Kami menawarkan Khidmat Aqiqah Online di Malaysia dan juga di Mekah dengan Harga yang Berpatutan buat semua Pelanggan dalam memastikan Ibadah Aqiqah ini dijalankan dengan Sempurna.
Aqiqah4u.my menggunakan Konsep Wakalah dalam perlaksanaan Aqiqah sebagai wakil perlaksana Ibadah untuk pelanggan
Dengan menggunakan Khidmat dari Billplz pembayaran anda adalah DIJAMIN Selamat 100% dan dilindungi.
Setiap Bukti Sembelihan di dalam Format Video & Gambar disimpan di dalam Cloud di Sistem Semakan Status Aqiqah4u.my
Pakej Aqiqah kami dijual dengan Harga Berpatutan dan Kambing yang Cukup Umur & Sihat bagi menjaga Kualiti.
Waktu yang terbaik melaksanakan aqiqah adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Ia juga boleh dilaksanakan pada hari ke-14, atau hari ke-21 sekiranya waktu tidak mengizinkan pada hari ke-7 seperti mana yang disebutkan di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Adapun sekiranya selepas dari bilangan waktu yang disebutkan, maka ianya tidak mengapa kerana hukum asas/ asal aqiqah itu adalah perlaksanaannya itu ke atas setiap kelahiran sekali seumur hidup.
Jumlah sembelihan adalah berbeza mengikut jantina bayi.
BAYI LELAKI = 2 Ekor
BAYI PEREMPUAN = 1 Ekor
Sekiranya ibu bapa hanya mampu untuk melaksanakan 1 ekor sahaja untuk bayi lelaki, maka ianya tidak mengapa, mengikut kemampuan yang ada. Sekiranya dimurahkan rezeki pada masa akan datang, maka boleh menambah dan menyempurnakan ibadah Aqiqah tersebut.
Tidak Wajib kerana akad dalam urusan jual beli hukumnya sunat. Akad pada asasnya adalah persetujuan antara 2 pihak dalam sesuatu urusan. Akad yang dilakukan melalui telefon atau bacaan di dalam kertas adalah sudah memadai kerana persetujuan dan perwakilan antara kedua pihak jelas dinyatakan. Pembayaran yang dibuat oleh pihak pembeli kepada penjual/ pemberi khidmta membuktikan bahawa si pembeli telah bersetuju dan meredhai urusan tersebut.
Tempat terbaik untuk melaksanakan Aqiqah adalah di Tempat Sendiri, tetapi kami di Aqiqah4u memberikan anda pilihan yang lebih mudah & murah.