Info Korporat


Platform ini adalah dimiliki oleh Arovis Global Sdn Bhd untuk menyediakan penyelesaian Aqiqah dengan cara yang sangat mudah dari proses A hingga Z, objektif utama kami adalah untuk pelanggan melakukan Aqiqah untuk yang tersayang menurut sunnah nabi kita, Muhammad ﷺ.

Aqiqah akan dilakukan oleh Aqiqah4u.my, di mana perniagaan ini pertama kali dimulakan pada tahun 2012 dengan nama Arrayyan Global Network sebelum kami menubuhkan syarikat bernama Arovis Global Sdn Bhd pada tahun 2019 untuk mewujudkan imej yang kuat dan berkembang lebih jauh untuk bergabung dengan bahagian pasaran Aqiqah di Malaysia.

Selain perniagaan di Malaysia, Aqiqah4u juga mempunyai cawangan di Thailand di bawah syarikat bernama Riyahad Pte Ltd yang terletak di Bangkok, Thailand.

Organisasi Aqiqah 4U

Kami merupakan sebuah entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Syarikat Arovis Global Sdn Bhd (1347226-H) yang mana ianya telah didaftarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Oktober 2019.

“Arovis” adalah gabungan kepada 2 suku kata yang berbeza iaitu Ar & Ovis. Ar adalah singkatan kepada Abu Rayyan, iaitu gelaran kepada pemilik syarikat ini yang mana ianya merupakan sinonim dan panggilan biasa yang dipanggil oleh ramai orang arab kepada beliau. Di dalam Bahasa Arab, Abu bermaksud ‘Bapa’. Adapun Rayyan pula adalah nama salah satu pintu syurga untuk orang-orang yang berpuasa. Rayyan adalah nama anak kepada pemilik syarikat ini.

“Ovis” merupakan nama saintifik kepada kambing biri-biri yang mana kambing pada umumnya mempunyai banyak baka dan jenis yang berbeza, dan ianya turut dipanggil dengan pelbagai nama mengikut negara. Penggunaan perkataan ini bagi nama syarikat adalah sebagai tanda hala tuju syarikat yang jauh dan besar dalam menjadikan syarikat duta aqiqah Asia Tenggara, khususnya pelaksanaan aqiqah di Tanah Suci Mekkah.

Penggunaan “Global” juga membuktikan bahawa syarikat berperanaan dalam menjalankan urusan aqiqah secara global samada dalam perlaksanaannya mahupun pemasarannya.

VISI

Menjadi pembekal kambing utama kepada rakyat Malaysia bagi setiap tujuan sembelihan (Aqiqah, Qurban, Sedeqah, Nazar dan sebagainya) dengan harga yang murah

MISI

Peneraju ibadah sembelihan dan khidmat khas di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah yang berkualiti dan termurah selaras dengan perkembangan dunia teknologi masa kini.

Pengasas Aqiqah4u



Pengasas dan Pemilik syarikat ini merupakan graduan Universiti Ummul Qura, Mekkah al-Mukarramah. Beliau merupakan graduan dalam bidang Al-Quran dan Hadis di sana, dan dalam masa yang sama telah menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang pengurusan kambing bagi tujuan dam, aqiqah dan Qurban, serta pengurusan ‘’ground handling’ untuk syarikat-syarikat travel dari Malaysia.

Perjalanan Aqiqah4u Sejak 2012

0 +
Tahun Pengalaman
0 +
Sembelihan Aqiqah/Qurban
0 +
Ejen Asia Tenggara

Sijil Kerjasama dengan Syarikat di Arab Saudi

Rakan kongsi kami di Arab Saudi mempunyai ribuan ekor kambing dan ratusan unta pada musim haji, dan ratusan ekor kambing pada luar musim haji. Kambing tidak boleh di bawa masuk secara kelompok pada luar musim haji kerana permintaan yang tidak terlalu tinggi seperti musim haji dan keadaan cuaca yang terlalu panas di sana yang akan menyebabkan banyak kambing mati. Pihak syarikat kami pula akan membuat tempahan dan pembelian awal bagi setiap 100 ekor sembelihan kepada rakan kongsi kami. Kambing-kambing dibeli dari daerah Jazan di Selatan Arab Saudi, Yaman dan juga Sudan.

Kerjasama Strategik bersama Syarikat Malaysia

Aqiqah4u.my juga adalah merupakan peneraju dalam perkhidmatan tanah suci Mekah (Aqiqah, Dam, Sedekah dan Nazar) dan merupakan pembekal utama untuk beberapa Syarikat-syarikat di Malaysia, Thailand, Singapura dan juga Brunei Darussalam yang menawarkan servis yang serupa dengan sasaran pasaran yang berlainan sejak 2012 sehingga kini. 

Ini kerana Aqiqah4u ingin membantu lebih ramai umat Islam di Malaysia untuk menyempurnakan ibadah yang dituntut ini dan memberikan kesedaran serta maklumat mengenai Aqiqah ini sampai ke majoriti umat Islam. 

Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.