Badal Haji & Umrah 🇸🇦

Sempurnakan Niat Ibadah yang Tertangguh buat yang tersayang

Badal Haji 2024 Aqiqah4u.my

Kami menyediakan perkhidmatan Upah Haji buat insan yang tiada harapan untuk sembuh daripada sakit ataupun telah meninggal dunia sebelum dapat menunaikan haji walaupun sekali seumur hidupnya.

Kita mampu untuk melunaskan tanggungjawab hutang mereka dengan Allah SWT seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW melalui wakil Upah Haji. InsyaAllah Badal Haji Aqiqah4u.my akan laksanakannya dengan penuh amanah dan komited.

– حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”.

Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.

HR al-Bukhari, Ahmad dan An-Nasaie

Jaminan Aqiqah4u.my
  • 100% Wang Dikembalikan

    Sekiranya Tiada Bukti Video atau Gambar Badal Haji atau Penipuan oleh pelaksana Haji yang dilantik, 100% wang pembayaran anda akan dikembalikan

  • Video Bukti Badal Haji

    Anda akan menerima Maklumat Pelaksana Haji, serta Video & Gambar pelaksanaan Haji anda telah disempurnakan

  • Akad Wakalah & Salam

    Akad tempahan dan perwakilan yang bertepatan dengan Syarak dengan peratusan upah dan perkhidmatan.

  • Percuma Khidmat Nasihat

    Memerlukan Jawapan atas persoalan berkaitan Badal Haji? Kami sedia menjawab soalan-soalan anda dalam 24 Jam.

Mengapa Aqiqah4u.my?
  • Entiti Berdaftar

    Aqiqah4u.my dimiliki oleh Arovis Global Sdn Bhd, anak syarikat Arovis Travel & Tours Sdn Bhd, syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

  • Berpengalaman

    Menjalankan Khidmat di Haramain ini sejak 2012 termasuk Qurban, Aqiqah, Nazar & Sedekah untuk Jemaah Malaysia termasuk Jemaah dari Tabung Haji Travel

  • Tanpa orang Tengah

    Kami Bukan Ejen atau Orang tengah, kami menguruskannya sendiri dari A to Z dari pemilihan Pelaksana Haji dan Kawalan Pelaksanaan Haji

Bukti Pelaksanaan Musim Lepas
Kawalan Pelaksanaan Badal Haji 2024

Pemilihan Pelaksana Badal Haji

Setiap Pelaksana Badal Haji Aqiqah4u.my akan disaring dari segi pengetahuan agama, bilangan haji yang telah dilaksanakan dan cukup syarat. 

Pelanggan akan dimaklumkan mengenai Maklumat Pelaksana Badal Haji sebelum Haji dilaksanakan

Pemakaian Tag Tangan Khas

Setiap Pelaksana Badal Haji Aqiqah4u.my akan diberikan Tag Tangan Khas yang perlu dipakai sebelum ibadat Haji dan tidak boleh ditanggalkan sehingga ibadat Haji Selesai

Pengangkutan untuk Pelaksana Badal Haji

Setiap Pelaksana Badal Haji Aqiqah4u.my akan menggunakan pengangkutan Khas yang disediakan dan akan dipantau oleh Pegawai Aqiqah4u.my dalam setiap proses Haji

Bukti Video & Gambar di Arafah

Setiap Pelaksana Badal Haji Aqiqah4u.my adalah diwajibkan untuk direkodkan Video/Gambar mereka di Arafah

Pembayaran Online

Pakej Badal Umrah

produk
Kuantiti
harga
Badal Umrah
+
RM600.00
Deposit Slot
Badal Haji
Harga Pakej RM4500
+
RM1,000.00

Maklumat Bil

Maklumat tambahan

Pesanan anda

produk jumlah kecil
Deposit Badal Haji  × 1 RM1,000.00
jumlah kecil RM1,000.00
Jumlah RM1,000.00


  • Select Bank. Pembayaran melalui Bank Malaysia

Data peribadi anda akan digunakan untuk memproses tempahan anda, mengoptimasikan pengalaman anda dalam penggunaan laman web ini, dan untuk tujuan lain yang berkaitan, layari dasar privasi untuk maklumat lanjut.

Soalan Lazim Badal Umrah
Apakah itu Badal Umrah?

Badal haji/umrah ini bererti menggantikan orang lain melaksanakan ibadah haji/umrah.

Hukum Badal Umrah?

Ibadat umrah wajib untuk dikerjakan sekali seumur hidup bagi orang yang berkemampuan mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafi’e.

Sebagai waris atau wakil, harus membantu mereka yang tidak mampu melaksanakan buat diri mereka sendiri.

Siapa yang layak dibadalkan?

1. Seorang yang telah meninggal dunia dan memiliki niat Umrah yang belum ditunaikan.

2. Seorang yang lumpuh dan tidak mampu untuk bergerak.

3. Seorang yang memiliki sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh

Dalil Badal Umrah?

جَاءَتِ امْرَأَةٌ مِن خَثْعَمَ عَامَ حَجَّةِ الوَدَاعِ، قالَتْ: يا رَسولَ اللَّهِ إنَّ فَرِيضَةَ اللَّهِ علَى عِبَادِهِ في الحَجِّ أدْرَكَتْ أبِي شيخًا كَبِيرًا لا يَسْتَطِيعُ أنْ يَسْتَوِيَ علَى الرَّاحِلَةِ فَهلْ يَقْضِي عنْه أنْ أحُجَّ عنْه؟ قالَ: نَعَمْ.


Maksudnya:
 “Seorang wanita dari kabilah Khas’am datang kepada Baginda pada tahun haji wada’ lalu berkata: Ya Rasulullah sesungguhnya ayahku telah diwajibkan untuk mengerjakan haji sedangkan dia dalam keadaan tua dan tidak mampu untuk duduk tegak di atas kenderaannya, bolehkah aku menunaikan haji untuknya? Nabi SAW menjawab: Ya (boleh!)”

(Riwayat al-Bukhari)

Adapun orang yang mampu untuk mengerjakannya sendiri maka tidak boleh dilakukan umrah badal untuknya. Dalam hak ini Imam al-Syirazi menjelaskan:

(فاما) الصحيح الذى يقدر على الثبوت علي الراحلة فلا تجوز النيابة عنه في الحج لان الفرض عليه في بدنه فلا ينتقل الفرض إلى غيره الا في الموضع الذى وردت فيه الرخصة وهو إذا أيس وبقى فيما سواه على الاصل فلا تجوز النيابة عنه فيه

Maksudnya: “Adapun bagi orang yang sihat dan mampu untuk duduk tetap di atas kenderaan maka tidak harus (haram) untuk dia menggantikan orang lain untuk menunaikan haji bagi pihaknya. Hal ini kerana ibadah haji diwajibkan ke atasnya maka tidak boleh kefarduan tersebut berpindah kepada orang lain melainkan pada keadaan yang diberikan rukhsah (keringanan) iaitu ketika dia benar-benar tidak mampu. Adapun keadaan selainnya maka kekal dengan hukum asal iaitu tidak boleh dia menggantikan tempatnya dengan orang lain.

Sekalipun perbincangan di atas menjurus kepada perbincangan mengenai ibadat haji namun ulama fikah ketika membincangkan mengenai perbahasan haji mereka juga memaksudkan dengan ibadat umrah dalam banyak keadaan.

Soalan Lazim Badal Haji
Apakah itu Badal Haji?

`Badal Haji` bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya di sebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.

Hukum Badal Haji?

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ: – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”. Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan. Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan An-Nasaie

Siapa yang layak dibadalkan?

Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri. Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia.

Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh/sakit/tidak berdaya dan tak sembuh dari penyakitnya itu. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri. Boleh bagi wanita ambil badal haji untuk lelaki dan sebaliknya Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak. Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus.

Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu. Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorg yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.

Notis Penafian

Semua Maklumat Peribadi anda akan digunakan oleh syarikat untuk tujuan memproses pendaftaran anda, Maklumat Peribadi anda dilindungi oleh Undang-undang Malaysia di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Peraturan Perlindungan Pengguna (Transaksi Perdagangan Elektronik) 2012.

Perkhidmatan Lain

RM470/ekor

Nazar, Dam & Sedekah

  • Tarikh Fleksibel
RM700/badal

Badal Umrah

  • Tarikh Fleksibel
RMxxx/ekor

Qurban

  • Belum Dibuka
RM5500/badal

Badal Haji

  • Belum Dibuka
Menghadapi masalah berkaitan Aqiqah4u.my?
Hubungi kami melalui emel ke [email protected]

Aqiqah4u adalah sebuah Platform untuk Perlaksanaan Aqiqah, Qurban, Nazar, Dam dan Sedekah secara Online yang dijalankan di Lokasi Terpilih, Laman Web ini dikendalikan oleh Arovis Global Sdn Bhd

Ⓒ 2023 - All Rights Are Reserved By Arovis Global Sdn Bhd (1347226-H)

Whatsapp
1
Bantuan?
Scan the code
Khidmat Pelanggan
Salam 👋

Ingin berinteraksi dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Aqiqah4u.my? Klik Whatsapp untuk mula.