnya roh dari jasad, melainkan ianya dalam bentuk wasiat.
Namun, sebahagian pandangan membenarkannya sebagai langkah sedekah ke atas si mati. Wallahualam
Perlu mengutamakan orang Islam terlebih dahulu. Namun, ianya boleh jika terdiri dari saudara mara, jiran tetangga dan orang-orang yang susah.
Penjelasan mendalam mengenai rukun, syarat, dan prinsip akad yang digunapakai.
Akad yang digunakan adalah Akad Salam & Wakalah.
Rukun Akad Salam ada 4, iaitu:
Ulama empat Mazhab telah sepakat bahawa Akad Salam ini sah dengan enam syarat, iaitu:
Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya.
Hukumnya adalah Harus di dalam Islam bagi memudahkan urusan muamalah harian, di mana seseorang melantik wakil untuk bertindak bagi pihak dirinya dalam urusan yang dibenarkan syarak.
Segala maklumat mengenai entiti, SOP perkhidmatan, dan urusan pembayaran kami.
Aqiqah4u adalah singkatan kepada “Aqiqah For You”. Ia membawa maksud perkhidmatan kami adalah untuk kesemua Umat Islam tanpa mengira bangsa dan negara. Secara amnya, ia merujuk kepada:
Ya, kami merupakan entiti perniagaan rasmi di bawah Arovis Global Sdn Bhd (1347226-H) yang didaftarkan pada 18 Oktober 2019.
Syarikat kami beroperasi di:
B – 01 – 07, Savanna Lifestyle Retails, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor.
SOP kami sangat mudah dan telus:
Selain Aqiqah, kami turut menyediakan:
Kami menerima semua jenis pembayaran patuh syariah: tunai, pindahan wang (Online Transfer), atau cek bertulis yang sah.
Kami menyediakan 3 kaedah utama:
Kami merupakan pembekal terbesar bagi pelaksanaan di Mekah untuk pelbagai syarikat. Antara pelanggan korporat kami:
Tabung Haji Travel, Kumpulan Klinik Siti, Hospital Andorra, Persatuan Tadika Malaysia (PERTIM), Mommy Hana, dan banyak lagi.