Menjawab persoalan Qurban di Mekah, sebuah penipuan.

Saban tahun, setiap kali hampir sahaja musim Qurban, mulalah beberapa individu, tokoh, dan sebagainya mengeluarkan kenyataan tentang isu ibadah Qurban di Mekah.
clock tower

Saban tahun, setiap kali hampir sahaja musim Qurban, mulalah beberapa individu, tokoh, dan sebagainya mengeluarkan kenyataan tentang isu ibadah Qurban di Mekah. Antara isu-isu yang sering didengar adalah

“mana ada harga kambing di Mekah serendah RM 400 seekor”

“akad apa yang mereka pakai ya?”

“qurban di Mekah hanyalah sia-sia sahaja”

“hilang roh Qurban buat dekat Mekah”

“berhati-hati dengan syarikat yang tawarkan khidmat ibadah Qurban di Mekah”

“kalau Aqiqah dapat video satu-satu, kenapa qurban tak dapat?”

 “agihan kepada siapa ya di Mekah? Bukan negara kaya ke?”

Yang memberi kenyataan-kenyataan di atas mungkin tak pernah pergi sampai ke ladang-ladang kambing di Mekah semasa hari Qurban yang dijalankan pada hari-hari Tasyrik, yang mendakwa juga tidak pernah menetap di Mekah bertahun-tahun dan mempunyai ilmu secukupnya tentang keadaan dan situasi di Mekah.

Dalam kaedah islam, yang menuduh dengan dakwaan sesuatu tuduhan perlu memberikan bukti. البينة على المدعي

Kami di Aqiqah4u menghormati pandangan beberapa pihak dan individu yang melontarkan kenyataan kerana inginkan masyarakat berhati-hati. Kami hormati pandangan mereka kerana tidak yakin dengan perkhidmatan ini. Itu hak anda, tetapi, janganlah sehingga memukul rata semua pihak yang menjalankan perniagaan qurban di Mekah adalah penipu

Sebelum itu, kami ingin tegaskan ini adalah kenyataan dan apa yang dilakukan oleh pihak AQIQAH4u sahaja, dan tidak bertanggungjawab terhadap pihak syarikat lain yang melaksanakan khidmat yang sama kecuali syarikat-syarikat yang berdaftar bersama kami serta ejen-ejen rasmi kami di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

brown ram in tilt shift lens

Harga Kambing yang murah di Mekah

“…mana ada harga kambing di Mekah serendah RM 400-500 seekor, Tabung Haji pun jual RM900 lebih…”

Harga kambing di Mekah adalah pelbagai, mengikut jenis dan juga saiz seekor kambing tersebut. Ada kambing yang kecil sahaja, tapi harga mencecah SAR 1,300 seekor. Ada kambing besar dan gemuk, tapi harga sekitar SAR 300- SAR 350 seekor. Jenis kambing yang kami beli pula adalah kambing seberat 25 – 40kg. Arab panggil kambing jenis Harri. Kambing Harri ini juga ada yang mencecah sehingga SR 1,000, contohnya seperti sub-baka “Balady”

Kami memilih kambing jenis Harri adalah kerana ianya adalah sempurna dari segi syarak, cukup umur, sihat dan berat yang melepasi syarat.

Sebahagian pihak menafikan fakta ini kerana bersandarkan kepada harga rasmi Arab Saudi yang dijual untuk mereka yang membeli melalui syarikat Islamic Development Bank (IDB). Di Mekah, setengah orang yang sibuk atau tiada masa nak ke kandang sembelihan pada hari raya haji, mereka boleh terus ke kaunter-kaunter pembayaran Qurban yang dibuka di sekitar Mekah. IDB adalah pihak yang diamanahkan untuk menguruskan ibadah qurban secara rasmi di Mekah melalui projek Adahi. Harga yang mereka jual adalah sekitar SAR750 untuk seekor Kambing melalui Akad Wakalah & Salam, sama seperti yang dipraktiskan oleh Aqiqah4u. Anda bayar, dapat resit dan terus balik. Tetapi tiada sebarang laporan, tiada video mahupun gambar untuk dijadikan sebagai bukti perlaksanaan Qurban itu telah dilaksanakan dengan sempurna.

Maka, disebabkan itulah berlakukanya tuduhan mengapa harga syarikat-syarikat qurban di Mekah murah berbanding yang dijual sendiri oleh kerajaan Arab Saudi, tambahan pula tahun 2022 ini, Tabung Haji juga menjual qurban di Mekah dengan harga hampir mencecah RM1,000 untuk seekor kambing.

Seperti yang djelaskan pada perenggan di atas, harga kambing adalah bergantung kepada jenis kambing. Jika anda terus ke kandang kambing, anda akan mendapati harganya adalah jauh lebih murah dari yang dijual oleh pihak IDB mahupun TH. Ramai yang keluarkan kenyataan bersandarkan andaian semata-mata sahaja.

Isu mengenai Akad Qurban

“akad apa yang mereka pakai?”

Ibadah Qurban di Mekah adalah secara akad wakalah, atau bermaksud anda mewakilkan ibadah qurban anda kepada pihak kedua dan ketiga. Dimana untuk khidmat qurban mekah ini, pihak Aqiqah4u akan menyatakan secara rasmi dan terperinci secara bertulis di dalam resit pembayaran berkenaan khidmat yang anda perolehi dengan bayaran yang dibuat dan jumlah peratus ambilan syarikat untuk pengurusan, upah dan tugas-tugas berkaitan. Dengan pembelian serta pembayaran untuk khidmat ini, bermakna anda telah bersetuju dengan akad dan pembayaran yang dilakukan, berdasarkan syarat dan terma yang dinyatakan.

Pengertian Wakalah menurut Bahasa Arab adalah “menyerahkan” atau “menjaga” (Taqiyuddin al-Husaini, Kifayatul Akhyar 1/238) manakalah menurut Syarak pula, Wakalah adalah tindakan seseorang menyerahkan urusannya kepada orang lain pada urusan yang dapat diwakilkan, agar orang lain itu mengerjakan urusan yang diwakilkan itu (Zakariya al-Anshari, Fathul Wahhab 1/253)

Antara dalil yang disandarkan untuk Akad Wakalah ini adalah

“Jabir Bin Abdullah RA, dia berkata, “Saya bermaksud keluar ke Khaibar, lalu aku mendatangi Rasullulah SAW dan berkata kepada beliau, “Sesungguhnya aku keluar ke Khaibar,”, kemudian, Rasullulah SAW telah berkata, “Datangilah wakilku dan ambillah darinya 15 wasaq, kalau dia meminta sesuatu tanda darimu, letakkanlah tangan pada pundaknya”. (HR Abu Daud)

Rukun Wakalah mempunyai 4, iaitu

  1. Muwakil (Orang yang diwakilkan)
  2. Wakil (Orang yang mewakilkan)
  3. Muwakkal Fiihi (Urusan yang diwakilkan)
  4. Sighah (Ijab dan Kabul)

Rujukan al-Fiqh al-Wadhi, (2/34)

Untuk urusan Wakalah ini dizahirkan, seseorang yang diwakilkan itu perlulah mempunyai hak ke atas barang tersebut dan di Aqiqah4u, kami membeli kambing, lembu dan unta sebelum dijual bagi memastikan hak dan wakil ke atas kambing-kambing tersebut adalah sempurna mengikut rukun dan syarak.

Qurban di Mekah atau di tempat sendiri?

“qurban di Mekah hanyalah sia-sia”

Begitu juga mereka yang ingin laksanakan qurban, tetapi tidak boleh atas faktor-faktor persekitaran, pandemik dan sebagainya. Tidak bermakna, jika kita tidak melihat sendiri di depan mata sembelihan qurban, qurban kita tidak akan dinilai oleh Allah.

Antara dalil mengenai Qurban ini ialah

“Apa yang aku perintahkan, maka laksanakanlah mengikut kemampuan kamu”. Rasulullah SAW juga telah bersabda: “Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari Aidil Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi”.

Di Aqiqah4u, kami komited mengatakan bahawa Qurban di Mekah itu adalah satu pilihan, pilihan yang lebih mudah & murah.

Lambakan Syarikat yang menawarkan Qurban di Mekah

 “berhati-hati dengan syarikat yang tawarkan khidmat ibadah Qurban di Mekah”

Ya! Anda perlu berhati-hati. Dalam banyak-banyak syarikat yang menguruskan khidmat aqiqah dan qurban, sudah pasti akan ada pihak yang mengambil kesempatan. Tidak kira kesempatan untuk menipu pelanggan, mahupun kesempatan untuk menjatuhkan perniagaan yang dijalankan oleh pihak pesaing

Sedikit sejarah perjalanan Aqiqah4u untuk informasi anda, Pihak Aqiqah4u telah menjalankan perniagaan khidmat Aqiqah dan Qurban di Mekah lebih dari 10 tahun, yang bermula atas kapasiti individu (pengasas Aqiqah4u) yang diberi peluang oleh Allah untuk menetap di Mekah sejak 2012. Kemudian berkahwin dengan wanita kelahiran Mekah pada tahun 2014. Kesempatan ini memberi peluang kepada pengasas aqiqah4u untuk lebih belajar tentang selok belok pengurusan Qurban dan Aqiqah di Tanah Suci Mekah.

Setiap tahun beliau turun sendiri ke medan perjuangan (tempat sembelihan) di pagi hari raya bermula 10 Zulhijjah seawal jam 6.30 pagi (6.30 pagi di saudi macam 8.30 pg di Malaysia ya).

Pada Pagi raya, hampir kesemua sahabat-sahabat lain masih menunaikan haji yang mana ada yang bergerak ke Mina, dan ada juga telah selesai melaksanakan tawaf di Masjid al-Haram untuk pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah sepanjang di Mekah, sebanyak 3 kali haji telah dilaksanakan. Adapun tahun-tahun yang lain, fokus kepada pengurusan ibadah Qurban.

Begitulah rutin tahunan pengasas Aqiqah4u untuk memastikan perjalanan qurban anda di Tanah Suci Mekah dilaksanakan dengan baik. Orang lain sibuk untuk memperbanyakkan haji mereka atau melakukan badal haji, tetapi kami di Aqiqah4u komited memastikan semua amanah berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Pelanggan kami sebelum pandemik adalah dari kalangan jemaah-jemaah haji Malaysia, wakil-wakil agensi pelancongan dan juga penduduk-penduduk di Arab Saudi dari kalangan warga Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, USA, Nepal, dan Kemboja.

Adapun untuk menjawab isu viral sebelum ini mengenai qurban yang bertindih antara banyak nama di Mekah adalah kerana syarikat-syarikat ini mengambil orang tengah dari kalangan ejen Afrika, Bangladesh dan Indonesia yang tidak bertanggungjawab, yang tidak menjalankan amanah yang diberi dengan sesungguhnya, setiap pelanggan perlu untuk menyelidik terlebih agar tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Bukti Laporan Perlaksanaan Qurban

 “kalau Aqiqah dapat video satu-satu, kenapa qurban tak dapat?”

Pihak yang menguruskan qurban di Tanah Suci Mekah adalah terlampau banyak. Tidak kira sama ada ianya adalah sebuah syarikat, individu, mahupun pelajar-pelajar Universiti Ummul Qura sendiri. Perlaksanaan penyembelihan adalah berbeza mengikut kapasiti pihak yang menguruskan qurban anda. Ada pihak yang menyembelih ibadah qurban dengan kuantiti yang sedikit, dan ada pihak yang sembelih dalam kuantiti yang banyak. Sudah tentu terdapat perbezaan perlaksanaan penyembelihan untuk 5 ekor kambing dan 5000 ekor kambing dalam tempoh 4 hari sahaja waktu Qurban. Secara purata, pihak kami melaksanakan qurban sekitar 4000- 5000 ekor kambing setiap tahun. Ianya tidak termasuk pendaftaran qurban Unta dan lembu yang mana pendaftaran mencecah sekitar 60 ekor setiap tahun. Jadi, perlaksanaan yang banyak yang di WAKILKAN kepada pihak Aqiqah4u akan dilaksanakan dengan sebaiknya dalam tempoh 3-4 hari sahaja pada Hari Tasyrik.  

Qurban tidak sama seperti ibadah aqiqah yang mempunyai waktu yang lebih luas. Untuk Aqiqah, keupayaan kami adalah melakukan sembelihan sekitar 150 – 300 ekor sehari, termasuk mengambil video (merakam) dan gambar bagi setiap penama peserta. Ianya akan mengambil masa dan melambatkan proses sembelihan, disamping ramai lagi pihak-pihak lain yang memerlukan ruang yang sama untuk penyembelihan. Berbeza dengan qurban yang mana kami akan laksanakan secara pembahagian lokaliti dan proses perlu dijalankan dengan lebih cepat.

Kenapa? Kerana penggunaan tempat sembelihan adalah 10 kali ganda dari luar musim haji. Kalau aqiqah ianya lebih fleksibal, tetapi qurban tempohnya hanya 4 hari sahaja. Sebab itulah kami tidak memberikan anda video dan gambar untuk setiap sembelihan, tetapi hanya laporan umum perlaksanaan dalam bentuk video dan gambar sahaja. Apa yang penting amanah anda adalah tanggungjawab kami.

Ianya sama seperti perlaksanaan bersama IDB yang telah dinyatakan di atas. Pihak Arab Saudi sendiri tidak memberi anda video dan gambar setiap ekor yang disembelih, apatah lagi laporan perlaksanaan seperti yang kami sediakan. Melalui pihak rasmi Arab Saudi, anda hanya bayar dan dapat resit, kemudian tawakkal, akan tetapi bersama kami, kami sediakan anda laporan sepanjang proses perlaksanaan. Ianya terpulang kepada kepercayaan masing-masing.

Laporan Qurban 2021 Aqiqah4u – https://aqiqah4u.my/laporan-qurban-2021/

Penerima Daging-daging Qurban di Mekah.

“agihan kepada siapa ya di Mekah? Bukan Saudi negara kaya ke?”

Arab Saudi adalah sebuah negara yang kaya, tapi bukan semua penduduknya kaya. Ramai penduduk tetap di Mekah adalah berasal dari Afrika, Burma, Bangladesh, Pattani, Indonesia dan pelbagai warga negara miskin yang lain.

Kos sara hidup amat tinggi untuk orang-orang bukan warganegara Saudi, lebih-lebih lagi pada zaman pandemik ini. Ada yang kata, di Malaysia pun banyak orang susah. Ya, kami tak nafikan, tetapi, adakah anda telah membantu di Malaysia, anda tidak boleh membantu saudara Islam kita di luar Malaysia? Semoga penerima-penerima daging agihan ini mendoakan kebaikan buat semua yang melaksanakan Qurban di Mekah.

Untuk Agihan daging, pihak Aqiqah4u akan membahagikan lokaliti sembelihan mengikut tempat. Perlu difahami bahawa di Mekah ada 3 kategori tempat sembelihan. Tempat sembelihan rasmi Arab Saudi untuk kerajaan, untuk syarikat-syarikat swasta, dan yang ketiga adalah tempat sembelihan persendirian yang disewa seperti tanah lapang.

Untuk Haiwan qurban yang disembelih di tempat sembelihan rasmi bagi syarikat-syarikat swasta, kebiasaannya daging qurban tidak dibenarkan di bawa keluar dalam kuantiti yang banyak. Pihak Berkuasa Mekah akan menyediakan beberapa buah lori ais bagi urusan pengedaran daging-daging qurban tersebut sebelum diagihkan kepada rumah-rumah Anak yatim dan Pusat-Pusat Kebajikan yang berdaftar.

Di Aqiqah4u, kami akan mengagihkan daging-daging qurban ke penduduk miskin dan memerlukan di lokaliti Mekah yang telah dikenalpasti, dan sebahagian daging-daging qurban ini akan dihantar terus ke Pusat-Pusat kebajikan di sekitar Mekah.

Wallahu a’lam. Di harap penjelasan ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang berada di fikiran anda semua

Terus daftar Qurban di Mekah bersama kami di: https://aqiqah4u.my/daftar-qurban

atau hubungi kami di: 011-24272787/ 010-4335631

aqiqah4uwebmaster

Komen anda?

Perkhidmatan

Aqiqah

Perlaksanaan di:
🇸🇦🇲🇾🇺🇬🇹🇿🇮🇩

Harga Serendah RM390/ekor

Nazar, Sedekah & Dam

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM470/ekor

Badal Umrah

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM700/badal
Notis

Sembelihan akan diberhentikan sementara dari 8 - 15 April 2024

Pendaftaran masih dibuka seperti biasa, setiap tarikh sembelihan pada tarikh di atas akan dilaksanakan selepas raya
Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.