Perkhidmatan Aqiqah4u.my

Aqiqah Mekah

Aqiqah dijalankan setiap hari dengan 150 slot sembelihan di Tanah Suci Mekah dengan penawaran harga yang lebih murah dan mudah. 

Qurban Mekah

Perkhidmatan Qurban di Tanah Suci Mekah yang dilaksanakan pada 11,12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun sejak tahun 2012 dengan penawaran Qurban Kambing, Lembu dan juga Unta.

Nazar/Dam/Sedekah

Selain dari Aqiqah, Aqiqah4u juga mengambil tempahan untuk Sedekah, Nazar dan juga Dam Kesalahan yang dilaksanakan di Tanah Suci Mekah

Galeri Khidmat

Aqiqah, Qurban, Nazar, Dam Kesalahan & Sedekah

Kambing Harri

Info Kambing Harri

Kambing Harri merupakan salah satu baka kambing asli yang penting di Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah lain. Baka ini terkenal dengan ketahanan dan adaptasinya terhadap persekitaran padang pasir yang kering dan panas.

Jenis Ibadah Kambing Harri

Kambing Harri digunakan untuk Ibadah Aqiqah, Qurban, Nazar, Dam dan Sedekah, dimana penyembelihan dilakukan untuk 1 penama ibadah untuk 1 ekor kambing. 

Lokasi Sembelihan & Agihan

Proses sembelihan akan dilaksanakan di rumah sembelihan yang diiktiraf di sekitar Tanah Suci Mekah. Daging korban kemudiannya akan diagihkan kepada golongan fakir dan miskin di kawasan tersebut, memastikan amanah anda sampai kepada yang memerlukan.

Sedekah Ramadan 2025, Seekor Kambing di Tanah Suci