Pakej Qurban 2026

Qurban di Hari Tasyrik, dalam mencari Keredhaan Ilahi, Qurban sebuah Tanda Kesyukuran

DAFTAR QURBAN 2026 BERAKHIR DALAM:
00 Hari
:
00 Jam
:
00 Min
:
00 Saat
18 MEI 2026
Penting: Peserta Qurban

Larangan Memotong Kuku & Rambut

إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ، فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا

Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh hari (Zulhijjah) dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah qurban, maka janganlah dia memotong rambut dan kuku (di badannya) sedikit pun.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dilarang memotong rambut, bulu dan kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga haiwan qurban disembelih.
Hukumnya adalah Sunat (Mazhab Syafie) untuk pengampunan Allah yang menyeluruh.

Pakej Qurban 2026

Tawaran Qurban ini adalah satu pilihan yang lebih mudah & murah dari penawaran Qurban di Malaysia. Inisiatif ini adalah bagi membantu lebih ramai umat islam melaksanakan Ibadah Qurban.

Pilihan Pakej
Harga

Daftar Qurban Sekarang

Proses pendaftaran 100% online & akad wakalah digital segera.

Info Pelaksanaan

Ibadah dilaksanakan di Pusat Sembelihan pilihan (Mekah, atau Uganda). Kos merangkumi pembelian ternakan, upah sembelihan dan pengurusan agihan lengkap. Pelaksanaan dijalankan secara berperingkat pada hari-hari Tasyrik. Anda akan dimaklumkan mengenai tarikh-tarikh pelaksanaan (sembelihan) mengikut bahagian atau jenis haiwan ternakan yang telah ditempah.

Bagi yang membuat tempahan bahagian Lembu atau Unta, anda akan diberikan Pautan Dual Wakalah melalui Notifikasi Whatsapp untuk pengesahan Unit Lembu atau Unta anda sebelum sembelihan dijalankan bagi penerimaan Al-Muslam Fihi pada masa pelaksanaan, serta memenuhi akad Sistem Bahagian (Musha') mengikut tuntutan syarak.

notifikasi automatik
akad bai' salam
Dual Wakalah (Bahagian)
e-Sijil Digital

Bagaimana ia dilaksanakan?

01

Pendaftaran & Pembayaran

Tempahan disahkan segera secara online. Pelaksanaan dilakukan pada hari-hari Tasyrik. Jadual Pelaksanaan akan dikeluarkan di Media Sosial Aqiqah4u.my

02

Dual Wakalah - Sistem Bahagian (Musha')

Bagi yang menempah Bahagian Lembu atau Unta, anda akan diberikan pautan Dual Wakalah bagi menyempurnakan Akad sebelum hari pelaksanaan.

03

Notifikasi Real-Time

Sistem akan menghantar Whatsapp dan Emel pengesahan serta invois digital sebaik sahaja pembayaran anda berjaya.

04

Bukti Pelaksanaan

Anda boleh memuat turun bukti video dan gambar sembelihan melalui Sistem Semakan Status Aqiqah4u. Khusus untuk Qurban di Mekah, rakaman disediakan secara Video Umum (Kolektif) bagi memastikan kelancaran urusan, manakala di Uganda rakaman diberikan secara Video Spesifik bagi setiap penama.

Soalan Lazim Qurban

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan.

Ia merupakan syiar Islam yang besar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta membantu golongan fakir miskin merasa kegembiraan di hari raya.

Menurut pendapat yang muktamad dalam Mazhab Syafie, niat qurban dan aqiqah tidak boleh digabungkan dlm satu bahagian sembelihan yang sama kerana kedua-duanya mempunyai tujuan (maqsad) yang berbeza.

Contohnya, jika anda mengambil satu bahagian lembu, anda perlu memilih sama ada mahu niat Qurban sahaja atau Aqiqah sahaja. Namun, jika ambil dua bahagian, satu boleh diniatkan Qurban dan satu lagi Aqiqah.

Info: muftiwp.gov.my

Dual Wakalah adalah sistem dua peringkat perwakilan yang memastikan setiap fasa ibadah anda sah mengikut kontrak syariah:

  1. Wakalah Pembelian: Anda melantik kami sebagai wakil untuk membeli ternakan secara berkongsi (Musha') dengan peserta lain.
  2. Wakalah Pelaksanaan: Setelah ternakan sah dimiliki, anda mewakilkan kami sekali lagi untuk menyembelih dan mengagihkan daging tersebut.

Konsep ini digabungkan dengan akad Bai’ Salam (tempahan awal) untuk mengelakkan ketidakpastian (Gharar), memastikan urusan pembelian dan sembelihan telus seperti piawaian kewangan Islam di Malaysia.

Sistem Dual Wakalah di Aqiqah4u.my disusun mengikut Standard Syariah Wakalah (BNM/RH/STD 029-4) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana proses pelantikan wakil dilakukan secara telus untuk fasa pembelian ternakan dan pelaksanaan sembelihan bagi mengelakkan unsur keraguan (Gharar).

Info: Akad & Salam Aqiqah4u

Boleh. Mengikut pandangan sebahagian ulama, seseorang dibolehkan menyembelih seekor kambing atau satu bahagian lembu untuk dirinya dan juga diniatkan bagi pihak ahli keluarga yang tinggal bersamanya.

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang menyembelih qurban buat diri baginda dan seluruh ahli keluarganya. Dengan ini, seluruh ahli keluarga tersebut akan mendapat pahala ibadah qurban tersebut.

Contoh: Hj Mat Sekeluarga (Diletakkan sebagai Penama Ibadah).

Info: muftiwp.gov.my

Semoga Allah merahmati mereka yang telah dahulu pergi, menurut pandangan muktabar dalam Mazhab Syafie, ibadah qurban bagi arwah hanya boleh dilaksanakan sekiranya arwah ada meninggalkan wasiat atau nazar sebelum meninggal dunia.

Ini berdasarkan dalil daripada al-Quran:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang insan itu, melainkan apa yang diusahakannya.” (Surah al-Najm: 39)

Saranan untuk Waris: Sekiranya arwah tidak meninggalkan wasiat, cara terbaik adalah waris melakukan qurban atas nama diri sendiri dan diniatkan pahalanya sebagai sedekah buat arwah. Ini adalah jalan keluar yang disepakati ulama bagi menyampaikan manfaat kepada si mati.

Info: muftiwp.gov.my

Qurban Online

🇸🇦 🇺🇬
Harga Bermula
RM330 RM350 / bahagian
  • Sijil Digital & Bukti Pelaksanaan
  • Notifikasi Status Automatik
  • Akad Salam & Wakalah Sah

Pembayaran Melalui 

Mengapa Memilih Aqiqah4u

Sistem Sistematik

Sembelihan & agihan mutlak diuruskan sepenuhnya secara profesional.

Akad Syariah

Lengkap dengan Akad Wakalah & Bai' Salam yang sah menjamin ketelusan.

Semakan Status

Akses rakaman video & gambar sembelihan eksklusif menerusi sistem kami.

Bantuan 24 Jam

Pasukan kami sedia membantu anda terus menerusi WhatsApp rasmi.

Sistem Semakan Status