Dilaksanakan di Pusat Sembelihan berdasarkan Lokasi yang dipilih sama ada di Mekah, Uganda atau Indonesia, harga yang tertera adalah merangkumi kos kambing, upah dan pengurusan.
Pendaftaran & Pembayaran adalah secara Online.
1. Pelanggan Malaysia boleh membuat pembayaran menggunakan FPX dan Kad Kredit dengan sokongan pembayaran Bank Tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain.
2. Pelanggan Singapura & Brunei Darussalam perlu menggunakan fungsi bayaran Kad Kredit sepenuhnya dengan sokongan Pembayaran melalui Visa dan Mastercard, harga bayaran akan mengikut kadar tukaran wang asing secara automatik.
Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin melaksanakan Qurban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih Qurban-nya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang Qurban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai melaksanakan Qurban.
Hadis riwayat Imam Muslim (1977)
Pelanggan akan menerima:
1. Notifikasi Emel dari Sistem secara Automatik apabila Pembayaran telah berjaya selain dari Resit Pembayaran dari Payment Gateway Aqiqah4u - Securepay/Riipay/Stripe
2. Notifikasi SMS/Emel Pengesahan Pembelian dan Invois Pembayaran Arovis Global Sdn Bhd beserta Akad Wakalah yang akan dilampirkan bersama setelah Staff Jualan kami membuat pengesahan pendaftaran anda.
3. Kod Unik untuk menyemak status, memuat turun Video dan Gambar sembelihan melalui sistem Semak Status Aqiqah4u (e-Sijil Perlaksanaan Ibadah).
Hanya untuk Pakej:
- Qurban Afrika
- Qurban Indonesia
*Qurban Mekah bukti sembelihan adalah melalui Video Laporan Umum sahaja.
Masalah berikut ditemui:
Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti kambing yang disembelih pada hari ke-7, 14 atau 21 kelahiran anak sebagai Tanda Kesyukuran kepada Allah.
Menurut pendapat Imam Shafie (r.h), Aqiqah boleh dilaksanakan buat anak bila-bila masa sebelum anak itu baligh.
Hukum Aqiqah adalah sunat muakkad (sangat digalakkan).
Pendapat yang rajih dalam mazhab al-Syafie bahawa hukum sunatnya kekal sehingga anak itu baligh.
Info: muftiwp.gov.my
Anak lelaki 2 ekor kambing manakala bagi anak perempuan pula adalah 1 ekor kambing.
Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyebutkan:
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.
Riwayat Abu Daud (2842)
Berdasarkan hadith di atas, ia adalah tertib yang terbaik bagi seseorang jika ingin melakukan ibadah aqiqah buat anaknya.
Sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diaqiqahkan untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya.
Jika dia tidak mampu, maka tiada masalah dan tiada kehinaan terhadap perkara itu kerana Syariat tidak memberatkan seseorang atas suatu yang dia tidak mampu.
Info: muftiwp.gov.my
Semua Maklumat Peribadi anda akan digunakan oleh syarikat untuk tujuan memproses pendaftaran anda, Maklumat Peribadi anda dilindungi oleh Undang-undang Malaysia di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Peraturan Perlindungan Pengguna (Transaksi Perdagangan Elektronik) 2012.