Pelaksanaan Ibadah Maliyah di Tanah Suci Mekah merangkumi Sedekah, Nazar dan Dam.
Proses pendaftaran 100% online & akad wakalah digital segera.
Ibadah sembelihan Kambing merangkumi Sedekah, Nazar dan Dam dilaksanakan di Pusat Sembelihan Kilo Asyaro di Mekah. Kos merangkumi pembelian ternakan, upah sembelihan dan pengurusan agihan lengkap. Pelaksanaan dijalankan secara berperingkat pada setiap hari Jumaat.
Tempahan disahkan segera secara online. Pelaksanaan dilakukan pada setiap hari Jumaat minggu pendaftaran.
Setiap perkembangan ibadah dari niat sehingga selesai akan dimaklumkan terus ke telefon pintar anda melalui sistem notifikasi automatik kami.
Akses rakaman video & gambar eksklusif melalui Sistem Semakan Status menggunakan No. Tempahan & Emel pendaftaran anda.
Rujukan hukum dalil dan pelaksanaan amanah sembelihan kambing di Tanah Suci.
Dikenakan kepada jemaah yang masuk ke Tanah Haram untuk Haji/Umrah tanpa berniat d Miqat. Wajib menyembelih seekor kambing.
Dalil: Hadis riwayat Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang meninggalkan satu rukun atau terlupa, maka hendaklah dia menyembelih seekor binatang (Dam)." (Riwayat Al-Baihaqi)
Melanggar larangan memakai pakaian bersambung/berjahit. Boleh memilih antara sembelih seekor kambing, puasa 3 hari, atau sedekah kepada 6 orang miskin.
Dalil: "Janganlah kamu memakai baju, serban, seluar, atau pun khuf (stoking kulit)." (HR Bukhari & Muslim)
Dikenakan jika memotong kuku, rambut, atau memakai bau-bauan dlm ihram. Pilihan denda: Sembelih seekor kambing, sedekah 2 cupak kepada 6 miskin, atau puasa 3 hari.
Dalil: "Dan janganlah kamu mencukur rambutmu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya." (Surah Al-Baqarah: 196)
Melakukan hubungan kelamin sebelum tahallul awal merosakkan haji. Wajib menyembelih seekor unta (atau 7 ekor kambing jika tiada unta) dan wajib mengulangi haji tersebut pada tahun hadapan.
Dalil: Fatwa para Sahabat (Ibnu Abbas & Ibnu Umar) mengenai wajibnya menyembelih unta bagi kesalahan ini.
Dikenakan jika membunuh binatang buruan darat di Tanah Haram. Dendanya adalah menyembelih binatang yang sepadan dngn buruan tersebut (biasanya seekor kambing).
Dalil: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan, sedang kamu dalam keadaan ihram." (Surah Al-Ma'idah: 95)
Nazar menjadikan amalan sunat kepada wajib. Sesiapa yang berniat nazar (cth: "Jika aku dapat anak, aku akan sembelih kambing"), maka ia wajib dilaksanakan.
Dalil: "Hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka." (Surah Al-Hajj: 29)
Daging Nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar dan ahli keluarganya. Kesemua daging tersebut wajib disedekahkan kepada fakir miskin.
Hukum: Pendapat muktamad Mazhab Syafie menyatakan haram bagi orang yang bernazar memakan daging sembelihannya sendiri.
Wajib disegerakan sebaik sahaja hajat atau syarat nazar tersebut tercapai. Melengah-lengahkannya tanpa sebab adalah berdosa.
Sembelihan sedekah di Mekah diagihkan kepada fakir miskin di Tanah Haram yang mana pahalanya berlipat ganda mengikut kemuliaan tempat tersebut.
Dalil: "Satu solat di Masjidil Haram lebih baik daripada 100,000 solat di tempat lain." (HR Ahmad). Begitu juga dngn amalan sedekah.
Boleh dan sangat digalakkan. Pahala sedekah sembelihan tersebut akan sampai kepada si mati sebagai amalan jariah.
Dalil: Hadis Saad bin Ubadah yang bertanya kepada Nabi SAW tentang sedekah untuk ibunya, Nabi menjawab: "Ya." (HR Bukhari)
Amalan sedekah sembelihan kambing di Mekah sangat digalakkan sebagai salah satu ikhtiar "rawatan langit" bagi memohon kesembuhan daripada Allah SWT buat pesakit yang sedang kritikal.
Dalil: Sabda Rasulullah SAW: "Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kamu dengan bersedekah." (Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani).
Amanah sedekah ini akan diagihkan terus kepada fakir miskin di Tanah Haram diringi dengan doa buat penama pesakit tersebut.
Pembayaran MelaluiÂ
Sembelihan & agihan mutlak diuruskan sepenuhnya secara profesional.
Lengkap dengan Akad Wakalah & Bai' Salam yang sah menjamin ketelusan.
Akses rakaman video & gambar sembelihan eksklusif menerusi sistem kami.
Pasukan kami sedia membantu anda terus menerusi WhatsApp rasmi.