Sahkah Perlaksanaan Aqiqah Moden secara Online?

Aqiqah adalah ibadah yang disyariatkan di dalam Islam untuk setiap ibu bapa yang baru mendapat anak. Islam meletakkannya sebagai sebuah ibadah yang dituntut sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran bayi. Sebahagian ulama menghukumnya sebagai sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut dah menghampiri hukum wajib.

Sebagai ibu bapa Muslim, tidak wajarlah menganggap ibadah ini sebagai satu amalan yang biasa-biasa sahaja, malah pada hakikatnya, ianya mempunyai impak yang besar dengan diri ibu bapa dan anak-anak. Impak dan kesan tersebut boleh dilihat dari pelbagai sudut dunia dan akhirat.

Perkembangan teknologi yang semakin hari semakin maju pada hari ini menafikan alasan-alasan lapuk setiap Muslim yang sebahagiannya menjadikan isu kewangan, kekangan masa, dan kekangan persekitaran sebagai alasan untuk tidak melakukan ibadah aqiqah ini, kerana ianya hanya sekali sahaja seumur hidup. Perlaksanaan aqiqah yang terbaik adalah dilakukan sendiri oleh bapa bayi, iaitu dengan menyembelih sendiri 2 ekor kambing untuk bayi lelaki dan 1 ekor kambing untuk bayi perempuan. Kemudahan internet zaman ini memudahkan lagi proses perlaksanaan aqiqah ini.

Online Banking dalam pembelian memudahkan pelanggan untuk memenuhi hasrat murni dalam perlaksanaan Ibadah pilihan

Selain dari memudahkan pendaftaran dan pembelian secara atas talian atau ‘online’, para ibu bapa juga boleh mewakilkan dan membenarkan pihak kedua dan ketiga untuk melaksanakan untuknya. Kaedah ini dibenarkan dengan syarat pendaftaran tersebut dilakukan sendiri dan diberi keizinan oleh ibu bapa kepada bayi tersebut. Hal ini kerana, tuntutan aqiqah adalah terletak di atas tanggungjawab bapa kerana bapalah yang memberi nafkah untuk anak-anaknya. Pembelian dan perlaksanaan secara atas talian ini adalah berkonsepkan ‘akad wakalah’, iaitu perwakilan, yang mana ianya sama seperti anda membeli apa-apa produk dan perkhidmatan di atas talian.

Setiap perkhidmatan yang anda daftarkan sudah pasti anda mengetahui secara terperinci apa yang ingin dibeli dan diperlukan, seterusnya melakukan pembayaran secara ‘online’ sebagai bukti dan menguatkan lagi keazaman anda sebagai pembeli. Adapun pihak penjual akan menerima bayaran dan mengesahkan pembelian anda dengan jenis perkhidmatan yang anda daftarkan, seterusnya melaksanakannya dengan penuh bertanggunjawab sehingga selesai. Itulah pengertian sebuah tatacara pembelian secara online tidak kira ianya pembelian keperluan-keperluan harian, pembelian perkhidmatan-perkhidmatan keduniaan, mahupun memenuhi kehendak agama dan diri.

Ianya boleh dilakukan sekiranya ibu bapa tersebut betul-betul tidak mempunyai masa, atau kekangan wang yang terhad, tetapi masih mahu memenuhi kehendak syarak. Apapun, anda mesti ingat, sekiranya MAMPU, buatlah sendiri di tempat anda sendiri, dan itulah yang Terbaik. Dari sudut masa pula, hari yang terbaik untuk melakukan ibadah aqiqah ini adalah pada hari ke-7 kelahiran, tanpa menafikan keluasan perlaksanaan aqiqah ini di hari-hari yang lain.

Aqiqah adalah sebuah ibadah yang mana tidak ada bezanya antara zaman dulu dan zaman moden, cuma yang membezakannya adalah alat perlaksanaannya sahaja. Ibadah adalah amalan yang perlu mempunyai contoh dari nabi sallallahi ‘alaihi wasallam sebagai syarat penerimaannya di sisi Allah, tetapi alat perlaksanaannya adalah bergantung kepada peredaran zaman. Mungkin dulu umat Islam hanya solat di atas pasir-pasir dan daun-daun pokok kelapa, tetapi kini kita mempunyai sejadah, karpet dan sebagainya sebagai alat keselasaan kita untuk bersolat di zaman moden ini. Wallahu a’alam.

Daftar Aqiqah bersama Aqiqah4u.my dengan harga bermula serendah RM390, buat pilihan pakej di https://aqiqah4u.my/pakej-aqiqah

aqiqah4uwebmaster

Komen anda?

Perkhidmatan

Aqiqah

Perlaksanaan di:
🇸🇦🇲🇾🇺🇬🇹🇿🇮🇩

Harga Serendah RM390/ekor

Nazar, Sedekah & Dam

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM470/ekor

Badal Umrah

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM700/badal
Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.