Platform ini adalah dimiliki oleh Arovis Global Sdn Bhd untuk menyediakan penyelesaian Aqiqah dengan cara yang sangat mudah dari proses A hingga Z.
Objektif utama kami adalah untuk pelanggan melakukan Aqiqah untuk yang tersayang menurut sunnah nabi kita, Muhammad ﷺ.
Langkah pertama kami dimulakan sebagai perniagaan penyedia perkhidmatan Aqiqah.
Penubuhan syarikat rasmi untuk mengukuhkan imej dan berkembang lebih jauh di pasaran Malaysia.
Selain Malaysia, Aqiqah4u turut mempunyai cawangan di Bangkok, Thailand di bawah syarikat Riyahad Pte Ltd yang berpangkalan di Bangkok.
Kami merupakan sebuah entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Syarikat Arovis Global Sdn Bhd (1347226-H) yang mana ianya telah didaftarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Oktober 2019.
Singkatan kepada Abu Rayyan, gelaran pemilik syarikat yang sinonim di kalangan masyarakat Arab. Abu bermaksud Bapa, manakala Rayyan adalah nama salah satu pintu syurga serta nama anak pemilik syarikat.
Ovis adalah nama saintifik kambing biri-biri. Ia melambangkan hala tuju kami sebagai duta Aqiqah Asia Tenggara, khususnya di Tanah Suci Mekkah, dengan jangkauan Global dalam pelaksanaan dan pemasaran.
Menjadi pembekal kambing utama kepada rakyat Malaysia bagi setiap tujuan sembelihan (Aqiqah, Qurban, Sedeqah, Nazar dan sebagainya) dengan harga yang murah.
Peneraju ibadah sembelihan dan khidmat khas di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah yang berkualiti dan termurah selaras dengan perkembangan dunia teknologi masa kini.
Pengasas dan Pemilik syarikat ini merupakan graduan Universiti Ummul Qura, Mekkah al-Mukarramah dalam bidang Al-Quran dan Hadis.
Berbekalkan pengalaman menetap di sana, beliau menguruskan sendiri rangkaian bekalan kambing (Dam, Aqiqah, Qurban) serta perkhidmatan ground handling untuk syarikat travel Malaysia sejak awal pembabitan beliau.
Rakan kongsi kami di Arab Saudi menguruskan ribuan ekor kambing dan unta. Bagi menjamin kualiti dan mengelakkan risiko cuaca panas melampau, kami melakukan tempahan awal secara sistematik.
Aqiqah4u.my merupakan pembekal utama untuk beberapa syarikat di Malaysia, Thailand, Singapura, dan Brunei Darussalam yang menawarkan servis serupa sejak 2012. Kami komited membantu umat Islam menyempurnakan ibadah dengan maklumat yang telus dan sahih.