fbpx

Tips Penjagaan Bayi baru lahir

close up of hands holding baby feet
Gambar dari Pexels.com

Pasangan ibu bapa sudah pasti gembira dengan kelahiran bayi pertama mereka. Tapi ramai lagi yang tidak tahu cara penjagaan bayi dengan betul.

Petua Menyusukan Bayi

Bayi kebiasaannya akan minum dan tidur. Walaupun telah menjadi lumrah alam dimana bayi mendapat khasiat dan nutrisi yang cukup dari apa yang anda makan, pada permulaan hari sebagai seorang ibu pasti akan menjadi sukar dari apa yang anda jangkakan. 

Ibu bapa yang mendapatkan bantuan adalah lebih arif untuk menyusukan bayi mereka. Contoh: anda boleh berbual bersama kawan yang lebih berpengalaman dalam menyusukan anak ataupun menghadiri ke kelas penjagaan bayi.

Jika nak diikutkan, golongan ibu lebih banyak tumpukan masa mereka pada bayi mereka, sedangkan mereka juga perlu mendapatkan khasiat dan zat yang mencukupi bagi menghasilkan susu yang berkhasiat tinggi untuk si bayi. Sewajarnya seorang ibu menitik beratkan kesihatan mereka juga kerana tekanan yang terlalu tinggi akan menyukarkan pengeluaran susu.

Sekiranya payudara terkurung (tidak dapat mengeluarkan susu dalam kuantiti yang banyak), boleh menggunakan kaedah di mana dengan menekan payudara dengan sesuatu yang suam agar pengedaran susu mengalir dengan normal. Mengikut kajian, keadaan payudara yang suam membantu melancarkan pengaliran susu. Ibu bapa juga disarankan memberi botol susu kepada bayi apabila usia bayi mencecah 3 bulan

Waktu Tidur

Sekiranya bayi tidak makan, dia pasti akan tidur. Kebiasaan waktu tidur bayi adalah selama 14-17 jam. Oleh sebab itu, anda menjadi lesu dan tidak bermaya kerana waktu bangun bayi tidak sama dengan rutin harian anda.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya bayi anda sukar untuk tidur? Ada satu kaedah dimana kaedah ‘’skin-to-skin’’ iaitu kaedah dengan meletakkan bayi di dada agar mereka merasai sentuhan seorang ibu. Sebab yang lain adalah disebabkan bayi itu demam terutama apabila adanya jangkitan pada telinga, selsema dan sakit kerongkong. Pastikan anda membawanya berjumpa doktor untuk dirawat. Tumbuh gigi baru juga boleh menjadi punca demam. Anda boleh memicit gusi bayi supaya dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh bayi. 

close up photo of a person carrying a baby
Gambar dari Pexels.com

Rambut dan Kepala Bayi

Rambut dan kepala bayi juga memainkan peranan yang penting. Gunakan syampu yang khas untuk cuci rambut bayi dan gosok perlahan lahan dan bilas sehingga bersih dengan tangan. Jangan sampai kena mata ya! 

Usah risau jika anda melihat kulit kepala bayi berkerak, hal ini adalah normal dan dipanggil sebagai cradle cap. Kerak ini boleh dibersihkan menggunakan dengan baby oil. Letakkan baby oil pada kulit kepala bayi dan biarkan selama 10-15 minit, ambil cotton bud dan perlahan lahan cuci sehingga bersih di kawasan kepala yang berkerak. 

Hidung dan Telinga

Bahagian hidung mempunyai fungsi pembersih sendiri dan tidak memerlukan penjagaan yang khusus. Tetapi sekiranya ada cecair atau kotoran pada hidung bayi, anda boleh lah bersihkan hanya di bahagian luar hidung mereka sahaja. Begitu juga dengan bahagian telinga. Hanya di luar sahaja. 

Jangan lupa untuk pastikan lidah bayi yang putih kerana susu dibersihkan dengan kapas yang basah dengan air masak bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman dalam mulut.

Tali Pusat

Ramai yang ambil remeh tentang penjagaan tali pusat. Tali pusat antara bahagian yang mudah dijangkiti kuman. Ia boleh bersihkan menggunakan kapas atau kain bersih sekiranya terkena air ketika mandi. Tali pusat biasanya akan terputus sendiri dari satu ke dua minggu selepas dilahirkan. Selepas tali pusat terputus dengan sendirinya, baru lah anda boleh cuci kotoran pada pusat menggunakan baby oil secara perlahan. 

Mandikan Bayi

Mandikan bayi anda adalah antara perkara yang penting dalam penjagaan bayi. Pastikan air yang digunakan dalam keadaan hangat dan lap mereka dengan tuala basah. Bayi boleh dimandikan sehari sekali kerana mereka tidak terdedahkan kepada kotoran seharian seperti anda. 

Punggung Bayi

Kawasan yang paling sensitif adalah pada punggung bayi. Bersihkan dengan betul untuk mengelakkan ruam timbul di kawasan tersebut. Pastikan punggung bayi sentiasa kering dan bersih. Gunakan diaper cream selepas mengeringkan punggung mereka sebelum memakai lampin.

Kuku

Manakala untuk bahagian kuku bayi pula, anda boleh ketip dengan perlahan lahan dengan menggunakan pengetip kuku yang khas untuk bayi. 

0 Comments

Aqiqah Mekah

Perlaksanaan di Makkah Al-Mukarammah, Harga bermula dari RM480, Klik untuk maklumat lanjut.

Aqiqah Malaysia

Perlaksanaan di Malaysia
AKAN DATANG