fbpx

Kelahiran Baru, Sebuah Doa dan Rahmat

person holding baby s hand
Kelahiran adalah sebuah Rahmat dan Doa – Photo by Lisa on Pexels.com

Suara tangisan bayi di saat keluarnya dari perut ibunya adalah saat yang sangat-sangat mengujakan ibu bapa. Detik di mana keluarnya bayi tersebut menunjukkan penambahan ahli baru dalam sesebuah keluarga. Semua ibu bapa yang beragama Islam pastinya mengharapkan benih yang baru sahaja dilahirkan itu menjadi penambah berat untuk timbangan kebaikan mereka di akhirat kelak. Ianya adalah sebuah rahmat bagi mereka yang mencarinya.

Sebagai seorang Muslim, doa merupakan kunci kepada sesebuah kejayaan. Kewujudan bayi baru adalah satu anugerah dan rahmat dunia yang sangat-sangat diharapkan oleh mereka yang bergelar ibu bapa. Ketika mengandungkan bayi, para ibu bapa dianjurkan untuk mewarwarkan dan memaklumkan berita gembira tersebut kepada kenalan-kenalan yang lain sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran terhadap anugerah tersebut.

Ianya sepertimana Allah mengkhabarkan berita gembira kepada Nabi Zakaria tentang kelahiran Nabi Yahya di dalam Surah Maryam:

يٰزَكَرِيَّآ اِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلٰمِ ِۨاسْمُهٗ يَحْيٰىۙ لَمْ نَجْعَلْ لَّهٗ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا

“Wahai Zakaria, sesungguhnya kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki yang bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu seorangpun yang se-nama dengannya”. -Surah Maryam; ayat 7.

Islam adalah sebuah agama yang penuh dengan kasih sayang. Setiap mereka yang mendengar berita gembira tersebut hendaklah mendoakannya dan mengucapkan tahniah. Ucapan tahniah dan doa tersebut adalah bersifat umum, iaitu tiada doa khusus yang ditetapkan di dalam Islam. Apa yang paling penting adalah mendoakan untuk kebaikan dan keberkatan kelahiran bayi tersebut.

Terdapat satu Doa yang mahsyur di kalangan umat Islam sehingga ke hari ini, dan ia merupakan ucapan doa yang diajarkan oleh Imam Hasan al-Basri, iaitu:

Bayi lelaki:
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَوْهُوْبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ .

Bayi perempuan:
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَوْهُوْبَةِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وَبَلَغَتْ أَشُدَّهَا، وَرُزِقْتَ بِرَّهَا

Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya ”

Setiap Kelahiran Baru itu juga perlu disempunakan Aqiqahkan, jom daftar bersama Aqiqah4u untuk perlaksanaan Aqiqah di Mekah, Mudah & Murah.

0 Comments

Aqiqah Mekah

Perlaksanaan di Makkah Al-Mukarammah, Harga bermula dari RM480, Klik untuk maklumat lanjut.

Aqiqah Malaysia

Perlaksanaan di Malaysia
AKAN DATANG