📢

Qurban Global Tanpa Lokasi: Bahaya Gharar dan Solusi Qurban Bahagian

Setiap kali menjelang bulan Zulhijjah, para pelanggan di Malaysia akan mula dihujani dengan ratusan iklan model Qurban Global (ibadah qurban di luar negara seperti di kem pelarian, negara miskin Afrika, atau Asia Tenggara). Tarikan utamanya sangat jelas: kosnya yang jauh lebih murah dan mampu milik jika dibandingkan dengan harga ternakan domestik. Namun, di sebalik kebanjiran iklan klik-klik terus bayar ini, timbul satu trend yang sangat membimbangkan dalam industri pengurusan syariah hari ini, banyak agensi yang menjual bahagian Qurban Global, tetapi langsung tidak memaklumkan dan menyembunyikan lokasi sebenar haiwan itu disembelih, nombor kelompok ternakan, dan tarikh pelaksanaan yang tepat kepada pelanggan.
woman in traditional outfit on a pasture

Sebagai pelanggan yang mengeluarkan wang ringgit demi takwa, anda wajib bertanya: Adakah sah ibadah qurban yang dilakukan secara ‘pukal misteri’ ini di sisi hukum fiqh?

Artikel ini akan membongkar sisi gelap agensi Qurban Global yang tidak telus, ancaman bahaya Gharar (ketidakpastian), dan bagaimana Portal e-Wakalah Interaktif yang baru kami bangunkan d Aqiqah4u.my menjadi solusi muktamad bagi menyelamatkan status ibadah qurban anda.

1. Isu Lambakan Qurban Pukal Misteri: “Beli Murah, Tapi Sembelih di Mana?”

Hari ini, lambakan pakej Qurban Global di internet sudah menjadi seperti urus niaga komoditi lambak. Pelanggan diletakkan d bawah satu kempen umum – contohnya “Qurban Benua Afrika”, “Qurban Global” atau “Qurban Asia”.

Persoalannya, benua Afrika itu tersangat luas. Ada puluhan negara di dalamnya, dan setiap negara mempunyai zon waktu, kadar kemiskinan, serta harga pasaran ternakan yang berbeza-beza. Mengapa ada agensi yang sengaja merahsiakan nama negara atau nama lokasi spesifik pelaksanaan ini daripada pelanggan?

Secara logistik dan hukum fiqh, tindakan menyembunyikan lokasi dan perincian ternakan ini mendedahkan pelanggan kepada tiga risiko besar:

  • Isu Pertindihan Waktu Sembelihan (Zon Masa): Sembelihan qurban hanya sah dilakukan selepas solat sunat Aidiladha dan di sepanjang Hari Tasyrik mengikut zon masa tempat haiwan itu disembelih, bukannya mengikut masa di Malaysia. Jika agensi merahsiakan lokasi, bagaimana pelanggan mahu yakin sembelihan itu tidak dilakukan mendahului waktu yang sepatutnya?
  • Ketiadaan Ta’yin (Penentuan Hak): Tukang sembelih di lapangan sekadar menyembelih ratusan ekor lembu secara borong. Nama pelanggan tidak di-tag dan tidak dipadankan pada fizikal lembu tertentu. Ini menyebabkan niat sembelihan menjadi kabur.
  • Risiko Kebajikan Terabai: Apabila tiada akauntabiliti lokasi, tiada siapa dapat memantau sama ada haiwan yang disembelih itu benar-benar memenuhi syarat umur dan sifat yang sah di sisi syarak, atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

2. Jerat Gharar dlm Urus Niaga Qurban Global: Hukum Fiqh Bukan Main “Pukul Rata”

traditional african herder with cattle at sunrise
Photo by pexels by ardarh on Pexels.com

Dalam Mazhab Syafi’i, hukum asal bagi sebarang bentuk transaksi ibadah dan muamalat wajib bersih daripada unsur Gharar (ketidakpastian yang membawa kepada kekeliruan).

Apabila anda membayar sejumlah wang untuk “1 Bahagian Lembu”, transaksi awal itu di dalam fiqh dipanggil sebagai kontrak Bai’ Salam (tempahan barangan dengan spesifikasi khusus bayaran sama ada secara tunai, kredit atau sebagainya di awal urus niaga). Kontrak ini hanya sah sekiranya ejen (agensi) mempunyai data yang jelas untuk menentukan kedudukan barang tersebut dikemudian hari.

Sekiranya sebuah agensi mengutip wang anda, tetapi sehingga ke hari sembelihan mereka:

  1. Tidak tahu lembu nombor berapa yang menjadi hak milik anda.
  2. Tidak tahu lokasi sebenar dimana lembu itu berada.
  3. Tiada langsung kemaskini selepas sembelihan dilaksanakan seperti bukti sembelihan mahupun notifikasi.

Maka, unsur Gharar dlm pemilikan bahagian itu telah pun berlaku. Sesuatu ibadah yang dibina di atas rantaian ketidakpastian yang gelap adalah tersangat rapuh dan dibimbangi status qurban nya tidak terangkat, lalu sekadar menjadi pahala sedekah daging biasa sahaja.

Maklumat selanjutnya: https://aqiqah4u.my/akad

3. Menghancurkan Gharar dengan Sistem “Dual-Wakalah” Aqiqah4u.my

Bagi menentang taktik pengurusan qurban secara borong dan tidak telus ini, bersama panel syariah dari Bank patuh syariah yang terkemuka di Malaysia ini serta pasukan pembangun sistem di Aqiqah4u.my telah mewujudkan sistem Dual-Wakalah (Wakalah Berkembar).

Kami membahagikan rantaian penyerahan kuasa wakil pelanggan kepada dua fasa yang ketat:

  • Fasa 1: Wakalah Am (Kuasa Wakil Umum): Berlaku semasa anda mula membeli di laman web. Anda melantik kami sebagai ejen umum untuk menguruskan dana, memilih, dsn membeli ternakan d luar negara mengikut standard syarak.
  • Fasa 2: Akad At-Ta’yin (Penentuan Khusus): Fasa inilah yang membezakan Aqiqah4u.my dngn agensi misteri di luar sana. Sebelum pisau sembelihan menyentuh leher ternakan, kami wajib menukar status “Wakalah Am” tadi menjadi Wakalah Mutlak yang Khusus. Kami mengumpulkan data fizikal sebenar di lapangan dan memaparkannya semula secara telus kepada pelanggan untuk dipersetujui.

4. Mengenali Portal e-Wakalah Dashboard Baru: Standard Emas Ketelusan Qurban Terkini

Bagi menyokong sistem Dual-Wakalah tersebut, kami baru sahaja melancarkan sistem Portal e-Wakalah yang interaktif untuk musim Qurban tahun ini (2026). Sistem baru ini dibina khas untuk memecahkan segala bentuk kekaburan (Gharar) dan memberikan ketenangan minda (peace of mind) mutlak kepada pelanggan.

Sistem ini adalah kemaskini terkini dari Sistem Dual Wakalah khas untuk pelanggan yang telah menempah Qurban Bahagian seperti Lembu atau Unta yang telah kami gunakan sejak tahun 2023 yang lalu, sistem e-Wakalah yang baru ini hanya boleh diakses melalui Emel dengan pautan sah sahaja bagi tujuan privasi pelanggan dilindungi.

Data Mu’ayyan (Tentu dan Nyata) yang Dipaparkan:

  • No. Ternakan Fizikal: Pelanggan tahu lembu nombor berapa yang ditag atas nama mereka (Contoh: Lembu #892).
  • Bahagian Kelompok: Pelanggan tahu kedudukan bahagian mereka untuk satu satu lembu atau Unta tersebut (Contoh: Bahagian 02/07).
  • Lokasi Pelaksanaan Tepat: Kami nyatakan dengan jelas nama negara pelaksanaan.
  • Tarikh Sembelihan: Anggaran tarikh masihi mengikut kalendar Zulhijjah di tempat tersebut.
  • Kunci Log Masa Digital: Apabila pelanggan menyemak nama dan menekan butang “SAYA MENGESAHKAN AKAD INI”, sistem akan mengunci log tarikh dan masa zon Malaysia sebagai bukti pengesahan kuasa wakil yang sah.

5. Dalil Syarak Menuntut Ketelitian dalam Mewakilkan Qurban

Urusan ibadah qurban berkumpulan memerlukan ketelitian yang tinggi kerana ia melibatkan hak perkongsian 7 penama ibadah di atas 1 jasad haiwan. Dalil pensyariatan melantik wakil yang amanah dan telus ini thabit dalam hadis sahih daripada Saidina Ali RA:

“Rasulullah SAW telah memerintahkan aku untuk menguruskan unta-unta qurban Baginda, dan memerintahkan aku untuk membahagikan daging-dagingnya, kulit-kulitnya, dan pakaian-pakaiannya kepada orang-orang miskin, dan aku tidak memberikan sesuatu pun kepada tukang sembelih sebagai upah.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Hadis di atas membuktikan bahawa Rasulullah SAW sendiri menyerahkan tugasan qurban kepada wakil (ejen) yang diketahui identitinya, jelas amanahnya, dan tahu selok-belok urusannya di lapangan, bukannya kepada agensi yang tidak diketahui lokasinya.

Kesimpulan: Jangan Pertaruhkan Sah Ibadah Anda di Atas Nama “Murah”

Ibadah Qurban adalah manifestasi ketaatan kita kepada Allah SWT. Memilih pakej yang murah adalah tidak salah, tetapi memilih agensi yang tidak telus dan menyembunyikan perincian lokasi dan nama kelompok sembelihan adalah satu tindakan yang membahayakan status syarak ibadah qurban anda.

Portal e-Wakalah dsn Sistem Dual-Wakalah d Aqiqah4u.my diwujudkan bukan untuk menyusahkan pelanggan dengan proses klik dua kali, tetapi ia adalah satu-satunya Sistem Standard Emas Syariah yang menjamin tiada unsur Gharar dlm qurban luar negara anda selain Bukti Ibadah yang telus.

Qurban bukanlah sekadar sebuah transaksi perniagaan e-commerce online yang biasa, dan ia jauh sekali daripada sekadar aktiviti “membeli daging runcit di luar negara”. Ia adalah sebuah ritual penumpahan darah haiwan ternakan yang sangat terikat dngn rukun, syarat sah, dan ketetapan syarak yang tersangat ketat.

Ketahuilah bahawa perwakilan (Wakalah) di dalam Islam terbina di atas paksi amanah, rukun utama Qurban berkumpulan adalah Niat dan Ta’yin (Penentuan hak penama pada nyawa haiwan yang disembelih). Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis yang tersangat masyhur:

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bagi setiap orang apa yang dia niatkan…” (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Oleh itu, Sistem Dual-Wakalah Portal e-Wakalah d Aqiqah4u.my diwujudkan sebagai satu kelegaan dari sebarang ketidakpastian ibadah anda. Meluangkan masa selama 1 minit untuk melakukan pengesahan akad kedua di portal e-Wakalah bukanlah satu birokrasi yang menyusahkan, tetapi ia adalah bukti ketakwaan dan kesungguhan kita di dalam memastikan setiap sen yang dikeluarkan menjadi ibadah qurban yang sah di sisi Allah SWT. Semoga Allah menerima Amalan dan Usaha kita semua.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

aqiqah4uwebmaster

Sebarang Maklum Balas, hubungi kami di [email protected]

Artikel lain di Aqiqah4u.my