Mudahnya Sunnah dengan Aqiqah4u.my

Bagi sesetengah individu, pelaksanaan Aqiqah mungkin menjadi satu cabaran disebabkan oleh kesibukan, kekurangan sumber, atau kurangnya pengetahuan mengenai proses tersebut. Untuk menyelesaikan masalah ini, Aqiqah4u.my adalah satu platform yang memudahkan sekaligus menyelesaikan masalah-masalah ini.

Sunnah Aqiqah merupakan satu amalan penting dalam Islam, ianya adalah Sunat Muakkad (Sunnah yang dituntut perlaksanaannya) yang melibatkan penyembelihan haiwan sebagai tanda syukur atas kelahiran bayi. Namun, bagi sesetengah individu, pelaksanaan Aqiqah mungkin menjadi satu cabaran disebabkan oleh kesibukan, kekurangan sumber, atau kurangnya pengetahuan mengenai proses tersebut. Untuk menyelesaikan masalah ini, Aqiqah4u.my adalah satu platform yang memudahkan sekaligus menyelesaikan masalah-masalah ini.

Kemudahan Melalui Teknologi

Aqiqah4u.my adalah platform atas talian untuk memudahkan orang islam menjalankan Aqiqah dengan lebih mudah dan efisien. Dengan hanya beberapa klik, para ibu dan bapa boleh melaksanakan sunnah agama ini tanpa perlu menghadapi kesulitan yang biasa berlaku semasa merancang Aqiqah secara konvensional. Dengan bantuan teknologi, proses yang sebelum ini mungkin memakan masa dan tenaga kini dapat diselesaikan dengan lebih pantas dan mudah.

Kelebihan Aqiqah4u.my

Pelbagai Pakej: Aqiqah4u.my menawarkan pelbagai pakej Aqiqah yang sesuai dengan keperluan dan bajet, setiap pakej disesuaikan untuk memenuhi kehendak pelanggan, Aqiqah4u.my memberikan pilihan dari beberapa negara antaranya dari Indonesia, Afrika, Arab Saudi dan Malaysia.

Pemilihan lokasi negara penyembelihan ini adalah kerana beberapa faktor, antaranya:

Indonesia: Lokasi penyembelihan Aqiqah dilaksanakan di Bandung, pemilihan disini adalah kerana faktor Harga kambing yang murah, Aqiqah sempurna dilaksanakan dengan agihan terus ke Pesantren dan Rumah-Rumah anak yatim yang memerlukan di sekitar Kota Bandung.

Afrika: Lokasi penyembelihan Aqiqah Afrika disempurnakan di Kampala, Uganda, Aqiqah4u.my bekerjasama bersama NGO Muslim di Uganda dalam misi memberikan Makanan berkhasiat kepada Muslim di Uganda, faktor pemilihan lokasi ini adalah kerana di Uganda, hanya 14% adalah Muslim, Aqiqah anda dapat dilaksanakan dan bersedekah secara langsung ke mereka yang memerlukan di Uganda.

Arab Saudi: Lokasi penyembelihan Aqiqah di Arab Saudi adalah di Mekah, Aqiqah4u.my bermula dengan pelaksanaan Aqiqah, Qurban, Nazar dan Dam disini, pada mulanya kami menyasarkan pelaksanaan Dam untuk jemaah Haji dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam, tetapi setelah permintaan untuk melaksanakan Aqiqah di Tanah Suci ini semakin meningkat, Aqiqah4u.my mula menawarkan perkhidmatan Aqiqah buat mereka di Malaysia yang berniat untuk melaksanakan Aqiqah di Tanah Suci ini.

Malaysia: Lokasi penyembelihan Aqiqah di Malaysia ini dijalankan bersama Persatuan Pengusaha Kambing di Pasir Puteh, Kelantan, pemilihan lokasi ini adalah kerana faktor Kandang mereka yang dijaga rapi dan bersistem, dengan permit serta penjagaan rapi bersama Jabatan Veterinar Kelantan, Aqiqah4u.my menawarkan Aqiqah di Malaysia kerana terdapat permintaan untuk melaksanakan Aqiqah di negara sendiri, jika dilaksanakan di sini, Pelanggan akan memperolehi kambing Aqiqah seberat 3kg dalam bentuk sejuk beku yang akan terus dihantar ke rumah.

Apakah dan dimanakah Aqiqah yang terbaik?

Yang afdhalnya adalah di tempat sendiri, disembelih serta disempurnakan sendiri, bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W

“Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan haiwan qurban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu.” – (Hadis Riwayat Al-Hakim)

“Sesungguhnya disisi mereka bahawa Aqiqah dianggap seperti korban, dimakan (sebahagian) dan diberi (sebahagian).” – (Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah)

Adapun jika tidak mampu, maka Aqiqah ini boleh diwakilkan pelaksanaannya, berdasarkan hadis Nabi SAW

“Apabila aku memerintahkan kamu akan satu perkara, maka laksanakanlah ia semampu mungkin. Dan apabila aku melarang suatu perkara, maka hendaklah kamu jauhinya” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Sahih Muslim)

Begitu juga dengan kaedah fiqh yang masyhur ada menyatakan “إذا ضاق الأمر اتسع”
Maksudnya: Apabila suatu perkara / keadaan menjadi sempit, maka ia diperluaskan.

Inilah juga fatwa yang dikemukakan oleh beberapa ulama seperti Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Syinqithi dan Syeikh Ibn Baz. Wallahualam.

Mengapa perlu memilih Aqiqah4u.my sebagai perwakilan anda?

Akad Syariah: Akad yang digunakan Aqiqah4u.my adalah tepat dan mengikut standard seperti mana di dalam Akta Kewangan Islam 2013 dan Bank Negara Malaysia.

Penyembelihan Profesional: Aqiqah4u.my menjamin penyembelihan binatang mengikut syariat Islam dengan teliti dan berhemah.

Agihan Daging kepada yang Memerlukan: Daging haiwan yang disembelih akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan, menjadikan setiap Aqiqah melalui Aqiqah4u.my sebagai satu bentuk sedekah yang bermakna.

Kemudahan Tempahan dan Pembayaran: Melalui platform atas talian, pelanggan boleh membuat tempahan dan pembayaran dengan mudah, tanpa perlu menghadiri secara fizikal ke tempat penyedia perkhidmatan.

Bukti yang Jelas: Aqiqah4u.my mempunyai Sistem Semakan Status yang boleh diakses bila-bila masa, dimana setiap bukti aqiqah seperti video dan gambar akan disimpan dalam server Aqiqah4u.my, walaupun Aqiqah tersebut dilaksanakan 5 tahun lepas, bukti video dan gambar tersebut masih boleh diakses selagi server tersebut masih aktif.

Sokongan Pelanggan: Aqiqah4u.my menyediakan sokongan pelanggan yang cekap dan mesra, menjawab sebarang pertanyaan atau keperluan dengan cepat dan efisien.

Kesimpulannya, Aqiqah4u.my adalah satu inovasi yang memperkukuhkan hubungan antara teknologi dengan sunnah agama. Dengan memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk melaksanakan Aqiqah selain Nazar, Dam, Qurban dan Sedekah dengan hanya beberapa klik, platform ini membuktikan bahawa kesibukan atau kekurangan sumber bukan lagi alasan untuk meninggalkan amalan dan ajaran agama.

aqiqah4uwebmaster

Komen anda?

Perkhidmatan

Aqiqah

Perlaksanaan di:
🇸🇦🇲🇾🇺🇬🇹🇿🇮🇩

Harga Serendah RM390/ekor

Nazar, Sedekah & Dam

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM470/ekor

Badal Umrah

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM700/badal
Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.