Kesalahan semasa Umrah yang dikenakan Dam Umrah atau denda

Umrah merupakan salah satu amalan keagamaan yang penting bagi umat Islam. Ia adalah satu ibadah yang mempunyai keberkatan dan pengampunan dosa jika dilaksanakan dengan sempurna.

Namun, sebagai jemaah Umrah, adalah wajib untuk memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar pelaksanaan Umrah berjalan lancar dan diterima oleh Allah S.W.T. Sebagai jemaah Umrah, memahami kesalahan yang boleh menyebabkan denda atau dam adalah penting. Terdapat beberapa kesalahan umum yang sering dilakukan tanpa disedari. Oleh itu, kita perlu memahami dengan jelas peraturan-peraturan agar dapat mengelakkan daripada berbuat kesalahan yang tidak diingini dan akhirnya terpaksa membayar denda atau dam Umrah ini.

Kesalahan Umum yang boleh mendatangkan denda atau Dam Umrah

A. Kesalahan berkaitan pakaian Ihram

Niat bukan ditempat yang telah ditetapkan.
Semua jemaah Umrah perlu berniat ditempat yang telah ditetapkan dan telah mengenakan pakaian Ihram semasa berniat seperti contoh sekiranya jemaah dari Madinah, jemaah perlu berniat (bermiqat) di Masjid Bir Ali berdekatan sempadan Madinah, adapun jemaah dari Malaysia, niat mereka adalah di Qarnul Manazil semasa berada di dalam Kapal Terbang dan selalunya akan diberitahu oleh wakil penerbangan, sekiranya tidak, kesalahan ini boleh menyebabkan denda atau dam Umrah.

Mengenakan pakaian Ihram yang tidak sesuai
Pakaian Ihram harus dipakai dengan betul dan mengikut ketetapan agama. Jika ada sebarang ketidaksesuaian, seperti menjahit pakaian Ihram atau ihram yang terlalu ketat, ini boleh menyebabkan denda atau dam Umrah.

Memakai Kasut yang bertutup atau menutup muka dan kepala
Semasa didalam Ihram, jemaah tidak boleh memakai kasut yang menutup mata kaki dan juga menutup muka serta kepala, kecuali jika diperintahkan oleh Ulul Amri seperti yang berlaku semasa pandemik Covid-19, kesalahan ini boleh dikenakan denda atau dam umrah.

Memakai sarung tangan bagi lelaki dan wanita
Semasa berada dalam Umrah, jemaah tidak boleh memakai sarung tangan untuk menutup dari panas matahari, kesalahan ini boleh dikenakan denda atau dam umrah.

B. Kesalahan semasa Tawaf

Berhenti atau berehat semasa Tawaf walaupun belum cukup 7 pusingan.
Semasa melaksanakan Tawaf, jemaah diwajibkan untuk terus bergerak mengelilingi Kaabah tanpa berhenti atau berehat, kecuali dalam keadaan tertentu. Melakukan kesalahan ini boleh menyebabkan denda atau dam umrah.

Menutup muka ketika Tawaf bagi jemaah wanita
Muka jemaah wanita perlulah dibuka tanpa ditutup dengan apa-apa halangan seperti purdah atau pelitup muka, kecuali jika diperintahkan oleh Ulul Amri seperti yang berlaku semasa pandemik Covid-19, kesalahan ini boleh dikenakan denda atau dam umrah.

C. Kesalahan berkaitan dengan Hajarul Aswad

Mencium atau menyentuh Hajarul Aswad.
Hajarul Aswad merupakan batu hitam yang terletak di penjuru Kaabah dan merupakan salah satu batu yang diturunkan dari Syurga. Semasa melaksanakan Tawaf, menyentuh atau mencium Hajarul Aswad adalah dilarang sama sekali, jemaah boleh dikenakan denda atau dam Umrah jika menyentuh Hajarul Aswad semasa Tawaf belum selesai.

D. Melanggar pantang larang yang telah ditetapkan.

Memakai haruman wangian
Jemaah tidak boleh memakai wangi-wangian semasa telah berniat Umrah dan berihram, seperti memakai pewangi, deodorant atau bedak yang wangi yang akan melekat kepada pakaian ihram, jemaah boleh dikenakan denda atau dam umrah sekiranya perkara ini berlaku.

Memotong atau mencabut kuku atau bulu di badan
Jemaah tidak boleh mencabut kuku atau bulu dibadan semasa berada di dalam Ihram, hal ini sama seperti tidak boleh memotong atau mencabut kuku sekiranya telah berhadas besar dan tidak melaksanakan mandi wajib.

Memburu atau membunuh binatang darat yang halal
Semasa berihram, mereka yang telah berniat Umrah tidak boleh memburu atau membunuh binatang darat yang halal, hal ini boleh dikenakan denda atau dam umrah sekiranya dilakukan oleh jemaah.

Mencabut dan merosakkan Tumbuh-Tumbuhan hidup di Tanah Haram
Jemaah tidak boleh sewenang-wenangnya mencabut daun atau merosakkan pokok yang berada di dalam tanah haram sewaktu dalam Umrah, jemaah akan dikenakan denda atau dam umrah.

E. Kesalahan Tidak Bertahulul

Terlupa untuk bercukur dan bertahalul selepas Umrah
Tahallul merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Umrah. Jemaah perlu mencukur atau memotong rambut sebelum pulang ke hotel atau berehat bagi mengelakkan terlupa dan perlu dilakukan selepas sebaik sahaja selesai sai’e atau setelah melaksanakan Umrah. Jika tidak menjalankan tahallul, boleh menyebabkan denda atau dam.

F. Kesalahan dalam perhubungan

Melamar wanita, bernikah atau dinikahi
Semasa dalam Umrah atau ihram, jemaah tidak boleh melamar wanita untuk dinikahi, dan wanita tidak boleh dinikahi, sekiranya berlaku, hal ini boleh menyebabkan denda atau dam umrah yang perlu dibayar oleh kedua-dua pasangan

Bersetubuh atau bercium
Jemaah tidak boleh melakukan hubungan intim iaitu bersetubuh atau bercium sama ada dengan nafsu atau tidak, jemaah wajib membayar denda atau dam umrah jika perkara ini dilakukan.

Dam umrah atau denda perlu ditunaikan oleh Umat Islam yang telah melanggar kesalahan-kesalahan semasa berihram atau melaksanakan Umrah atau Haji

Pentingnya memahami kesalahan ini bagi Jemaah Umrah

A. Konsekuensi kesalahan yang boleh dikenakan dam atau denda

Memahami kesalahan yang boleh dikenakan dam atau denda adalah penting bagi jemaah Umrah. Kesalahan ini tidak hanya menyebabkan perbelanjaan tambahan tetapi juga mengurangkan keberkatan dan pahala ibadah Umrah.

B. Kesedaran terhadap pentingnya mematuhi peraturan semasa Umrah

Kesedaran terhadap pentingnya mematuhi peraturan semasa Umrah membantu melindungi diri dan jemaah lain daripada kesalahan tidak sengaja. Ini juga membantu mencipta suasana aman dan khusyuk semasa melaksanakan ibadah.

C. Memastikan pengalaman Umrah yang lancar dan berkat

Dengan memahami dan mematuhi peraturan Umrah, jemaah dapat memastikan pengalaman Umrah yang lancar dan bermakna. Ia membolehkan jemaah menitikberatkan aspek keagamaan dan mendekati Allah dengan penuh kesyukuran.

Tips untuk mengelakkan kesalahan semasa Umrah

A. Belajar atau mengikuti Kursus Umrah secara komprehensif

Jemaah harus mendalami ilmu tentang peraturan-peraturan Umrah agar tidak terjebak dalam kesalahan yang tidak diingini. Baca buku panduan dan ambil masa untuk memahami dengan sepenuhnya.

B. Membaca panduan Umrah dan memahami dengan sepenuhnya

Panduan Umrah mengandungi maklumat yang penting. Jemaah perlu membacanya dengan teliti dan memahami setiap langkah pelaksanaan Umrah.

C. Mengambil nasihat daripada jemaah yang berpengalaman

Mendengar nasihat daripada jemaah yang pernah melaksanakan Umrah sebelum ini boleh memberikan ilmu yang berharga dan membantu mengelakkan kesalahan.

D. Berkomunikasi dengan Mutawif Umrah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam

Mutawif yang dilantik oleh Travel Agency Umrah biasanya boleh memberikan penjelasan yang lebih terperinci tentang peraturan dan amalan yang perlu diikuti semasa Umrah. Jangan ragu untuk bertanya jika ada keraguan.

Kesimpulannya, Jemaah Umrah perlu mengambil perhatian terhadap kesalahan yang boleh dikenakan dam atau denda semasa Umrah,Jemaah perlu mengambil perhatian serius terhadap kesalahan yang boleh menyebabkan denda atau dam semasa melaksanakan Umrah. Memahami dan mematuhi peraturan Umrah adalah tanggungjawab setiap jemaah untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna dan mendapatkan keberkatan daripada Allah.

Jemaah umrah perlulah berusaha untuk menjadikan pengalaman Umrah sebagai ibadah yang bermakna dan berkat, dengan memahami peraturan dan mengelakkan kesalahan, jemaah dapat menjadikan pengalaman Umrah sebagai ibadah yang bermakna dan penuh berkat. Semoga setiap langkah kita mendekatkan diri kepada-Nya dan membawa perubahan yang positif dalam hidup kita.

Sekiranya, jemaah telah melakukan kesalahan dalam umrah, jemaah haruslah meminta pengampunan dari Allah S.W.T dan membayar dam umrah tersebut, Aqiqah4u.my mempunyai Pakej Dam Umrah untuk ditunaikan oleh Jemaah, terus ke https://aqiqah4u.my/snd/daftar/daftar-nazar-dam-sedekah/

aqiqah4uwebmaster

Komen anda?

Perkhidmatan

Aqiqah

Perlaksanaan di:
🇸🇦🇲🇾🇺🇬🇹🇿🇮🇩

Harga Serendah RM390/ekor

Nazar, Sedekah & Dam

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM470/ekor

Badal Umrah

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM700/badal
Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.