Mengenali pengurusan korporat kami, sistem pelaksanaan akad, dan portal rakan niaga.
Pilih perkhidmatan mengikut pilihan anda dan selesaikan pendaftaran secara dalam talian.
Himpunan artikel semasa, perbincangan hukum, dan persoalan lazim mengenai ibadah.
Pendaftaran Rakan Niaga
Aqiqah4u.my
Nama ID: Digunakan untuk pautan (URL) unik anda.
Pastikan butiran bank tepat untuk urusan pembayaran komisen bulanan.
Gunakan Gmail untuk akses Log Masuk Google.
Pemohon mestilah beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas, dan merupakan warganegara Malaysia, Singapura atau Brunei.
Pendaftaran tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan Aqiqah4u. Pihak syarikat berhak menolak permohonan tanpa perlu memberikan alasan bertulis.
Kadar Komisen: Kadar komisen adalah tetap bagi setiap pakej yang berjaya didaftarkan melalui pautan (link) unik ejen, melainkan terdapat promosi khas yang dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kitaran Pembayaran: Komisen akan dikira dan dibayar sekali (1) setiap bulan. Proses pembayaran dilakukan di antara tarikh 1 hingga 7 hari bulan bagi jualan terkumpul bulan sebelumnya.
Kaedah Pembayaran: Pembayaran dikreditkan terus ke akaun bank dlm sistem. Ejen bertanggungjawab memastikan maklumat perbankan tepat bagi mengelakkan kegagalan transaksi.
Ejen dilarang memberikan maklumat palsu, menjanjikan perkara di luar bidang kuasa syarikat, atau memanipulasi harga pakej Aqiqah4u.
Larangan Spamming: Tidak dibenarkan melakukan promosi agresif yang mengganggu ketenteraman awam (spam) dlm media sosial, WhatsApp, atau emel.
Imej Syarikat: Dilarang menggunakan bahan pemasaran untuk tujuan menyalahi undang-undang atau mencemarkan nama baik syarikat.
Pihak Aqiqah4u berhak menamatkan keahlian ejen serta-merta sekiranya didapati melanggar mana-mana terma di atas.
Sekiranya berlaku penamatan akibat salah laku atau penipuan, baki komisen boleh dibekukan atau dilupuskan mengikut budi bicara syarikat.
Ejen dilarang membocorkan maklumat sulit syarikat atau data pelanggan kepada pihak ketiga. Segala maklumat pelanggan adalah hak milik penuh Aqiqah4u.my.