Haji dan Dam: Panduan Ringkas Buat Jemaah Haji Malaysia

Setiap tahun, puluhan ribu rakyat Malaysia menunaikan ibadah Haji. Dalam pada kita sibuk membuat persiapan dari segi fizikal dan spiritual, ada satu aspek yang sering kali terlepas pandang — iaitu Dam, khususnya bagi mereka yang menunaikan Haji Tamattu’. Tapi kenapa perlu kena bayar Dam? Dan macam mana nak laksanakannya dengan betul di Mekah?

Setiap tahun, puluhan ribu rakyat Malaysia menunaikan ibadah Haji. Dalam pada kita sibuk membuat persiapan dari segi fizikal dan spiritual, ada satu aspek yang sering kali terlepas pandang — iaitu Dam, khususnya bagi mereka yang menunaikan Haji Tamattu’. Tapi kenapa perlu kena bayar Dam? Dan macam mana nak laksanakannya dengan betul di Mekah?

Mari kita fahami dari asasnya.


Apa Itu Haji Tamattu’?

Dalam Islam, ada tiga jenis cara pelaksanaan Haji:

  1. Haji Ifrad – buat Haji sahaja tanpa Umrah.
  2. Haji Qiran – gabungkan Haji dan Umrah sekali.
  3. Haji Tamattu’ – buat Umrah dahulu, kemudian berehat dan sambung buat Haji.

Haji Tamattu’ adalah pilihan utama jemaah Malaysia, sebab ia paling praktikal dan ini adalah apa yang diamalkan oleh Jemaah Tabung Haji Malaysia sejak dahulu lagi — beri ruang untuk berehat sebelum mula ibadah Haji. Namun, di sebalik kemudahan itu, ada satu tanggungjawab tambahan: wajib membayar Dam.


Definisi Dam

Dam ialah binatang ternakan al-An’am (berkaki empat) yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji dan umrah di atas sebab-sebab tertentu. Jemaah haji yang mengerjakan haji dengan cara Tamattu’ atau Qiran akan dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.

Manakala berbeza dengan Ibadah Qurban, ia bermaksud ibadah sembelihan haiwan al-An’am untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Kenapa Jemaah Haji diwajibkan Dam?

Dam ini bukan denda, ia dikenakan sebagai tanda syukur dan tebusan kerana mengambil kemudahan beribadah dengan cara Tamattu’.

Dalil tentang ini ada disebut dalam al-Quran:

“Maka barang siapa yang mengerjakan Umrah sebelum Haji (dalam bulan Haji), maka (wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapati.”
(Surah al-Baqarah: 196)

Jadi, setiap jemaah Haji yang buat Haji Tamattu’ wajib menyembelih seekor kambing atau berpuasa jika tidak mampu.

Dalam sebuah hadis, ada menceritakan Haji Nabi SAW, Jabir meriwayatkan:

“Maka Rasulullah SAW menyuruh kami yang tidak membawa binatang hadyu (sembelihan) agar bertahallul dan menjadikan haji mereka sebagai Haji Tamattu’.”

(Riwayat Muslim: Sahih Muslim, Kitab al-Hajj)

Penjelasan:
Nabi SAW sendiri menyuruh para sahabat untuk bertahallul (rehat dari ihram) dan menukar kepada Haji Tamattu’, dan bagi yang tidak membawa binatang korban, diwajibkan Dam.

Ijma’ Ulama

Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa Dam bagi Haji Tamattu’ adalah wajib bagi yang mampu, dan dilakukan di Tanah Haram (Mekah).

Imam Nawawi berkata dalam Al-Majmu’:
“Dam Tamattu’ adalah wajib bagi yang melakukan Haji Tamattu’, dan tidak sah jika disembelih di luar tanah haram.”

Fiqh Mazhab Syafie (mazhab rasmi di Malaysia)

Dalam mazhab Syafie:

  • Dam wajib bagi jemaah Haji Tamattu’ jika mereka mampu.
  • Dilaksanakan di Tanah Haram.
  • Jika tidak mampu, berpuasa 10 hari (3 hari di tanah suci, 7 hari selepas pulang).

Rujukan:

  • Kitab Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e, jilid 2.
  • Muktamad Fiqh Syafi’i oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.

Dam Tertib dan Taqdir bagi Haji Tamattu’ ialah seekor kambing yang sah untuk qurban, disembelih di Tanah Haram (Mekah), dan dagingnya diagihkan kepada fakir miskin di sana.

Masalahnya — kebanyakan jemaah tidak tahu ke mana nak cari kambing, dan tidak ada masa atau akses untuk urus sembelihan sendiri. Ramai akhirnya ambil jalan mudah tanpa semak sah atau tidak, atau lebih teruk, lupa terus tentang kewajipan Dam.

Pakej Qurban + Dam: Satu Solusi Praktikal untuk Jemaah

Untuk atasi masalah ini, Aqiqah4u.my membawa satu inisiatif seperti Pakej Qurban + Dam khas untuk jemaah Haji. Ia gabungkan dua ibadah dalam satu pakej — Qurban sunnah + Dam wajib, dan dilaksanakan terus di Mekah.

Contohnya, dalam kempen Qurban 2025 ini, ada 3 pilihan pakej:

KodKombinasi KambingHarga (MYR)
Pakej Jemaah Haji A2x Kambing Harri900
Pakej Jemaah Haji B1x Kambing Harri + 1x Kambing Barbari1,300
Pakej Jemaah Haji C2x Kambing Barbari1,600

Kambing Harri dan Barbari adalah antara baka yang sah untuk Qurban dan digunakan meluas di Arab Saudi. Ia dipilih mengikut standard sembelihan dan saiz minima yang ditetapkan oleh syarak.

Kenapa Pilih Buat di Mekah Berbanding Malaysia?

Ada sebab kenapa Dam wajib dibuat di Mekah (atau kawasan Tanah Haram):

  • Ia sebahagian dari syarat sah Dam.
  • Dagingnya mesti diagihkan kepada penduduk miskin Mekah.
  • Ia tidak boleh diganti dengan sembelihan di negara sendiri.

Bukan Sekadar Selesaikan Tanggungjawab — Ada Nilai Rohani Juga

Bila kita buat Dam dengan niat yang betul, ia bukan sekadar “bayar denda”. Ia satu bentuk pengorbanan harta demi Allah. Ia juga membuka peluang untuk berkongsi rezeki dengan saudara kita di Tanah Haram, terutama mereka yang memerlukan.


Bagaimana Proses Tempahan Berfungsi?

Melalui platform seperti aqiqah4u.my, proses ini jadi mudah:

  1. Pilih Pakej – ikut bajet & niat (Dam sahaja atau sekali dengan Qurban).
  2. Bayar Online – guna FPX, kad, atau Atome untuk bayaran ansuran.
  3. Sijil & Bukti Gambar – pelanggan akan terima bukti selepas pelaksanaan.
  4. Dilaksanakan oleh team berpengalaman di Mekah.

Pendaftaran ditutup 2 Jun 2025, supaya semua penyembelihan boleh disusun menjelang Hari Tasyrik.


Kewajipan Jemaah Haji Malaysia.

Sangat penting untuk setiap jemaah Haji Malaysia khususnya untuk mengambil berat tentang Dam — bukan hanya kerana ia wajib, tapi kerana ia menunjukkan kita serius dalam menyempurnakan ibadah Haji sebaik mungkin. Jangan anggap remeh. Jangan tangguh.

Dengan bantuan platform seperti aqiqah4u.my, insyaAllah urusan ini jadi lebih tenang dan teratur. Yang penting, niat kerana Allah, dan pastikan pelaksanaan ikut syariat.

Untuk mendaftar layari: https://aqiqah4u.my/daftar-qurban

tempuser_1123r50

Komen anda?

Perkhidmatan

Aqiqah

Perlaksanaan di:
🇸🇦🇲🇾🇺🇬🇹🇿🇮🇩

Harga Serendah RM390/ekor

Nazar, Sedekah & Dam

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM470/ekor

Badal Umrah

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM700/badal

Sedekah Ramadan 2025, Seekor Kambing di Tanah Suci

Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.