Perjanjian Ejen Aqiqah4u.my

Jenama di bawah Arovis Global Sdn Bhd (1347226-H)

Perjanjian ini menggariskan terma dan syarat untuk ejen (selepas ini dirujuk sebagai “Ejen”) yang mempromosikan Aqiqah4u.my, jenama di bawah Arovis Global Sdn Bhd (1347226-H).

Dengan mendaftar sebagai Ejen, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang digariskan dalam perjanjian ini. Kegagalan mematuhi terma ini boleh mengakibatkan penamatan status Ejen anda dan kehilangan sebarang komisen yang belum dibayar.

1. Kebenaran Ejen

  • Ejen dibenarkan untuk mempromosikan Aqiqah4u.my sebagai ejen pemasaran.
  • Ejen bebas untuk menggunakan apa-apa saluran yang diperlukan untuk mempromosikan Aqiqah4u.my.

2. Integriti Jenama Aqiqah4u.my

  • Ejen mesti mengekalkan dan menjaga nama baik dan reputasi Aqiqah4u.my dalam semua aktiviti promosi.

3. Pendaftaran Ejen

4. Penjejakan Rujukan

  • Ejen mesti menggunakan URL unik yang disediakan oleh Aqiqah4u.my untuk memastikan rujukan direkodkan dengan betul dan dikaitkan dengan Ejen.
  • Aqiqah4u.my tidak bertanggungjawab untuk mana-mana rujukan yang tidak direkodkan oleh sistem jika kesilapan adalah disebabkan oleh tindakan atau kelalaian Ejen.

5. Struktur Komisen

  • Ejen akan menerima komisen untuk setiap pembelian berjaya yang dibuat oleh pelanggan rujukan mereka.
  • Komisen untuk semua produk yang ditawarkan oleh Aqiqah4u.my ditetapkan pada RM60 setiap pembelian. Jumlah ini mungkin berubah mengikut budi bicara Aqiqah4u.my, dan sebarang perubahan akan dimaklumkan di laman web Aqiqah4u.my.

6. Diskaun Khas

  • Jika Ejen memutuskan untuk menawarkan diskaun kepada pelanggan, jumlah diskaun tersebut akan ditolak daripada komisen Ejen.
  • Ejen boleh meminta kod kupon dari Aqiqah4u.my dengan menghubungi +601124272787. Aqiqah4u.my akan menyediakan kod diskaun dengan jumlah yang dipersetujui.

7. Tanggungjawab Ejen

  • Jika terdapat pendaftaran secara manual, Ejen boleh membeli bagi pihak pelanggan dengan menggunakan butang yang telah disediakan di dashboard ejen dan mengikut turutan yang betul.
  • Sekiranya pendaftaran dilakukan melalui pindahan wang atas talian dari Bank ke Bank tanpa menggunakan pilihan pembayaran atas talian yang disediakan, Ejen perlu membayar jumlah tertunggak sebelum perkhidmatan akan dilaksanakan oleh Aqiqah4u.my.
  • Pembayaran perlulah disalurkan ke pemegang Akaun Arovis Global Sdn Bhd melalui MAYBANK 562263548813. Kegagalan pembayaran ke akaun Arovis Global Sdn Bhd adalah di bawah tanggungjawab Ejen dan Aqiqah4u.my tidak akan mengambil tanggungjawab liabiliti tersebut.

8. Pembayaran Komisen

  • Pembayaran komisen akan dikeluarkan oleh Aqiqah4u.my selepas kempen tamat, atau jika tiada kempen, Aqiqah4u.my akan membayar komisen terkumpul tidak kurang dari 7hb bulan seterusnya.
  • Tarikh pembayaran akan ditetapkan oleh Aqiqah4u.my dan akan dimaklumkan kepada Ejen melalui e-mel, SMS, atau WhatsApp.

9. Maklumat Hubungan

  • Untuk sebarang isu atau pertanyaan, Ejen boleh menghubungi Aqiqah4u.my di [email protected] atau melalui WhatsApp di +601124272787.