Azan Untuk Bayi serta Tahnik buat Si Kecil

Azan dan iqamah merupakan lambang dan syiar dalam Islam. Dalam konteks menyambut kelahiran, ianya dibacakan dan dilantunkan sejurus selepas kelahiran bayi, iaitu dengan mengazankan ke telinga kanan dan iqamah di telinga kiri. Hukumnya bukanlah wajib, akan tetapi ianya sebagai simbolik kepada awal perkataan yang didengari oleh bayi tersebut, malah ianya termasuk dalam perkara yang baik untuk dilakukan dan bukannya perkara dalam kategori ibadah khusus.

Ianya pernah dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz dan kebanyakkan ulama. Terdapat sebuah hadis dari Imam Baihaqi bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengazankan ke telinga kanan dan iqamah ke telinga kiri Hasan Bin Ali, iaitu cucu Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam.

Mengapa ianya tidak wajib, sedangkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya? Ini kerana terdapat perbincangan di dalam status hadis di atas yang mana para ulama hadis menilai status hadis di atas sebagai hadis lemah. Terdapat banyak faktor dalam menilai dan menentukan kelemahan sesuatu hadis, dan perbincangan berkenaannya adalah panjang. Selain itu, terdapat hadis-hadis lain yang menunjukkan nabi sallallahu ‘alaihi wasallam terus memberikan nama, mentahnik dan mendoakan bayi baru tanpa mengazankannya di awal kelahiran.

Antara hikmah azan dan iqamah yang disebutkan oleh Imam Ibnul Qayyim adalah menjadikan kalimah Tauhid (Syahadah) sebagai perkataan pertama dan terawal yang didengari oleh bayi tersebut setelah keluar ke muka bumi. Pastikan bayi tersebut mendengar kalimah tauhid terlebih dahulu selepas keluar dari rahim ibunya. Kalimah tauhid adalah perkataan yang penuh dengan keagungan dan pujian kepada Tuhan yang Maha Agung. Selain itu, ia juga dibacakan supaya syaitan tidak mendekatinya kerana syaitan akan lari dari laungan azan. Diharapkan, dengan amalan dan langkah ini, ianya memberi kesan yang berpanjangan dan mendalam ke dalam jiwa bayi tersebut dan tetap teguh di dalam hatinya sehingga ke akhir hayatnya.

Amalan awal selain dari azan yang seharusnya dilakukan selepas azan adalah mentahnik bayi. Tahnik di dalam adat melayu diterjemahkan kepada ‘belah mulut’. Tahnik adalah mengunyah kurma atau selainnya (sesuatu yang manis), kemudian di sapukan ke lelangit bayi. Waktu yang terbaik untuk melakukan tahnik adalah pada hari kelahiran bayi tersebut. Ianya boleh dilakukan oleh bapa bayi, akan tetapi sebaiknya dilakukan oleh orang yang soleh dan warak supaya bayi tersebut dapat mengambil sedikit berkat dari doa dan tahnik orang alim tersebut. Sekiranya ingin melewatkan amalan tahnik, ianya boleh dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari selepas waktu kelahiran bayi.

Hukum tahnik adalah sunnah, dan tidaklah sampai ke hukum wajib. Dari Abu Musa radiallahu ‘anhu:

“Aku dikurniakan dengan seorang anak lelaki, maka aku bawanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan baginda namakan bayi tersebut ‘Ibrahim’, kemudian mentahniknya dengan sebiji kurma, mendoakan bayi tersebut dengan keberkatan, dan memberikannya semula kepadaku”.

– Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Menurut sebahagian ulama, antara tujuan dan hikmah yang disebutkan dari amalan ini adalah untuk menguatkan otot-otot mulut bayi. Ianya sebagai persediaan untuk menghisap susuan ibunya, disamping ruang untuk pentahnik mendoakan kebaikan bayi tersebut. Semoga dengan pengamalan tahnik ini memberikan satu kesan yang lebih baik kepada kesihatan dan kekuatan jiwa bayi sehinggalah dewasa kelak, Ameen.

Dah sempurnakan Aqiqah buat anak tersayang? Daftar Aqiqah bersama Aqiqah4u.my dengan harga bermula serendah RM390, buat pilihan pakej di https://aqiqah4u.my/pakej-aqiqah

aqiqah4uwebmaster

Komen anda?

Perkhidmatan

Aqiqah

Perlaksanaan di:
🇸🇦🇲🇾🇺🇬🇹🇿🇮🇩

Harga Serendah RM390/ekor

Nazar, Sedekah & Dam

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM470/ekor

Badal Umrah

Perlaksanaan di:
🇸🇦

Harga Serendah RM700/badal
Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.