Tawaran Pelaksanaan Badal Haji, Jaminan 100% bayaran balik sekiranya Badal Haji gagal dilaksanakan oleh Pembadal Haji, melalui sistem saringan yang ketat oleh pihak Aqiqah4u Malaysia.
Proses pendaftaran 100% online & akad wakalah digital segera.
Ibadah dilaksanakan sepenuhnya di Tanah Suci Mekah oleh pelaksana yang berkelayakan (seperti yang tertera di maklumat pakej dan telah menyempurnakan haji sendiri).
Sebelum Pelaksanaan: Anda akan dimaklumkan mengenai identiti pelaksana Badal Haji berserta gambar (tertakluk kepada syarat jantina pelaksana bagi menjaga batas aurat dan privasi). Maklumat ini diberikan sebagai jaminan amanah sebelum wukuf bermula.
Semasa & Selepas Pelaksanaan: Bukti lengkap akan disediakan merangkumi 3 Video Utama dan 3 Gambar Eksklusif (Niat, Arafah, dan Jamarat) dengan sebutan nama penama badal serta doa khusus buat arwah.
Jaminan 100% Pulangan Wang: Sekiranya ibadah haji tersebut tidak dapat disempurnakan atas faktor penipuan oleh pembadal atau undang-undang musim haji, bayaran akan dikembalikan sepenuhnya dengan bukti yang sah.
Setiap pendaftaran Badal Haji (Semua Pakej) akan menerima set lengkap berikut:
Pelaksana Badal Haji mengikut kriteria pakej pilihan yang telah ditetapkan.
Sijil penyertaan eksklusif dengan ukiran kayu yang berkualiti tinggi dan tahan lama.
Bekalan Air Zamzam tulen terus dari Tanah Suci untuk keberkatan keluarga.
Haruman khas Tanah Suci yang memberikan memori suasana di Masjidil Haram.
Tasbih berkualiti untuk kemudahan berzikir buat ahli keluarga di tanah air.
Sejadah premium dengan sulaman nama penama ibadah (arwah/peserta) sebagai kenangan abadi.
Sempurnakan ibadah buat tersayang dengan tambahan Badal Umrah pada harga +RM400 sahaja.
Tempahan dilakukan secara online. Sistem akan menghantar Invois Digital secara real-time melalui WhatsApp & Emel sebaik sahaja bayaran disahkan.
Sebelum wukuf bermula, anda akan menerima maklumat Profil Pelaksana (Nama & Gambar) sebagai bukti amanah telah diserahkan kepada petugas bertauliah.
Setiap perkembangan ibadah dari niat sehingga selesai akan dimaklumkan terus ke telefon pintar anda melalui sistem notifikasi automatik kami.
Akses rakaman video & gambar eksklusif melalui Sistem Semakan Status menggunakan No. Tempahan & Emel pendaftaran anda.
Ibadah Badal Haji ini dikhususkan bagi dua golongan utama:
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bersabda kepada kabilah Khath’am: “Lakukanlah haji untuknya.” (Riwayat al-Bukhari)
Tahap kelancaran ibadah bergantung kepada jenis kebenaran (permit) yang dimiliki oleh pembadal di Mekah semasa musim Haji:
Kos Pakej D mencerminkan Jaminan Pelaksanaan 100% Tanpa Risiko. Kos ini merangkumi:
Aqiqah4u menawarkan Jaminan 100% Pulangan Wang. Sekiranya ibadah gagal dilaksanakan (contoh: pembadal Pakej A/B/C terkandas akibat pemeriksaan luar jangka), pihak kami akan memulangkan bayaran anda sepenuhnya sebagai tanda amanah kami.
Pembayaran Melalui
Sembelihan & agihan mutlak diuruskan sepenuhnya secara profesional.
Lengkap dengan Akad Wakalah & Bai' Salam yang sah menjamin ketelusan.
Akses rakaman video & gambar sembelihan eksklusif menerusi sistem kami.
Pasukan kami sedia membantu anda terus menerusi WhatsApp rasmi.