Pelaksanaan Aqiqah Di Mekah: Apa yang Perlu Anda Tahu?

Aqiqah merujuk kepada penyembelihan haiwan sembelihan yang dilakukan sempena kelahiran seorang bayi. Ia melibatkan penyembelihan seekor kambing atau biri-biri, dan daging tersebut akan diberikan kepada fakir miskin atau dimakan bersama keluarga dan sahabat. Di Tanah Suci Mekah, pelaksanaan dan agihan Aqiqah dilakukan dengan penuh khidmat dan keberkatan, membolehkan umat islam serata dunia melaksanakan ibadah ini dengan mudah dan sempurna

Persediaan sebelum melaksanakan Aqiqah di Tanah Suci Mekah

Apabila melaksanakan aqiqah di Tanah Suci Mekah, persediaan awal sangat penting bagi memastikan segala urusan dapat dilaksanakan dengan lancar. Pertama, langkah pertama yang harus diambil adalah membuat keputusan yang tepat mengenai tarikh pelaksanaan aqiqah. Semasa memilih tarikh, adalah penting untuk mengambil kira faktor-faktor seperti masa yang sesuai, contohnya memilih hari-hari sunnah seperti hari ke-7, ke-14 atau ke-21 kelahiran. Syeikh Zakariyya al-Ansari Rhm (wafat 926H) menyebut di dalam kitabnya, waktu untuk melakukan aqiqah bermula seusai kelahiran bayi tersebut sehinggalah waktu mencapai usia baligh. (Lihat: al-Ghurur al-Bahiyyah, 5/171)

Berdasarkan hadis lain yang diriwayatkan oleh Buraidah Bin Husoib al-Aslami RA,

العقيقةُ تُذْبَحُ لسَبْعٍ، أوْ لِأَرْبَعَ عشرَةَ، أوْ لِإِحْدى وعشرينَ

Maksudnya: Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari ketujuh, atau hari ke-14 atau hari ke-21.

Riwayat al-Baihaqi (19771)

Asalnya, disunatkan untuk buat hari ketujuh. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak berkemampuan, laksanakanlah pada hari yang ke-14. Jika tidak berkemampuan juga, laksanakan pada hari yang ke-21. Sekiranya tidak berkelapangan juga, buatlah pada mana-mana hari yang berkelapangan. Ini juga pandangan yang dinyatakan oleh Dar al-Ifta’ Mesir

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4292-al-kafi-1646-adakah-boleh-melakukan-aqiqah-pada-hari-ke-5-kelahiran-bayi

Kemudian, mempunyai pemahaman yang jelas mengenai prosedur dan tuntutan aqiqah di Mekah. Ini termasuk mengetahui syarat-syarat yang perlu dipatuhi, seperti jenis binatang aqiqah yang dibenarkan. Dengan persediaan yang rapi, anda akan dapat melaksanakan aqiqah dengan tenang dan khusyuk di Tanah Suci Mekah.

Proses pelaksanaan Aqiqah di Tanah Suci Mekah

Bagi umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah di Tanah Suci Mekah, proses pelaksanaannya merupakan langkah yang perlu diikuti dengan teliti. Untuk melaksanakan aqiqah di Tanah Suci Mekah, anda sebagai pelanggan harus menguruskan pembayaran melalui agensi yang sah. Agensi ini akan membantu dalam mengatur segala perkara berkaitan aqiqah, termasuk mendapatkan kambing yang cukup syarat seperti cukup umur dan sihat, melaksanakan penyembelihan, dan menguruskan pengagihan daging aqiqah kepada mereka yang memerlukan. Proses pembayaran dilakukan dengan teliti dan melalui saluran yang dibenarkan untuk memastikan aqiqah diperoleh mengikut tuntutan syariat.

Selain itu, penting juga untuk memahami bahawa pembayaran bagi pelaksanaan aqiqah tidak hanya melibatkan kos sembelihan kambing, tetapi juga termasuk kos-kos lain seperti penghantaran untuk agihan, dokumentasi, upah dan juga khidmat-khidmat yang berkaitan. Dengan melaksanakan aqiqah di Tanah Suci Mekah, umat Islam dapat merasai keberkatan dan kesempurnaan ibadah aqiqah mereka dengan menyembelih binatang aqiqah di tempat yang suci dan diakui di seluruh dunia. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan pembayaran dilakukan dengan betul dan melalui saluran yang sah untuk menjayakan pelaksanaan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

Aqiqah4u.my adalah salah satu agensi Aqiqah dan Qurban di Tanah Suci Mekah dan diperakui, Aqiqah4u.my melalui Arovis Global Sdn Bhd mempunyai kerjasama erat bersama pemilik ladang di Mekah dan mempunyai sijil pemilikan kerjasama yang diperakui oleh Kerajaan Arab Saudi, malah pemilik Arovis Global Sdn Bhd juga mempunyai hubungan yang baik dengan Konsulat Malaysia di Jeddah.

Prosedur pendaftaran dan pembayaran untuk pelaksanaan Aqiqah Mekah

Prosedur pendaftaran untuk Aqiqah di Tanah Suci Mekah merupakan aspek yang tidak boleh diabaikan. Untuk melaksanakan aqiqah di Mekah, anda perlu menjalani beberapa prosedur pendaftaran yang penting. Pertama, langkah awal yang perlu anda lakukan adalah mengisi maklumat yang penting seperti Penama Aqiqah, Tarikh Aqiqah serta bersetuju dengan Akad Salam & Wakalah yang bertepatan dengan syariah, untuk pilihan pakej aqiqah di Mekah ini, anda boleh mendaftar di https://aqiqah4u.my/a-sa/daftar/daftar-aqiqah-sa/ Setelah pendaftaran selesai, anda akan diberikan maklumat lanjut berkenaan proses melalui notifikasi emel dan sms kepada no telefon yang telah anda berikan semasa pendaftaran.

Untuk prosedur pembayaran, anda dapat memilih pelan pembayaran yang bersesuaian, antara pelan pembayaran yang disediakan oleh Aqiqah4u.my adalah seperti pembayaran secara terus melalui FPX Securepay, anda boleh membuat pembayaran dengan memilih senarai bank yang disediakan, tetapi mod pembayaran ini hanya untuk pelanggan yang mempunyai akaun bank Malaysia sahaja.

Selain dari itu, anda juga boleh memilih pelan pembayaran secara ansuran dengan kadar bunga 0% dan patuh syariah yang ditawarkan oleh Atome, malah sekiranya anda merupakan pelanggan yang pertama kali menggunakan Atome, anda akan diberikan diskaun RM15 (Selagi promosi ini masih sah dari pihak Atome), semasa waktu pendaftaran, anda hanya membayar jumlah amaun pertama sahaja sebelum melunaskan pembayaran seterusnya mengikut jadual yang akan diberikan. Contohnya, sekiranya anda memilih Aqiqah Mekah dengan kos RM470, anda hanya perlu menjelaskan RM157 untuk pembayaran pertama sewaktu pendaftaran.

Anda juga boleh menggunakan Kad Kredit atau Debit Visa atau Mastercard untuk membuat pembayaran bagi perkhidmatan Aqiqah Mekah, Mod Pembayaran ini disokong oleh Chip In yang merupakan salah satu gerbang pembayaran yang selamat, malah pelanggan dari luar negara seperti dari Singapura dan Brunei Darussalam juga boleh membuat pembayaran melalui pilihan pembayaran ini.

Dalam kesimpulannya, pendaftaran dan pembayaran untuk aqiqah di Tanah Suci Mekah adalah penting dalam memastikan pelaksanaan yang lancar dan memuaskan. Melalui langkah pendaftaran yang teratur dan pembayaran yang selamat adalah penting untuk setiap pelanggan, Mod Pembayaran yang disediakan oleh Aqiqah4u.my adalah dijamin oleh Bank Negara Malaysia.

Perlaksanaan Aqiqah Mekah dan Bukti Sembelihan

Setiap perlaksanaan Aqiqah Mekah atau mana-mana pakej aqiqah yang ditawarkan oleh Aqiqah4u.my (lihat: https://aqiqah4u.my/pakej-aqiqah) akan mendapat bukti sembelihan melalui video dan gambar sembelihan. Setiap Kambing akan dibaca nama dan doa buat penama aqiqah bagi menjamin amanah telah disempurnakan dengan baik.

Anda sebagai pelanggan tidak perlu menunggu untuk pihak Aqiqah4u.my menghantar video dan gambar secara manual seperti melalui Whatsapp, ini kerana di Aqiqah4u.my, anda akan mendapat notifikasi sms dan emel secara automatik seusai video ibadah aqiqah dimuat naik kedalam Cloud Server Aqiqah4u.my, Bukti ibadah ini boleh diakses bila-bila masa dan tidak akan hilang selagi Cloud Server ini masih berfungsi dengan baik, setiap pelanggan akan diberi Kod Unik Carian yang dijana oleh sistem bagi memudahkan akses kepada status ibadah masing-masing. Untuk mengakses sistem ini, anda hanya perlu melayari https://aqiqah4u.my/semak-status

Untuk memastikan tiada masalah akses, anda perlu menyemak sistem di peranti yang anda gunakan untuk tidak menyekat “Cookie” atau “Disable Cross-Site” setting, ini kerana Sistem Semakan Status Aqiqah4u.my memerlukan kebenaran dari peranti untuk menyambung data dari Cloud Server untuk dipaparkan kepada pelanggan. Selalunya hal ini berlaku kepada pelanggan yang menggunakan produk Apple dan melayari menggunakan browser Safari. Oleh itu kami mengesyorkan untuk pelanggan melayari sistem ini dengan menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox yang lebih stabil dan terbuka kepada “Cookie”.

Sekiranya masih menghadapi masalah, anda boleh menghubungi pihak Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my untuk sebarang bantuan.

Cara agihan daging Aqiqah di Tanah Suci Mekah

Proses agihan aqiqah Mekah yang dilaksanakan bersama Aqiqah4u.my akan diproses secara teliti, daging aqiqah akan diagihkan secara mentah kepada golongan asnaf dan miskin serta yang memerlukan, Aqiqah4u.my sebagai sebuah agensi aqiqah dan qurban yang terunggul mempunyai maklumat dan data yang tepat serta kawasan untuk mengagihkan daging aqiqah, antara yang mendapat manfaat aqiqah mekah ini adalah golongan miskin seperti Komuniti Afrika dan Burma di Share’ Sittin dan Ka’akiah. Agihan daging aqiqah mekah yang sempurna dan terbaik ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, malahan memberikan kesenangan kepada hati anda sebagai pelanggan yang telah melaksanakan ibadah aqiqah mekah ini.

Selain itu, terdapat juga agensi untuk mengagihkan daging Aqiqah kepada pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dengan memproses dan mengagihkan daging tersebut kepada golongan yang memerlukan di Tanah Suci Mekah yang lain, selalunya Aqiqah4u.my akan bekerjasama dengan Islamic Development Bank (IDB) Mekah dalam proses agihan yang melibatkan kuantiti yang banyak, contohnya seperti semasa Musim Haji atau Qurban, dengan urusan yang teratur ini, anda akan turut mendapat kelegaan kerana proses agihan ini sangat teratur. Dalam kesimpulannya, proses agihan daging Aqiqah di Tanah Suci Mekah yang terbaik ini memberikan kemudahan kepada anda untuk melaksanakan ibadah aqiqah atau qurban mereka dengan penuh keinsafan dan keikhlasan.

Secara kesimpulannya, persediaan sebelum melaksanakan Aqiqah di Tanah Suci Mekah adalah penting bagi memastikan segala perkara diatur dengan baik. Proses pelaksanaan Aqiqah di Mekah juga perlu diikuti dengan teliti mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pendaftaran dan pembayaran dan pemberian bukti serta agihan Aqiqah juga perlu diberi perhatian. Pengurusan dan penyeliaan Aqiqah oleh pihak berkuasa tempatan di Mekah adalah amat penting bagi memastikan segala urusan berjalan lancar. Selain itu, pelbagai pilihan disediakan untuk mengagihkan daging Aqiqah di Tanah Suci Mekah. Pemberian kepada masyarakat dan amalan sosial semasa mengagihkan Aqiqah di Mekah juga penting untuk membantu mereka yang memerlukan. Semoga amalan Aqiqah ini dapat dilakukan dengan baik dan memberikan manfaat kepada semua pihak.

Untuk mendaftar aqiqah buat si comel yang tersayang di Mekah, daftar terus di https://aqiqah4u.my/a-sa/daftar/daftar-aqiqah-sa/

aqiqah4uwebmaster

Komen anda?

Perkhidmatan

Aqiqah

Perlaksanaan di:
🇸🇦🇲🇾🇺🇬🇹🇿🇮🇩

Harga Serendah RM390/ekor

Nazar, Sedekah & Dam

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM470/ekor

Badal Umrah

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM700/badal
Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.