FAQ Perkhidmatan: Aqiqah Qurban Nazar Dam Kesalahan Sedekah

Aqiqah adalah sembelihan yang dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi sebagai tanda syukur kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala atas kelahiran bayi tersebut. Hukum Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam.

Waktu yang terbaik melaksanakan aqiqah adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Ia juga boleh dilaksanakan pada hari ke-14, atau hari ke-21 sekiranya waktu tidak mengizinkan pada hari ke-7 seperti mana yang disebutkan di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Adapun sekiranya selepas dari bilangan waktu yang disebutkan, maka ianya tidak mengapa kerana hukum asas/ asal aqiqah itu adalah perlaksanaannya itu ke atas setiap kelahiran sekali seumur hidup.

Seperti yang disebutkan di dalam soalan kedua di atas, ianya hanya disyariatkan sekali sahaja seumur hidup untuk setiap kelahiran bayi baru.

Ibadah Aqiqah adalah ibadah khusus yang dilaksanakan kerana kelahiran bayi baru yang mana ianya dilaksanakan atas tujuan kesyukuran kita kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala. Waktu ibadah ini adalah tidak terhad dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja mengikut kemampuan masing-masing. Adapun Ibadah Qurban adalah ibadah khusus yang dilaksanakan pada waktu tertentu sahaja, iaitu pada Musim Haji. Ia adalah ibadah yang terhad waktunya iaitu dari 10 zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah sahaja. 

Selain itu, hukum antara kedua-duanya juga turut berbeza yang mana para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum ibadah Qurban ini. Majoriti ulama mengatakan bahawa ibadah Qurban adalah WAJIB berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah al-Kauthar, yang bermaksud: “Maka solatlah kamu dan laksanakanlah Qurban”– Ayat 2. Hukum wajib itu adalah berdasarkan kepada lafaz ‘arahan/ perintah/ suruhan’ yang digunakan oleh Allah subhanahu wa Ta’ala di dalam ayat ini. Adapun hukum ibadah Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang dituntut (bawah sedikit dari hukum wajib).

Wallahu a’lam.

Para ulama mempunyai pelbagai pandangan berkenaan maksud ‘tertebus’ di dalam hadis tersebut, antaranya:

  1. Anak tersebut tidak akan memperoleh kelapangan hidup dan hidupnya akan dalam keadaan susah.

  2. Anak tersebut dihalang dari memberi shafaat/ pertolongan kepada kedua orang tuanya sehinggalah ibu bapanya atau penjaganya melaksanakan aqiqah untuknya. Kata ini dinukilkan dari Imam Ahmad.

Waktu yang terbaik adalah hari ke 7 seperti mana yang disebutkan di soalan no. 2 di atas. Sebahagian ulama mengatakan bahawa hikmah penentuan hari ke 7 ini adalah kerana sebagai simbolik kesempurnaan 7 hari dalam seminggu selepas bayi tersebut dilahirkan, sekaligus menanam sikap optimis dalam diri ibu bapa supaya anak tersebut akan dikurniakan umur yang panjang dan juga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Kiraan hari ketujuh adalah bermula dari tarikh bayi itu dilahirkan. Hari pertama kelahiran merupakan hari pertama dalam kiraan, tidak kira samada pagi, tengahari ataupun malam. Contohnya, bayi dilahirkan pada 1 Januari, maka hari ketujuh adalah pada 7 Januari, dan bukannya 8 Januari.

1. Disunatkan untuk azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi tersebut seperti mana hadis Abu Rafi’ bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengazankan ke telingan Hasan (cucu baginda) sejurus selepas kelahiran beliau. Para ulama mengatakan bahawa ianya supaya perkataan pertama yang di dengari oleh bayi tersebut di muka bumi ini adalah Kalimah Tauhid (di dalam azan).

2. Mentahnik bayi tersebut selepas mengazankannya. Tahnik adalah mengunyah tamar atau selainnya (yang manis), kemudian disapukan kepada lelangit bayi tersebut. Ia adalah sunnah dan bukannya wajib, dan sebaiknya di lakukan oleh orang Alim dan Soleh kerana hikmah yang terdapat dalam amalan tahnik itu sendiri. 

3. Disunatkan mencukur rambut bayi tersebut pada hari ke-7, selepas selesai amalan aqiqah. Kemudian sedeqahkan nilai timbangan rambut tersebut dengan nilai timbangan perak (silver). Ianya seperti yang dilakukan dan dimaklumkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadith. Majoriti ulama mengatakan bahawa amalan cukur tersebut hanya untuk bayi lelaki sahaja. 

Jumlah sembelihan adalah berbeza mengikut jantina bayi.

BAYI LELAKI = 2 Ekor

BAYI PEREMPUAN = 1 Ekor

Sekiranya ibu bapa hanya mampu untuk melaksanakan 1 ekor sahaja untuk bayi lelaki, maka ianya tidak mengapa, mengikut kemampuan yang ada. Sekiranya dimurahkan rezeki pada masa akan datang, maka boleh menambah dan menyempurnakan ibadah Aqiqah tersebut.

Inilah Kaedah Islam yang sempurna yang mana Allah subhanahu Wa Ta’ala  telah meletakkan setiap pensyariatan terhadap kaum lelaki dua kali ganda dari wanita. Allah menjadikan setiap pembahagian hukum-hukum penting bagi wanita separuh daripada lelaki selari dengan tanggungjawab yang di amanahkan, seperti hukum faraid, diyat (denda qisas), saksi, pembebasan hamba dan sebagainya. Hal ini kerana amanah lelaki adalah dua kali ganti dari sang wanita kerana tanggungjawab nafkahnya kepada isteri dan anak-anaknya, kepada ibu bapanya dan sebagainya. 

Simbolik aqiqah yang sama dengan hukum umum di dalam Islam ini adalah sebagai tanda pengiktirafan dari kecil/bayi tersebut untuk menerima hukum dan ketetapan Allah ini. Begitu juga kepada ibu bapa yang patuh akan ketetapan amalan sunat muakkad ini menjadi simbol ketaatan mereka dalam perlaksanaan amalan-amalan wajib yang lain yang mempunyai konsep yang sama.

Tidak Wajib kerana akad dalam urusan jual beli hukumnya sunat. Akad pada asasnya adalah persetujuan antara 2 pihak dalam sesuatu urusan. Akad yang dilakukan melalui telefon atau bacaan di dalam kertas adalah sudah memadai kerana persetujuan dan perwakilan antara kedua pihak jelas dinyatakan. Pembayaran yang dibuat oleh pihak pembeli kepada penjual/ pemberi khidmta membuktikan bahawa si pembeli telah bersetuju dan meredhai urusan tersebut.

Majoriti Ulama mengatakan syarat kambing untuk Aqiqah adalah sama dengan syarat-syarat kambing Qurban, iaitu mestilah bebas dari sebarang kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Ia juga perlu mencukupi tahap dan had umur yang telah ditetapkan dan dibenarkan untuk disembelih.

Ianya berbeza mengikut jenis kambing. Terdapat dua jenis kambing iaitu:

1. Kambing biasa: hendaklah genap dua tahun atau sedang masuk tahun ketiga.

2. Kambing biri-biri (berbulu tebal): hendaklah genap setahun atau sedang masuk tahun kedua.

Aqiqah adalah syariat yang telah ditetapkan, iaitu dua ekor untuk anak lelaki dan satu ekor untuk anak perempuan. Adapun sekiranya diadakan majlis aqiqah dan jumlah tetamu yang hadir terlalu ramai, maka sembelih lebih dari itu adalah tidak mengapa sebagai tanda penghormatan kepada para tetamu yang akan hadir, akan tetapi ianya tidak dikira sebagai aqiqah.

Ianya tidak boleh kerana 1 ekor kambing adalah untuk seorang penama sahaja. Sekiranya masih tidak mampu, maka boleh dilaksanakan kemudian hari sekiranya bajet telah mencukupi dan mempunyai lebihan rezeki.

Sebahagian ulama Feqh membenarkannya seperti di dalam Mazhab Shafie kerana hukum binatang sembelihan di dalam Aqiqah adalah sama dengan hukum Qurban. Adapun sejumlah ulama hadis hanya membenarkan sembelihan kambing sahaja untuk Aqiqah berdasarkan hadis yang jelas dari Nabi sallallahu a’alaihi wasallam.

Sekiranya kita merujuk kepada pendapat Mazhab Shafie, maka seekor lembu boleh dijadikan sembelihan Aqiqah untuk 7 orang nama. Wallahu a’lam.

Hukum asal Aqiqah adalah tanggungjawab bapa (dari duitnya) mengikut kadar kemampuan. Ianya dituntut sehinggalah anak tersebut mencapai umur akil baligh. Adapun selepas baligh, maka bapa tidak lagi terikat dengan hukum aqiqah tersebut dengan syarat beliau memang tidak mampu dari sudut kewangan dan sebagainya.

Anak tersebut boleh melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri setelah dewasa dan mempunyai lebihan rezeki.

Sekiranya bayi tersebut meninggal di dalam kandungan dan umurnya telah berumur 5 bulan dan ke atas, maka sebaiknya dilaksanakan aqiqah untuknya kerana pada umur tersebut, bayi itu telah mempunyai roh, disolatkan jenazahnya dan dikafankannya.

Adapun sekiranya umur bayi tersebut adalah 4 bulan dan ke bawah, maka tidak perlu aqiqah untuknya kerana ia masih dikira segumpal darah dan daging yang belum ditiupkan roh ke atasnya.

Boleh, dengan keizinan bapanya kerana tanggungjawab asal Aqiqah adalah kepada bapa anak tersebut, iaitu dari hartanya sendiri.

Boleh, malah digalakkan kerana anak tersebut tidak berdosa atas kesalahan yang dilakukan oleh kedua orang tuanya. 

FAQ Umum

Aqiqah4u adalah singkatan kepada “Aqiqah For You”. Ianya membawa maksud perkhidmatan aqiqah yang disediakan oleh pihak kami adalah untuk kesemua Umat Islam, tidak kira warna kulit, bangsa, dan negara. Ianya turut merujuk kepada aqiqah yang dilaksanakan oleh ibu bapa untuk anak-anaknya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wa Ta’ala. 

Secara amnya , “Aqiqah4u” merujuk kepada 3 perkara:

  • Bantuan perlaksanaan Aqiqah kami untuk anda di Tanah Suci Makkah.
  • Aqiqah yang dilaksanakan oleh ibu bapa untuk anak-anaknya.
  • Tujuan utama perlaksanaan ibadah ini adalah kerana Allah Ta’ala.

Ya, kami merupakan sebuah entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Syarikat Arovis Global Sdn Bhd  (1347226-H) yang mana ianya telah didaftarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Oktober 2019.

Pengasas dan Pemilik syarikat ini merupakan graduan Universiti Ummul Qura, Mekkah al-Mukarramah. Beliau merupakan graduan dalam bidang Al-Quran dan Hadis di sana, dan dalam masa yang sama telah menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang pengurusan kambing bagi tujuan dam, aqiqah dan Qurban, serta pengurusan ‘’ground handling’ untuk syarikat-syarikat travel dari Malaysia.

Idea ini bermula apabila terdapat permintaan yang terlalu tinggi dari Malaysia untuk melaksanakan aqiqah dan Qurban di Tanah Suci Makkah sepanjang keberadaan beliau di sana.

Alhamdulillah, pemilik syarikat telah berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2012 yang mana bermula dengan jumlah yang tidak sampai 4 angka, dan sehingga sekarang, tahun 2019, telah mencapai jumlah tahunan sebanyak lebih dari 5000 ekor kambing.

Jumlah tersebut termasuk sembelihan Aqiqah, Qurban, Dam (bagi Jemaah umrah dan haji), sedeqah dan juga nazar.

Kebanyakkan Syarikat di Malaysia yang mengatakan pengalaman mereka sejak 2012 adalah kerana mereka mengambil Kambing Aqiqah dari pihak kami. 

Aqiqah4u adalah peneraju atau “pioneer” untuk Perkhidmatan Aqiqah di Mekah.

Visi: 

  • Peneraju ibadah sembelihan dan khidmat khas di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah yang berkualiti dan termurah selaras dengan perkembangan dunia teknologi masa kini.

Misi:

  • Pemudah cara kepada pelaksanaan ibadah Qurban dan Aqiqah khususnya di Tanah Suci Mekah selari dengan perkembangan teknologi.
  • Menjadi pembekal kambing utama kepada rakyat Malaysia bagi setiap tujuan sembelihan (Aqiqah, Qurban, Sedeqah, Nazar dan sebagainya) dengan harga yang murah.
  • Menjadi Duta Serantau di Asia Tenggara dalam perlaksanaan ibadah Aqiqah dan Qurban di Mekah al-Mukarramah secara khususnya dengan jaminan kualiti dan amanah dalam perlaksanaan.
  • Mempromosikan amalan sedeqah dan ‘Iftar Saim’ (memberi makan orang berbuka puasa) di masjid-masjid sekitar Tanah Suci Mekah al-Mukarramah dengan platform penyembelihan dan penyediaan kambing.
  • Membantu umat Islam, khususnya di Malaysia dalam memberi khidmat-khidmat sampingan yang melibatkan urusan di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah seperti Platform dalam pendaftaran Badal Haji, air zamzam, tempahan jubah mengikut saiz, dan sebagainya.

Sasaran:

  • Golongan yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah Aqiqah di Malaysia kerana kos kambing di Malaysia yang tinggi berbanding di Tanah suci Makkah. Di Malaysia, harga terendah yang biasa diperoleh adalah sekitar Rm 700.00- RM800.00 seekor, adapun harga kambing dan pengurusan yang kami tawarkan adalah RM 470.00 sahaja.
  • Golongan atasan dan kaya raya yang mahu melaksanakan ibadah sedeqah kambing atau aqiqah tambahan (sekali lagi) di Tanah Suci Makkah.
  • Golongan biasa dan pertengahan sebagai kebebasan memilih dalam memilih tempat dan harga yang dirasai sesuai untuknya. Golongan ini kebiasaannya mahukan amalan mereka dilakasanakan di Tanah Suci Makkah.
  • Peneraju ibadah sembelihan dan khidmat khas di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah yang berkualiti dan termurah selaras dengan perkembangan dunia teknologi masa kini.

Rakan kongsi kami di Arab Saudi mempunyai ribuan ekor kambing dan ratusan unta pada musim haji, dan ratusan ekor kambing pada luar musim haji.

Kambing tidak boleh di bawa masuk secara kelompok pada luar musim haji kerana permintaan yang tidak terlalu tinggi seperti musim haji dan keadaan cuaca yang terlalu panas di sana yang akan menyebabkan banyak kambing mati.

Pihak syarikat kami pula akan membuat tempahan dan pembelian awal bagi setiap 100 ekor sembelihan kepada rakan kongsi kami. Kambing-kambing dibeli dari daerah Jazan di Selatan Arab Saudi, Yaman dan juga Sudan.

Sempurnakan borang yang disediakan secara atas talian dan membuat pembayaran terus ke akaun kami. Anda akan diberikan pengesahan dan resit sebagai bukti pembayaran. Notis perlaksanaan akan diberikan selepas sembelihan anda telah disempurnakan dan bukti video akan dimasukkan ke dalam website kami (hanya anda sahaja yang boleh melihat video tersebut). Anda hanya perlu memasukkan nombor telefon anda untuk melihat video tersebut.

Video tersebut di simpan di Amazon Web Service Cloud milik Arovis Global Sdn Bhd yang berpangkalan di Singapura.

Jika anda mendapati Video dan Gambar aqiqah anda tiada di dalam sistem semakan status kami, anda boleh terus menghubungi Pihak Syarikat untuk bantuan lanjut.

Buat masa ini, kami turut menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini:

  • Sembelihan unta untuk tujuan sedeqah, nazar dan Qurban.
  • Badal Haji
  • Air Zamzam

Syarikat ini beroperasi di: 

An’am Slaughter House, 
Kilo Asyro (KM10), Mecca,
Saudi Arabia.

Syarikat ini beroperasi di:

B – 01 – 07, Savanna Lifestyle Retails, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor

Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.